Bengkel Penulisan 2012

Beberapa hari yang lalu, daku terlibat dengan suatu aktiviti.

Aktiviti yang diketahui secara tiba-tiba. Setelah rakan menyampaikan berita dan menawarkan untuk mencukupkan bilangan.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Hanya di ruangan ini tidak sempat diisi sebelum berangkat pergi.

Jadi, hari ini daku cuba mengulas atau menulis beberapa beberapa yang dibincangkan bersama dalam bengkel ini, iaitu Bengkel Penulisan 2012 Zon Utara, Pendang Kedah. Anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Menarik dan teruja sekali!

Bengkel ini khusus untuk penulis muda yang dijemput dan ditaja penuh oleh CAP. Seramai 30 orang peserta dari universiti dan Kolej Insaniah menghadiri bengkel kali ini.

Dijemput beberapa tokoh besar dalam bidang penulisan dari kumpulan Paksi Rakyat (PAKSI) sebagai pembimbing dan pemceramah sepanjang dijalankan. Antaranya Encik Dinsman, Ahkarim, Hasni Abas, dan Kassim Mohammad. Turut serta, seorang penulis terkenal dari Indonesia, iaitu Herry Nurdi untuk sesi bengkel penulisan ini.

Diberi input dalam menghasilkan karya. Permulaan, gaya bahasa, intonasi, tips berkarya, dan antara realiti dalam menyatakan kebenaran dalam berkarya.

Jadi, daku menulis di sini beberapa tips berguna sekiranya sesiapa berminat dalam penulisan.

-Menulis perlu menyatakan kebenaran. Kebenaran di sebalik realiti kehidupan. Kebenaran yang tersimpan dalam jiwa yang ingin sekali diluahkan.

– Ada beberapa keperluan yang mempengaruhi seorang penulis. Antaranya

1) Dorongan dan sokongan. Siapakah yang mendorong? Apakah yang mendorong untuk menulis? (Hhmmm…)

2) Perkara yang ingin disampaikan kepada pembaca dari dalam pemikiran dan hati penulis.

3) Bahasa dan kosa kata yang pelbagai. Imam al-Ghazali rah. dalam penghuraian taraf keindahan bidang penulisan, beliau menukilkan ada 3 elemen. Iaitu kepelbagaian kata-kata, keseimbangan kata-kata, dan kesatuan kata-kata. Ibarat sebuah muka manusia. Kepelbagaian terletak pada hidung, telinga, mulut, mata, dan kepala. Keseimbangan terletak pada struktur dan kedudukan anggota di muka. Mulut berada di bawah (tidak di atas atau tepi), mata berada di atas (tidak senget sebelah atau hilang sebelah lagi), dan telinga berada di tepi muka (tidak berada di bawah atau hadapan muka). Kesatuannya apabila semua anggota di satukan dari atas sehingga ke bawah dengan muka tersebut.

Perlu banyakkan membaca dan kamus adalah bahan bacaan yang baik untuk menambahkan bilangan kosa kata.

4)Kebolehan berfikir secara kritis, iaitu boleh membuat hukuman tersendiri. Bukan sekadar pemerhati tetapi tiada intonasi dalam menyampaikan pandangan atau justifikasi pada isu yang dibangkitkan.

5) Bijak melihat susur galur setiap permasalahan. Contohnya isu jalan tidak berturap. Mengapa tidak berturap? Kerana tiada pekerja. Kenapa tiada pekerja? Kerana tiada majikan. Kenapa tiada majikan? Kerana tiada aduan. Kenapa tiada aduan? Bukan tiada, tetapi tidak dihiraukan. Dan seterusnya, sehingga tercapai kesimpulan tersendiri.

6) Banyakkan membaca dan bahan bacaan. Baru banyak input atau informasi untuk menghasilkan karya penulisan.

7) Berikan had waktu dan kelapangan masa untuk menulis. Sekurang-kurangnya dua jam sehari untuk membaca.

8) Semangat dan produtiviti untuk menghasilkan karya.

9) Hantar, hantar, hantar! Menulis untuk kebenaran tidak terhenti hanya kerana masa dan tiada keuntungan.

Beberapa renungan:

–          “Sekiranya tidak ulama’ dahulu menghasilkan karya, pasti bergelimpangan orang kini mencari fakta dan bahan rujukan.”

–          “Menulis itu pengikat ilmu”.

–          “Kemampuan diri biar luar biasa biarpun penampilannya hanya biasa-biasa.”

–          “Bermuka-muka dengan guru, baru berilmu.”

–          “Kebijaksanaan tidak terdapat dalam buku, hanya daripada seorang guru.”

–          “Sastera memperhalusi budi.”

–          Kata Ibn. Qayyim rah., “Perhatikan fikiranmu,kerana fikiranmu akan menjadi kata-katamu. Perhatikan kata-katamu, kerana itu akan menjadi kebiasaanmu. Perhatikan kebiasaanmu, kerana ia akan menjadi sifatmu. Perhatikan sifatmu, kerana ia akan menentukan takdirmu.”

–          “Sesiapa sahaja boleh menulis.” Kata madah Barat, “If you can walk, you can dance. If you can talk, you can give a speech.”

–          Kata pujangga, “Betapa tajam mata pedang panglima, tajam lagi mata pena pujangga.”

–          “Fikiran kreatif menghasilkan penyelesaian yang kritis.”

–          “Kenapa anda menulis? Kerana….

Ingin menyampaikan kebenaran. Mengajak seruan ke arah kebenaran. Meluahkan perasaan yang tersimpan di fikiran pada isu. Kerana kebenaran akan kesaksian Allah SWT, dan Rasulullah SAW. Kerana itu adalah minat dan keinginanku yang ingin sekali kusampaikan selagi berdaya di sini…”

Lain-lain:

Ingin berkongsi laman sesawang dan input dari orang lain.

1)      www.penerang.com

2)      e-sastera.com (hantar, karya, dan rujukan)

3)      GAPENA (Gabungan Penulis Nasional)- pertandingan dan lain-lain

4)      Twitter- boleh menulis di sini

5)      Facebook- boleh juga menulis di sini.

6)      Majalah –boleh menulis dan kadang-kadang ada pertandingan disiarkan.

Akhir kata kali ini, di awal bengkel tempoh hari, telah diberikan satu kerja untuk disiapkan untuk dihantar di akhir kepada para peserta. Temanya berkenaan Gaza. Daku selitkan di dalam laman Islamy.

Sesiapa ingin melihat, silalah melayarinya di sana.

(p/s: Ada beberapa tips dan kata perangsang untuk menghasilkan cerpen. Insya-Allah, daku akan usahakan tidak lama lagi. )

Oh!

Tentang e-book itu, nampaknya sudah hampir sebulan dalam perancangan untuk menyiapkan ia.

Namun, masih ada yang terkurang dan tidak dapat disempurnakan lagi. Masih tinggal kurang 50% perlu di seliakan termasuk cover (nak kena cari designer lepas ni).

Harap bersabar sikit sahaja lagi. Insya-Allah, mungkin dalam pertengahan hingga akhir bulan April  cuba bertungkus lumus untuk menyiapkan.

Semoga semuanya berjalan lancar.

–          Ketika lalu… menarik tetapi penyampaian kurang ruhaniah dan semangat. Lemah rasanya… (agak serabut sikit fikiran dengan beberapa perkara yang perlu diselesaikan pada satu masa.)

–          Semoga cemerlang dan dirahmati Allah di sana bersama yang lain.

“Ada perkara ingin berkata, tetapi mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Maka lebih baik disimpankan sahaja sehingga benar waktunya.Ada perkara ingin disimpan sahaja, tetapi mungkin menjadi serba tidak kena. Maka lebih baik diluahkan sahaja, mungkin ada manfaatnya.

Ada perkara lebih baik tidak tahu sahaja, kerana jika mengetahui hanya mendatangkan keburukan akannya.Ada perkara lebih baik diketahui, moga-moga pengetahuan itu membawa kebaikan di kemudian hari.”

“Apa yang banyak tersirat di dalam hati itulah yang sentiasa diperkata dan diluahkan.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: