Monthly Archives: April 2012

Di mana sebenarnya kita?

Apabila dikatakan sebagai manusia, maka tentulah suatu makhluk yang diciptakan, yang ditiupkan ruh pada tubuh badan, mempunyai anggota, dihiasi dengan keinginan.

Manusia, tidak terlepas daripada tiga perkara dalam diri.

1)      Jiwa (nafs)

2)      Hati

3)      Akal

Di luar diri:

1)      Syaitan

2)      Malaikat

3)      Persekitaran

Continue reading →

Advertisements

Hati Mati.

Hari ini agak sibuk sedikit. Ada tugasan yang perlu diselesaikan.

Tetapi, makin membaca makin mengantuk pula. Mungkin asbab makan nasi lemak kot.

Hhmm… tak apalah. Ad sedikit ruang waktu cuba menulis sebentar. Moga ada manfaatnya kembali kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Insya-Allah.

Continue reading →

Mengimbau Keajaiban Hati

-imbasan dan olahan dari karya ihya’ ulumiddin oleh pemikir agung, Imam al-Ghazali.

Baru-baru daku cuba membuat sedikit penyelidikan dan bacaan terhadap karya Imam al-Ghazali. Karya yang sangat luar biasa dan tiada yang mampu menghasilkan setanding ia.

Iaitu kitab Ihya Ulumiddin, bab Rahsia Keajaiban Hati.

Sememangnya tiada upaya daku menulis di sini atau apa-apa sahaja berkenaan penulisan beliau. Tetapi, biarlah ia salah  satu usaha seorang hamba yang cuba menyampaikan sedikit ilmu yang telah diperoleh hasil bacaan dan perbincangan.

Moga Allah menambah keberkatan dan kefahaman. Kemudian, istiqamah menjadi amalan.

Insya-Allah, amin.

Continue reading →

Nak Jadi Bayi Tak?

Salam sejahtera buat setiap hamba Allah di muka bumi ini.

Semoga sentiasa ada perasaan cinta dan kasih sayang selayaknya yang Allah sentiasa meredhai buat hamba-hambaNya di dunia ini.

Dua hari lepas, berlaku gempa bumi di belah  Acheh, Indonesia sana. Gempa berlaku cukupkuat, sehingga setinggi 8.9 skala ritcher,iaitu hampir kepada maksima skala gempa bumi, iaitu 9.0 skala ritcher.

Walaupun gegaran berlaku di Indonesia, tetapi ia tetap merebak sehingga ke Malaysia. Terasa di mana-mana, walaupun tiada lautan berdekatan dengannya.

Kini, daku bertanya sendiri. Adakah masih selamat Malaysia yang dulunya dikira strategik pada sudut geografi  kerana luar daripada lingkaran api pasifik dan gempa bumi. Masihkah aman negara yang jauh dari sebarang permasalahan dari sudut kerosakan yang berlaku pada alam semesta?

Ternyata, kini semua fakta itu diragui. Tiada lagi keselamatan terjamin kini.

Continue reading →

Hikayat Khalifah Allah

Salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia!

Alhamdulillah, setelah beberapa hari berlalu, akhirnya kembali hamba ke laman ini. Mencoret, mengkritik, dan membuahkan pandangan. Moga-moga ada mata yang melihat terkesan dan kembali kepada fitrah mulia pembangunan insan.

Beberapa hari yang lepas, hamba Allah ini korbankan jiwa, harta, dan masa, untuk berdiri dan mengukuhkan kaki di jalan menuju Allah SWT. Mengislahkan jiwa dari kesibukan yang berpanjangan untuk sementara, moga Allah SWT yang menciptakan masa dan jiwa hamba ini mempermudahkan untuk laksanakan setiap usaha dan amalan pada hari seterusnya.

Continue reading →

Ingin Menjadi Penulis?

Sekarang tengah kuatkan azam untuk meneruskan agenda sebagai seorang penulis.

Penulis yang menulis demi dakwah, mencari peluang dan segalanya. (yang terdekat, menulis untuk e-book)

Dan, kerana menulis itu sebahagian daripada hidupku.

Ketika tiada mood, menulis. Ketika ada mood, menulis. Ketika tengah dukacita, menulis. Ketika suka, juga menulis.

Jadi, insya-Allah, daku akan teruskan agenda ini. Yang… ikhlas, insya-Allah, demia Allah SWT.

Yang menciptakan segala kelebihan.

Dan yang mengetahui setiap kekurangan.

Continue reading →

Bengkel Penulisan 2012

Beberapa hari yang lalu, daku terlibat dengan suatu aktiviti.

Aktiviti yang diketahui secara tiba-tiba. Setelah rakan menyampaikan berita dan menawarkan untuk mencukupkan bilangan.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Hanya di ruangan ini tidak sempat diisi sebelum berangkat pergi.

Jadi, hari ini daku cuba mengulas atau menulis beberapa beberapa yang dibincangkan bersama dalam bengkel ini, iaitu Bengkel Penulisan 2012 Zon Utara, Pendang Kedah. Anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Continue reading →