Teknologi Hati

Hhmmm…..

Ingin menulis dan mengulas melalui online ke dalam jaring (internet) pada masa hujung minggu agak susah. Terutama apabila tiada sambungan wayar (wayarless) kerana daku tidak beberapa berkenan dengan material yang tiada wayar (wayarless) ini.

Kenapa?

Entah…. Kalau dah tak minat, tak minat jugalah.Itu sahaja.

(Mungkin sebab lebih banyak membuang masa dari buat kerja kot….)

Bukan tidak mahu, tetapi kadang-kadang agak sukar ingin mencari dan perlu mencari lokasi baru untuk hanya membuka teknologi ini. Kadang-kadang merasa agak rugi masa dan ketika. Lebih baik digunakan untuk perkara yang berfaedah seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, mendoakan, dan menulis di sini.

Apa-apahal or fi kulli hal (pandai jugak bahasa arab dulu), hari ini ingin dibincangkan satu lagi jenis teknologi yang manusia tak pandai dan faham macamana nak kaji. Iaitu teknologi hati.

Teknologi hati? (Sakit hati tahulah….)

Ya, benar! Sejenis teknologi zaman berzaman tiada seseorang dapat menandinginya.

Dan, ia ternyata sangat hebat!

Tiada kabel, tiada wayar, tiada monitor, malah tiada radar!

Manusia tak tahu nak mengetahui dan mengkaji dari sudut mana ia bergerak dan berputar. Bagaimana ia menganalisa dan menghasilkan dapatan.

Jika hari ini…

Nak membuka internet perlukan password dan bebola gergasi..

Nak membuka muka buku perlukan data dan kata kekunci….

Nak menyiasat kedudukan dan kawasan, perlukan satelit dan radar kuasa tinggi (tak boleh pakai google).

Nak membina peribadi dalam website atau laman sesawang  seangkatannya perlukan ip address dan email

Nak tengok TV perlukan monitor atau skrin….

Nak membaca surat khabar perlukan kertas dan monitor PC….

Nak musnahkan sesuatu kawasan memerlukan data dan masa…..

Tetapi, teknologi ini tidak memerlukan ini semua! Dan yang lebih menakjubkan, walaupun ia berada dalam setiap diri manusia, mereka sendiri tidak dapat mengawalnya!

????

“Bagaimana semua ini boleh berlaku? Tak faham la…”

“Hati itukan organ tubuh? Mana ada kena mengena dengan teknologi.”

Benar, hati itu organ tubuh manusia. Tetapi, yang tidak diketahui, organ tubuh ini diperlukan teknologi apabila mengalami kerosakan atau terdapat komplikasi.

Tiada orang hari ini nak mengubat hati lahiriah melalui pisau cukur atau gunting di tangan. Dan tiada orang yang berani menganalisa penyakit atau sistem hati melalui pemerhatian mata kasar atau agakan melalui rasa di tangan.

Semua memerlukan teknologi canggih untuk menyelidik ini semua!

Jadi, bukankah teknologi hati (yang diciptakan Allah) lebih canggih daripada teknologi manusia?

Itu baru cerita hati bersifat lahiriah. Kali ini ialah hati yang bersifat batiniah.

Hati yang tidak nampak dengan mata kasar. Dan hati inilah yang sentiasa menjadi perhatian dan tilikan Allah SWT.

Hati yang melihat ketika mata itu buta. Hati yang mendengar ketika telinga itu pekak. Dan hati yang berkata ketika lidah hanya memendam rasa.

Hebat! Semua terkandung di dalamnya!

Yang paling canggih,

Hati ini merantau benua, merentas dunia! Tiada dimensi, dan bergerak lebih pantas daripada cahaya. Boleh mengenal ketika orang lain tiada mengetahuinya. Yang paling dahsyat, ia mampu pecah dan redah sehingga langit ke tujuh dan bertemu hadrat yang Maha Esa.

Hati yang bermata ketika manusia lain semua daif melihat akannya.

Hati yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba pilihanNya untuk menyampai kebesaran dan kebenaran adalah milikNya.

Inilah hati yang berteknologi canggih diberikan kepada para Nabi dan kekasihNya!

Subhanallah!

Sekarang, cabarlah manusia untuk mengkaji teknologi terulung ini. Ternyata anda semuanya lemah kerana perlukan data dan network terkini untuk melihat hanya pada sekeping hati,

HATI BERMATA HATI.

Sekian, terima kasih atas pembentangan penemuan baru ini.

🙂

-minta maaf merepek sikit. Tetapi sekiranya fahami sememangnya amat menakjubkan…. (sebenarnya ada satu lagi, iaitu penemuan untuk menambah baik hati dan penemuan kebinasaan hati)

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: