Selamat pagi sonata!

Hari ini hari istimewa pada seseorang. Walaupun kini tidak pernah bertemu, rasanya tiada masalah meraikan kegembiraan.

Seorang insan yang lahir membawa panji kalimah Allah, semgoa sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah swt.

Amin.

 

Kerana baiknya sonata hari ini, daku ingin memetik kembali dua kisah kanak-kanak yang bukan berminda kanak-kanak, tetapi minda yang memahami kehidupan di sebalik tubuhnya sebagai kanak-kanak.

Pening?

Baca dahulu, insya-Allah memahami.

(terfikir ingin menulis sesuatu, tetapi mungkin lebih baik dibait pada ‘hari yang kedua’.)

Kisah pertama

Suatu ketika seorang  kaya mengajak anaknya mengunjungi sebuah kampung, dengan tujuan untuk memperlihatkan kepada anaknya betapa susah dan berbezanya kehidupan orang-orang miskin. Mereka menginap beberapa hari di sebuah daerah pertanian yang sangat miskin.

Pada perjalanan pulang, sang Ayah bertanya kepada anaknya.

‘ Bagaimana perjalanan kali ini?’

‘ Wah, sangat luar biasa Ayah!’

‘ Kau lihatkan betapa manusia bezanya hidup orang miskin’ kata ayahnya.

‘ Ya, benar,’ kata anaknya

‘ Jadi, pelajaran apa yang dapat kamu ambil?’ tanya ayahnya.

Si anak menjawab. “ saya melihat bahwa kita hanya mempunyai seekor anjing, sedangkan mereka mempunyai empat ekor.”

“Kita mempunyai sebuah kolam renang yang luasnya sampai setengah taman kita, dan mereka memiliki telaga yang tidak ada batasnya.”

“Kita membeli lampu-lampu di halaman rumah kita dan mereka memiliki bintang-bintang pada malam hari.”

“Kita memiliki sebidang tanah untuk tempat tinggal dan mereka memiliki ladang yang jauh mata memandang.”

Anak kecil itu menambah lagi,“Kita memerlukan orang gaji untuk berkhidmat untuk kita, tapi mereka melayani dan berkhidmat sesama mereka.”

“Kita membeli untuk makanan kita, mereka bercucuk tanam sendiri.”

“Kita mempunyai tembok untuk melindungi kekayaan kita dan mereka memiliki sahabat-sahabat untuk saling melindungi.”

Mendengar hal ini Ayahnya tidak dapat berkata apa-apa. Terdiam mengiyakan segala kata-kata anaknya.

Kemudian sang anak menambah, “Terima kasih Ayah, kerana telah menunjukan kepada saya betapa miskin sebenarnya kita.”

Moral of story: Betapa seringnya manusia melupakan apa yang mereka miliki dan terus memikirkan apa yang tidak mereka ada. Apa yang dianggap tidak berharga oleh seseorang menjadi berharga kepada orang lain. Semua ini bergantung kepada cara penglihatan seseorang. Sentiasakalah bersyukur dengan apa yang ada dan redhailah apa yang tidak mampu dan tiada.

Kisah kedua

            Pada 27 Januari 2006, seorang kanak-kanak mendapat penghargaan tertinggi oleh pihak pemerintah dan diiktiraf anugerah “Perbuatan Luar Biasa”. Beliau diantara 9 orang peraih penghargaan, dan merupakan satu-satunya kanak-kanak kecil yang terpilih dari 1.4 juta penduduk China.

            Apakah kisah dan perbuatan dia? Ia bermula daripada kehidupan sebuah keluarga.

            Zhang Da pada mulanya tinggal bersama ibu dan ayahnya. Ketika berumur 10 tahun (2001), dia ditinggal pergi oleh ibunya kerana tidak tahan lagi hidup bersama suaminya yang miskin dan sering sakit.Bermula dari itu, Zhang Da hidup berdikari dengan seorang ayah yang tidak boleh bekerja, tidak boleh berjalan, dan sering kesakitan.

            Ketika di usia muda, anak kecil ini sudah memegang tanggungjawab yang berat. Ketika masih perlu berjuang di persekolahan,dia juga yang akan mencari makan dan minum untuk dibawa pulang ke rumah untuk ayah dan dirinya sendiri. Dia yang menguruskan ubat-ubatan, dia juga yang menguruskan kehidupan mereka berdua.

            Dalam keadaan yang serba payah dan miskin, ternyata Zhang Da berbeza dengan orang lain seusianya dan mungkin lebih dewasa. Dia tetap memegang tanggungjawab tersebut dan tidak berputus asa.

            Kehidupan harus terus berlalu, tetapi tidak pernah dia berfikir untuk melakukan kejahatan, melainkan berusaha memikul tanggungjawab untuk meneruskan kehidupan bersama ayahnya.

            Ketika ingin pergi ke sekolah, dia harus melalui hutan kecil dengan berjalan kaki. Dalam perjalanan ke sekolah itulah dia hanya beroleh makanan hasil daripada daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Jika dijumpai rumput sekalipun dia cuba untuk memakannya. Dengan cubaan memakan semua yang dijumpai, dia boleh mengenal pasti mana yang boleh dimakan mana yang tidak.

            Setelah selesai persekolahan atau di waktu petang, dia akan pergi bekerja dengan beberapa orang tukang batu untuk memecahkan batu-batu besar dan beroleh upah dari pekerjaan tersebut. Upah itu dia gunakan semata-mata untuk membeli beras dan ubatan keapda ayahnya.

            Selama lima tahun Zhang Da menjalani kehidupan sebegini tetapi tubuh badannya tetap sihat,cergas, dan kuat. Zhang Da merawat ayahnya yang sakit sejak berumur 10 tahun, dan terus memegang sendiri tangungjawab merawat ayahnya.

            Dia sendiri yang akan mengendong ayahnya ke hospital atau klinik, dia sendiri yang akan membasuh dan sesekali memandikan papanya, dia sendiri yang akan membeli beras dan membuat bubur, dan termasuk segala urusan papanya, semua dia kerjakan dengan rasa tanggungjawab dan kasih sayang.Inilah pekerjaannya setiap hari.

            Ketika ayahnya memerlukan rawatan suntikan, Zhang Da yang akan menyuntik sendiri. Ubat yang mahal dan tempat untuk berubat yang jauh membuatkan Zhang Da berfikir cara terbaik untuk mengatasi semua masalah ini. Sejak dari berumur sepuluh tahun dia telah mulai belajar tentang perubatan melalui sebuah buku perubatan yang dia beli.

            Yang bertambah luar biasa, Zhang Da belajar semua ini dengan hanya melihat bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan kepada pesakitnya. Setelah dirasakan mampu untuk melakukan, dia nekad untuk menyuntik ayahnya sendiri. Setelah hampir lebih kurang lima tahun, maka Zhang Da sudah berkebolehan dan mahir sebagai penyuntik ubat-ubatan.

            Di waktu majlis penganugerahan tersebut, para ahli korporat, usahawan, para artis dan orang kenamaan turut hadir mendengar ucapan dan anugerah yang disampaikan kepada Zhang Da. Pada anugerah gemilang itu, pengatur cara majlis bertanya kepadanya,

“Zhang Da, sekrang sebut sahaja apa yang kamu mahu. Ingin bersekolah di mana, dan apakah yang kamu rindukan dalam kehidupanmu Berapakah wang yang kamu perlukan untuk sepanjang kamu bersekolah sehingga ke universiti?”

            “Walau besar mana sekalipun, sebut saja. Kerana di sini kamu akan peroleh apa yang kamu idam-idamkan. Di sini ada ramai ahli korporat, usahawan, dan orang kenamaan yang sedia bantu kamu.”

            “Malah, ratusan juta orang yang sedang melihat kamu melalui televisyen, turut bersedia membantu kamu!”
             Zhang Da hanya terdiam dan tidak berkata apa-apa. Pengatur cara pun berkata lagi kepadanya, “Sebutkan sahaja Zahng Da, jangan risau, mereka sedia membantumu.”

             Setelah selama beberapa minit Zhang Da  berdiam diri, lalu dengan suara bergetar dia pun berkata,

             “Aku hanya mahu emak kembali. Emak, kembalilah ke rumah, aku sudah boleh membantu ayah,boleh mencari makanan sendiri. Emak, kembalilah!”
              Spontan, semua yang hadir menitiskan air mata. Mereka tidak menyangka akan apa yang keluar dari bibir kecilnya. Mengapa dia tidak meminta supaya diberi kemudahan untuk perubatan ayahnya, mengapa dia dipinta sumber kewangan untuk meringankan beban kehidupannya dan supaya ada bekalan pada masa depannya?

          Mengapa ia tidak minta sebuah rumah yang berdekatan dengan klinik atau hospital? Mengapa tidak sebuah kenderaan dari pemerintah agar ketika ia memerlukan, pasti semua akan dibantunya.

           Mungkin apa yang terluah di mulutnya, itulah apa yang dipendam selama ini dan itulah yang paling utama bagi dirinya. “Aku mahu emak kembali!” sebuah ungkapan yang mungkin sudah dipendamnya sejak melihat emaknya pergi meninggalkan dia dan ayahnya.

Moral of story:

Tiada orang yang tidak pernah mementingkan kasih sayang. Walaupun hari ini ramai yang hidup mewah dan serba hebat, kasih sayang tetap tiada tandiangan.

 Seorang anak berusia 10 tahun ini telah membuktikan segala-galanya. Selama menanggung beban dan  tanggung jawab yang berat selama 5 tahun, tidak pernah terlintas dari hatinya ingin mencari kesenangan dan berbangga denganapa yang akan dimiliki kemudian hari.

Dia menjalankan semua yang bukan sepatutnya dilakukan adalah kerana itulah yang perlu dilakukan. Ikhlas, bukan minta orang pandang dan minta belas kasihan. Namun, sepanjang beban yang ditangunggungnya, hanya satu yang dipinta iaitu kasih sayang dari emaknya yang meninggalkan dia dan ayahnya.

 Oleh itu, bagaimana kehidupan anda hari ini, sentiasalah menayayngi sesama insan. Mereka bukanlah mengharapkan harta dan kekayaan anda, tetapi inginkan perhatian dan kasih sayang yang menyinari kehidupan mereka.

 -selamat hari lahir Z—d. Moga membesar menjadi anak yang sihat dan cergas, soleh dan membantu agama Allah dan keluarga. Welcome to the new age!

-semoga semuanya telah kembali baik…. OK!🙂🙂 (ada  tak kena dengan islamy. Susah nak upload gambo. mungkin line tak clear kot…)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: