Akhirnya, baruku fahami….

Setelah melalui suatu keadaan yang membingungkan dahulu, kini baru tersedar akan mengapa perkara ini terjadi. Mengapa terasa agak membingungkan dan menekan diri.

Hikmah. Hikmah di sebalik kesulitan yang dilalui. Hikmah di sebalik kegundahan perasaan kerana melakukan kerja ini.

Walaupun nafsu berkeinginan, hakikatnya tiada hasil atau dapatan yang kembali kepada diri.

Kesedaran itu berkunjung setelah menghadiri suatu majlis fikir akan perkara iman dan amal. Duduk dalam majlis yang semua orang hadir untuk ketenangan rahmat Allah setelah kesibukan di dunia ini, kepada ketenangan jiwa untuk Allah dan renungan perkara akhirat.

Pada hari itu, segalanya seperti jawapan dari Ilahi. Mengapakah daku berkeadaan sebegini. Mengapa hanya kerja ini begitu memusingkan kepala dan merosakkan upaya hati kepada Allah Azza wa Jalla.

Semuanya kerana satu, iaitu  keinginan kepada dunia.

Tipu Daya Dunia.

“Eh… apa pula kaitan dengan dunia? Bukan kerja itu pun ibadah? Mengapa kerja dikaitkan dengan dunia bukan keranaTuhan?”

“Habis, tak payah buat kerja la… ibadah sahaja. Macam itu?”

Salah. Jawapan seperti itu untuk orang yang berputus asa. (Belajarlah pandai-pandai, dan nilai iman dalam ilmuan)

Hal ini kerana setiap manusia itu telah Allah ciptakan dengan akal fikiran dan diberikan suatu kelebihan dan kekurangan. Pada aspek kelebihan itulah yang perlu diteruskan,dan kekurangan itu yang perlu dihindarkan. Selagi kelebihan itu tidak menjauhkan dia dari hubungan dengan Allah, maka teruskanlah. Sebaliknya, jika kelebihan itu melalaikan masa, tenga, dan hartanya, ia bukanlah lagi dinamakan kelebihan, tetapi perkara mudarat yang kelak akan hanya menambah kerugian.

Sebagai misalan, orang A itu mahir dalam bidang penulisan. Malah, penulisan itu tidak pernah melalaikan dia daripada Allah, dan mudah baginya menulis dan tidak sukar pada aspek harta atau jiwanya untuk menulis. Pada orang A itu, teruskanlah kelebihan dan kemahirannya. Kerana, insya-Allah Allah SWT bersama dengannya. Semakin dia menulis, semakin terasa hati berfikir akan kebesaran-Nya. Sekiranya tidak menulis, terasa jauh berfikir akan-Nya.

Orang B pula mahir berniaga. Walaupun orang B ada kemahiran dalam perniagaan, B lebih banyak membuang masanya dari mendapat manfaat. Fikirannya bertambah kusut dan merunsingkan. Keutamaannya untuk perkara lain mula ditinggalkan.

Tetapi, perniagaan orang B ini tidak juga nampak berjaya dan semakin menyusahkan dia. Hasil perniagaannnya pula tetap sama. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Tetapi, dia tetap terus leka nak berniaga macam makin bertambah rezeki dan makin kaya. Lebih malang, waktu ibadahnya juga seperti tiada ruh dan mula pandai-pandai ditinggalkan.

Berdasarkan kepada perkara yang berlaku ini, orang B inilah yang tertipu dengan dunianya pada asbab perniagaan. Kesibukan dan fikirannya hanya bagai angan-angan. Sebaliknya, orang A tiada kaitan dengan tipu daya dunia walau kerja dengan penulisan. Malah, lebih baik orang A itu terus menulis kerana kelebihannya, daripada berhenti buat kerja lain yang mungkin akan melalaikan dia dan tiada hasil yang baik pun dalam kehidupannya.

Jadi, fikirkanlah sesama sendiri. Semua manusia ada kelebihan tersendiri dan masing-masing.

(Apakah dunia? Bumi ini dunia? Bukan. Bumi itu alam dunia sebelum alam akhirat. Tetapi, hakikat dunia ialah apa sahaja yang melalaikan manusia daripada mengingati Allah SWT.)

Rezeki itu di ‘tangan’ Allah.

Daku kembali berfikir dan membuka lembaran tulisan yang lalu mengenai perkara rezeki. Betapa kaang-kadang diuji, sehingga sukar melihat di manakah sebenarnya nilai pada rezeki, apakah yang sebenarnya ditakrifkan dalam konsep rezeki.

Berfikir sendiri,

Orang kata, orang kaya banyak rezekinya, tetapi dilihat keluarganya kecil dan bermasalah pada kesihatan mereka.

Orang kata, orang miskin itu sedikit rezeki, sehingga memang ada yang masuk paper dan meminta-minta.

Orang kata, peminta sedekah itu sebenarnya sudah kaya. Tetapi, tetap masih meminta-minta dan tidak nampak bermewah dengan apa yang ada.

Orang kata, orang bergaji telah dijamin rezekinya tetapi tetap ada hutang piutang dan belanja tidak pernah cukup untuk seisi rumahnya.

Orang kata, orang usahawan sudah ramai berjaya dan jadi jutawan, tetapi ramai lagi dari kalangan mereka tidak merasai kemanisan iman dan nikmat ketenangan.

Jadi, siapakah yang sebenarnya yang telah cukup dalam rezekinya?

Merekalah yang berusaha sedaya yang ada. Perkara lain, diserahkan kepada Allah SWT atau dikenali tawakal kepada-Nya.

Tawakal, kerana rezeki memang dalam tangan-Nya. Tidak akan bertambah atau berkurang walaupun sedikit kerana semua telah termaktub dalam lauh mahfuzNya.

Yang penting (dalam keupayaan manusia), berusahalah. Dan sebaik-baik usaha adalah ibadah kepada-Nya.( Ibadah bagaimana? Ada tiga perkara. Carilah sendiri, ulama’ telah mengkajinya.)

Hakikatnya, siapa yang menolong agama Allah, maka Allah pasti akan menolongNya. (surah Muhammad:7)

Sebaik-baik rezeki, adanya nilai tawakal dan taqwa dalam perhitungannya. (At-talaq:2-3)

Renungan

Pertama:

Orang bertakwa merasai rezekiNya dalam ‘tangan’ Tuhan. Dia berusaha dalam pekerjaan itu ibadah, kemudian bertawakal kerana yakin dalam ketentuan-Nya.

Orang beriman merasai rezekiNya dalam usahanya, kemudian Allah yang menentukan ia. Berusaha bersungguh-sungguh. Setelah itu, bertawakal kepadaNya.

Orang awam merasai rezeki itu kerana dia yang perlu berusaha. Jika tidak berusaha, maka tiadalah rezeki untuknya hari-hari. Maka, perlulah overtime, part-time, extra-time, out-time.

Kedua:

Sebenarnya, rezeki yang ditentukan tetap sama. Rezeki tidak akan bertambah dengan bertambah pekerjaannya. Jika ditakdirkan Allah rezekinya sedikit, tetap sedikit diperoleh walau kuat bekerja. Jika ditakdirnya rezekinya banyak, tetap melimpah walau sedikit pekerjaannya.

Yang mustahak, adalah keberkatan. Dengan keberkatan, rezeki sedikit mencukupi, rezeki banyak tidak berlebihan. Jika tiada berkat, ntah bagaimana boleh habis walau gaji berjuta-juta. Bila sedikit, lagilah… berhutang di sini sana.

(Apakah rezeki? Rezeki ialah apa yang boleh digunakan dan diaplikasi pada diri anda).

Kesimpulannya, janganlah mengejar benda yang tidak pasti dan hanya merumitkan keadaan. Usahakanlah apa yang telah berjaya (dah dapat hasil pun) dari kelebihan dan teruskanlah ia sehingga datang ‘keyakinan’. Insya-Allah.

Wallahua’lam. (sila komen kepada yang ahli hikmah dan ilmuan.)

-hhmm… ntah apa-apa… itulah. Ada orang meniaga tidak melalaikannya, tetapi ada orang berniaga itu akan melalaikan dan memudaratkannya.Fikir dulu baru teruskan usaha.

-Banyak lagi benda lain lebih baik boleh buat, kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: