Bersabarlah…

Hari ini sepatutnya tiada aktiviti penulisanku di sini.

Tetapi….

……

Daku speechless.

Tak tahu nak menulis dan kata apa.

……….

Cuma,

Bersabarlah atas ujian musibah Allah. Sungguh Allah Mengetahui apa yang sedang berlaku pada hamba-hambaNya.

Dengan NamaNya yang Maha Mulia dan memiliki segala sifat dan kebaikan,

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah Al-An’am: 59)

Dia Mengetahui apa yang sedang berlaku. Dia merancang sesuatu yang lebih baik yang tidak diketahui umum.

Bukankah Dia yang Menciptakan kita? Bukankah Dia yang sentiasa memelihara kita?

Bukanlah Allah sengaja menguji hambaNya yang beriman kepada Dia, tetapi Dia mengetahui sebaik-baik perkara buat hambaNya yang tidak diketahui oleh mereka.

Mungkin kelak hambaNya jauh padaNya. Mungkin kelak akan membahayakan mereka. Mungkin kelak hambaNya tidak mampu menguruskan dan mendatangkan masalah pada mereka.

Kita  merancang sesuatu, tetapi Dia juga merancang yang terbaik buat hambaNya yang beriman dan bertakwa.

Allah SWT sebaik-baik perancangan. Dia menciptakan segala-galanya penuh aturan dan kelengkapan. Apabila dikatakan ‘jadi’, maka jadilah ia.

Malah, bertemu kelak di dalam syurga Allah yang mulia.

Berikan syafaat dan pertolongan ketika tiada sesiapa sedia membantu ketika di sana.

Bukanlah daku suka melihat kesedihan dan dukacita.

Ceria dan bukakanlah hati dan minda. Masih ada yang menagih kasih dan perhatian dari bonda yang dikasihi mereka.

Berhiburlah bersama mereka kerana mereka tetap sentiasa berada di sisi.

Wahai mata yang sentiasa mencari al-Quran dan kebenaran,

Bukanlah Dia membiarkan hambaNya berseorangan.

 

Rasailah kasih sayang Allah

Bersabarlah….

Sungguh, Dia mencintai hamba-hambaNya bersabar kerana Dia.

“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.”  (Luqman: 34)

“Daku sebarkan ayat al-Quran bukanlah menunjukkan kearifan atau kepandaian. Tetapi, inilah kalam yang sentiasa daku cari ketika ada kekurangan atau kelemahan.”

“Daku berdiri untuk solah ketika ada kekurangan atau kelemahan bukanlah menunjukkan daku alim atau ahli ibadah, tetapi kerana di situlah ada ketenangan disertai air mata hati yang mengharapkan pada tuhan.”

“Daku menitis air di kelopak mata bukanlah hanya kerana kesedihan, tetapi kerana di situ terasa hadir rasa dekat dengan Tuhan, di situ terasa Allah sentiasa mendengar rintihan dan aduan.”

“Daku sentiasa memandu, berlari dan bersiar-siar bukanlah kerana ingin buang masa atau tak tahu buat apa-apa, tetapi kerana terasa Allah sentiasa mendengar daku berkata-kata dan menemani daku yang berkata dengan Dia.”

“Daku menulis di sini bukanlah hanya kerana bakat atau kelebihan, tetapi mengharapkan ada hati yang akan kembali tenang dan tersenyum pada mereka yang mengharapkan ada senyuman.”

Berkatalah dengan Dia. Allah teringin mendengar hambaNya mengadu dan berkata dengan Dia.


-tak suka lihat bersedih… tersenyumlah walaupun hanya senipis (lagi banyak lagi baik).

:):):).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: