Suatu Pergorbanan Yang Tiada Noktahnya…

Hhmmm…

Hari ini hari Sabtu kan?

Hari apa ya? …… Sebab jarang jika hendak menulis hari Sabtu.

Entahlah. Tapi macam ada sesuatu yang menarik saja untuk cuba menulis pada hari ini.

…………….

Oh! Hari itu!

Macam dah lupa pula. Hihihi….🙂🙂

Hari apa ya?

Hari untuk seseorang. Yang membuka mata dan melihat dunia pada suatu kejadian.

Hari yang berulang dan akan sentiasa berulang lagi sehingga dalam ketentuan Dia.

Semoga baginda (eh silap!) dirinya sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah di sana.

 

Jadi,

Daku (yang tidak seberapa ini) ingin meraikan suatu hari bermakna ini di sini. Daku menulis sebagai tanda menghargai dan semoga membawa makna keceriaan serta kegembiraan buat kehidupannya di sana.

Insya-Allah. Amin.

******************

Dalam kehidupan ini,

Ada hari manusia akan berada dalam ruang yang selesa, ruang yang kegembiraan. Ruangan ini membuatkan orang tersebut sentiasa gembira, ceria, dan suka bersahaja.

Orang lain ingin memarahi timbul rasa sayang. Orang lain ingin membenci tetap sentiasa dalam ingatan.

Zaman ini bermula pada zaman kelahiran. Zaman makhluk yang bernama manusia mula membuka mata dan melihat dunia.

Ketika ini, seorang ibu yang menanggung kesusahan dan keperitan menahan dan mengendong anak dalam kandungan bagai tidak pernah duduk diam. Ada sahaja yang tidak kena, ada sahaja terasa yang dalam perut ingin meminta.

Walaupun manusia yang masih belum melihat dunia itu sudah mula buat masalah, ibu atau ayahnya tidak pernah menempelak atau memarahi si anak, pembuat onar dan masalah. Malah terasa sayang akan perbuatan si anak, ingin sahaja mencuit perut atau mencium pipi si anak.

Begitu jua sesudah kelahirannya. Anak yang kecil ini tetap ditatang penuh walau dia bukanlah minyak tanah. Sering kali si kecil buat masalah, sehingga kepala pun pusing dan pening, tapi si ibu yang mengandung dan si ayah yang mendukung tidak pernah gundah atau mahu dipukulnya si anak. Paling marah pun, diambil kayu (eh salah lagi!) barang tersebut diletak tempat yang jauh, atau dia sendiri mengambil anak pergi dari tempat tersebut.

Itu simbol fitrah manusia berkasih sayang. Kenapa tidak dimurkanya si anak dan dihukum sahaja seperti penjara atau sebatan syariah?

(Huhuhu… biol betul siapa bukan perintah macam ini…)

Kerana:

1) Anak itu masih kecil, zikir fikir masih tidak tahu, dibuat ikut suka dan mana yang nampak di mata dicapainya.

2) Anak itu masih kecil, badan tak tinggi, perut tak besar, kaki tak panjang. Mana ada hadapan mata, tercapai di tangan, atau terkuis di kaki terus dilurunya.

3) Anak itu masih kecil, dan comel la! (tak sanggup tengok muka dia menangis dan bersedih dipukul atau dicubit (walaupun tak sakit-manja2 sahaja- oleh dua tangan ibu atau ayahnya.)

4) Carilah reason sendiri… (banyak ooo….)

Meningkat usia

Semakin hari, usia si anak semakin bertambah. Jika dahulu baru sehari, kini dah seminggu, kemudian sebulan, kemudian setahun, kemudian banyak tahun, kemudian banyak lagi tahun-tahun….

Pendek cerita, anak yang kecil sudah membesar. Sekarang sudah boleh berkata dan mengorak cerita persendirian berhad. Anak yang kecil telah bersekolah telah pandai (sikit sahaja) dibimbing di sekolah.

Ketika ini, perasaan dan didikan ibu bapa berubah. Ibu sudah mula memandang dengan nada harimau (eh silap pula) hari mau hujan. Maksudnya, keadaaan mendung. Mucung sahaja bibir dan berkerut sahaja dahi melihat kelakuan si anak. Silap hari bulan ada tangan yang naik dan mulut yang ke depan berleter (eh bukan), menasihati untuk didikan dan kebaikan si anak.

Tetapi, awas! Jangan kerana mulut, diri sendiri terbabas!.

Ayah lain pula. Dia sudah tak banyak sembang seperti dahulu dengan si anak. Jika dulu banyak mulut lagi untuk “mai sini, ala bucuk-bucuk… mai ayah tukar pampers”, dan sebagainya, kini ayah banyak memerhati, memerintah dan mula mempraktis penggunaan tangan. Bukan nak menghayun dan mendera (itu la masalah penglihatan orang sekarang!Itu sahaja yang tahu) Tetapi nak mengajar mengaji, bersolah, tarik tangan anak pergi beriadah, bersolah lagi, mengaji lagi, dan membaca al-Quran.

Ketika ini anak yang kecil telah mula mengorak minda berfikir. Mungkin masih tak faham apa yang dilakukan dan diperintah oleh ibu dan bapanya, tetapi itulah yang tersimpan di minda dan dipraktikkan kerana itulah input berguna yang dia ada.

Bagaimana pula si anak?

Ha… macam biasa la. Macam-macam ragamnya. Ada yang suka, ada yang tidak suka. Ada yang taat, ada yang degil. Ada yang banyak bertanya, ada juga yang banyak meraung.

Tetapi, sebagai ibu bapa, janganlah dipush macam anak itu sehari buat sehari jadi. Bersabar, bersabarlah dalam membentuk peribadi anak supaya menjadi soleh dan solehah, sebagaimana pernah bersabar ketika mengendong dan mendukung sejak dari 9 bulan 10 hari dalam pemeliharaan Allah SWT. Dan, sejak doktor di hospital (bukan di universiti) kata, “tahniah, anda mengandung!”

Tetapi, tetap teruskan usaha murni anda. Dapatkan maklumat daripada buku, rakan, orang berpengalaman, pakar psikiatri dan agama yang berpengalaman. Mengapa? Kerana minda ketika ini dalam proses pengembangan, proses memasukkan input dan output melalui perbuatan.

Sehinggalah meningkat remaja…..

Ketika ini bertambah perbezaan.

Corak dan kemahiran didikan tidak lagi seperti waktu yang lampau. Didikan komunikasi dua hala dan pengetahuan minda berfikir siapakah remaja perlu ada pada fikiran ibu bapa.

Jiwanya mula mencari hala tuju sendiri. Rakan, suasana, bahan bacaan, dan beberapa perkara lagi akan mempengaruhi tindakan dan pemikirannya.

Dia tidak lagi seperti dahulu. Keceriaannya bukanlah lagi seperti ketika kecil dulu.

Ketika peringkat ini, ibu bapa kena banyakkanlah komunikasi, janganlah biarkan mereka bersendiri.

Perkembangan perasaan telah terbina. Mereka memerlukan lebih daripada anda.

Sekiranya ibu atau bapa buat tidak kisah dengan pencapaian dan kelibat anak yang remaja, komputer atau rakan akan berada di hadapan mereka. Mereka mencapai sesuatu yang dirasai memberikan input atau memahami kondisi mereka.

Didiklah mereka untuk mengerti makna tangungjawab. Tangungjawab seisi rumah, menjaga adik atau abang kecil, dan tangungjawab untuk menjaga kedua ibu bapa. Sibukkanlah mereka untuk mencari kematangan, bukan masa untuk sia-sia digunakan. Matang dari segi tingkah laku dan matang fikir untuk masa depan.

“Bila besar ingin jadi apa? Jadi berusahalah. Ayah dan ibu sentiasa menyokong dan membantu apabila memerlukan.”

“Tolong tengokkan adik kejap, ibu nak pergi memasak/ pergi ke pasar.”

“Along, adik tak tahu matematik ini. Tolong ajar kat adik sat!”

Banyakkan guna tenaga dan pengetahuan mereka. Itu peringkat mendidik anak remaja mengenal kematangan penggunaan minda.

Dan tunjukkan anda menghargai usaha mereka. Gunakan perkataan, “tolong”, “terima kasih”, “mari bantu”, dan sebagainya menunjukkan ibu atau  ayah sentiasa bersama dan merasai kewujudan mereka.

Walaupun nampak macam remeh, tetapi dari psikologi telah rasa diri mereka dihargai. Sebagai contoh, bila rakan ajak pergi shopping di market, kedai pakaian atau bermain di luar, dia telah terima suatu aliran fikiran, “tak boleh la. Nak kena tengok-tengokkan adik aku kat umah. Kesian ibu sorang-sorang petang ini.”

Ini bukan kerana hanya mereka ingin bertindak sendiri. Tetapi, kerana ibu dan ayah yang menghargai mereka di sisi.

Seperti seorang pekerja. Agak-agak pekerja yang bersungguh-sungguh bekerja itu adalah yang sentiasa diberi perhatian dan dihargai oleh majikan, atau yang bekerja tetapi buat ‘dek’ saja daripada majikan?

Jawapan itu ada dalam minda. Jadi fikirkanlah.

Didikan itu…

Beberapa rencana dan tips yang dirungkaikan di sini hanyalah asas didikan anak-anak yang sentiasa melalui perkembangan. Tidak dinafikan masih banyak lagi didikan, kaedah, tips dan solusi yang perlu dilakukan apabila bersama anak-anak yang meningkat usia. Bertambah masalah dan keadaan semasa, semakin banyak perkara yang perlu dibincang dan duduk bersama memikirkan.

Namun, perkara asas inilah yang paling penting. Hali ini kerana, sebuah pokok tidak akan tumbuh rendang dan berbuah lebat jika akarnya tidak cukup kuat. Jadi, kuatkanlah asas, insya-Allah lalang dan unggas yang datang menyerang tiada masalah untuk dihapuskan.

Yang paling tinggi dalam didikan asas,

Mulakanlah ia dengan kasih sayang dan agama. Sejak lahir kalimah mulia, mengenal Allah terdengar dan diungkapkan di telinga kanan dan kiri, sejak itulah bermula peribadi anak mengenal Allah di muka bumi.

Kasih sayang ada pelbagai kaedah, tahap, dan cara. Perlu lebih lanjut untuk bersama melihat dan merungkai bersama.

Apa-apapun, ajarkan mereka sebagaimana Rasulullah membentuk peribadi anak dan cucu baginda. Kerana, tiada contoh yang terbaik melainkan daripada yang terbaik dilahirkan. Agar kelak anak tidak tersesat jalan menuju kejayaan dunia dan di akhirat kekal berpanjangan.

Insya-Allah, mulakanlah dengan “Bismillahirrahmanirrahim”, tiada yang lebih bersifat ar-Rahman dan ar-Rahim melainkan ALLAH AZZA WA JALLA.

“Walau bagaimanapun keadaan hari ini, semuanya bermula dari sebuah keluarga…”

P/s: mengapa tajuknya “Suatu Pergorbanan Yang Tiada Noktahnya”? Kerana sememangnya pengorbanan seorang ibu membesarkan anak-anaknya sehingga kini dan seterusnya tiada noktahnya. Tiada noktahnya….

– …selamat hari lahir. (Hari itu ada terfikir akan sesuatu berkenaan hari ini, tetapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui). Semoga bermanfaat nukilan ini (walaupun sudah lagi pro ++ superpro dalam perkara ini). Dan semoga dipermudahkan urusan di sana.

-Hari baik, Allah memang Maha Baik. Semoga sentiasa tersenyum dan ceria! (Ajaklah yang lain pergi bercuti/riadah. Meraikan diri sendiri bersama keluarga)

🙂🙂🙂 May Allah always bless fi dunia wa akhirah… Amin.🙂🙂🙂

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: