Terlalu banyak perkara…

Baru-baru ini agak tak benar hari-hari yang berlalu.

Banyak perkara cuba diselesaikan, tetapi satu-satu tidak dapat tumpu.

Jangkitannya, sampai laman ini tidak boleh update selalu.

Entahlah…

Kadang-kadang macam inilah kehidupan. Ada kalanya senang dan tenang. Ada kalanya terlalu banyak urusan dan memeningkan.

Baru-baru ini ada rakan ajak untuk menguruskan suatu urus niaga. Ingin juga mencuba, tetapi masih tidak tahu apakah berjaya atau sebaliknya.

Dulu, semasa belajar pun pernah cuba-cuba untuk berniaga. Disebabkan minat, jadi boleh sahaja menceburinya. Ketika itu, sibuk fikir tentang perniagaan, sehingga belajar pun dikesampingkan.

Huh… cukup risau waktu itu. Sibuk benar nak cari duit. Dari jual produk sampai servis photostat dan printer. Bukan untung banyak pun. Sebab terlalu minat dan suka-suka sahaja. Akibatnya, daku terlalu ralik atau asyik buat aktiviti itu. Sehingga waktu belajar dah tunggang terbalik. Ketika nak exam… lagilah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Kini, situasi sama berulang. Daku cuba mencari sedikit keperluan melalui usaha perniagaan. Mana-mana jalan yang terbuka, cuba dilakukan.

Tetapi, lagi banyak masa dihabiskan dengan sia-sia daripada digunakan dan dapat manfaatnya. Dari dua jam menjadi 4 jam. Dari hanya nak update data, sampai merewang tak tentu hala.

Matlamat tak tercapai, masa tergadai.

Pening..pening…

Bila terlalu banyak buat perkara ini, daku terasa penat dan pening. Entahlah. Berserabut sampai tak tentu hala.

Prioriti yang paling mustahak, diletak ke tepi. Benda yang memang perlu dilakukan setiap hari, ditunda dan buat tak tahu sahaja kerana perkara ini.

Hati jadi tidak tenang, dan berserabut kepala memikirkan benda macam angan-angan.

Bila berehat atau beribadah, mula rasa menyesal dan bersalah. Terasa buat perkara yang lebih banyak sia-sia dari mendatangkan faedah.

Entahlah…

Harapan seorang teman.

Teman ini ingin mulakan perniagaan. Dia akan mengusahakan, daku hanya perlu bantu cukupkan modal sedikit sebagai permulaan.

Dalam 2 bulan sekali, insya-Allah dapat pulangan. Itulah menurut kata-katanya.

Entahlah… susah nak buat pilihan. Tengok pada potensi diri, daku rasa tidak baik untuk jadi orang yang mengusahakan, nanti lebih banyak mudarat daripada manfaat. Tetapi, bila dia yang akan menguruskan, daku rasa tidak sukar untuk melaksanakannya.

Hanya, sama ada percaya atau tidak, dan sama ada berjaya atau tidak, itu sahaja.

Modal pun tidaklah sampai beribu-ribu. Sekadar beratus, itu pun kalau mampu.

Tak tahu nak buat pilihan, patut ceburi atau tidak?

Hhmm….

-rasa bersalah… terutama pada kelemahan diri sendiri. Keutamaan yang perlu diusahakan sudah lari, sehingga tidak diselia sebaiknya laman ini (tak pandai betul menguruskan masa…). Kerana rasa bersalah, daku menulis pada hari ini. Kaffarah kesalahan diri sendiri.

– Doakanku semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan jalan yang baik dan lurus . Terima kasih🙂

– Semoga sentiasa sihat, ceria, dan dirahmati Allah sentiasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: