Ingin Menjadi Penulis?

Sekarang tengah kuatkan azam untuk meneruskan agenda sebagai seorang penulis.

Penulis yang menulis demi dakwah, mencari peluang dan segalanya. (yang terdekat, menulis untuk e-book)

Dan, kerana menulis itu sebahagian daripada hidupku.

Ketika tiada mood, menulis. Ketika ada mood, menulis. Ketika tengah dukacita, menulis. Ketika suka, juga menulis.

Jadi, insya-Allah, daku akan teruskan agenda ini. Yang… ikhlas, insya-Allah, demia Allah SWT.

Yang menciptakan segala kelebihan.

Dan yang mengetahui setiap kekurangan.

(dipetik dari blog penulis: http://www.akademipenulis.com/)

Betapa Mudah Menjadi Penulis Rencana kepada Si Pakar

  • Saya tidak tahu menulis kerana saya tidak ada idea.
  • Saya kurang pengalaman untuk menulis bidang yang saya tahu.

Pernahkah saudara mendengar ayat ini? Tidak ada idea dan tidak ada pengalaman yang lama dalam sesuatu bidang untuk menulis.

Jika demikian, jadilah penulis kepada si pakar.

Itulah yang dilakukan oleh para wartawan akhbar dan majalah apabila menulis sesuatu rencana. Mereka menulis kepakaran orang lain atas nama mereka sendiri. Seorang wartawan tidak perlu menjadi seorang pakar ekonomi bagi menulis rencana ekonomi, beliau perlu menguasai kefahaman asas dan mendapatkan autoriti yang mengesahkan fakta yang ditulis.

Izinkan saya bercerita mengenai Lea Beadling, seorang penulis bebas yang menulis rencana mengenai dunia perubatan, sedangkan beliau bukan seorang pakar!

Lee Beadling merupakan seorang penulis bebas yang tersohor di Amerika Syarikat. Salah satu artikelnya yang menarik perhatian pembaca bertajuk ‘Man With The Baby’.

Kisahnya sungguh unik yang menggambarkan bagaimana beliau menjadi seorang penulis bebas yang dikenali pakar dalam bidang kesihatan dan perubatan, khususnya dalam bidang ortopedik.

Tetapi beliau bukanlah seorang doktor dan tiada apa-apa kelulusan daripada mana-mana institusi perubatan dunia yang mengesahkan kelayakannya.

Apabila beliau menamatkan pengajiannya di kolej, beliau bekerja sebagai penulis staf di sebuah majalah, Orthopedics Today. Dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang tersebut dan pada masa yang sama tidak meminatinya.

Beadling tetap mahu menulis, ketika itu beliau sudah berumah tangga dan baru bergelar ayah, jadi dia memerlukan pekerjaan. Dia mempelajari ilmu ortopedik dengan menghadiri konferens, mendengar ucapan-ucapan mereka, membaca kertas kerja mereka, menyoal mereka dan merujuk kepada bahan bacaan lain seperti kamus perubatan Dorland.

Dia menulis lapan jam sehari, lima hari seminggu dikhususkan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang kajian terbaru dan perubatan serta mencari berita-berita dari sumber kerajaan dan agensi lain yang berkaitan dengan bidang ortopedik.

Hari ini sebagaimana digambarkannya, “Saya dikenali dan dihormati oleh mereka dan ada yang meminta saya menuliskan ucapan untuk mereka.”

Beadling berhenti dan menjadi penulis bebas bukan sahaja untuk majalah Orthopedics Today, pada masa yang sama terdapat badan-badan berkaitan memintanya menulis tentang bidang tersebut bagi tujuan kenyataan akhbar.

Saya pernah menjadi Lee Beadling dalam acuan Malaysia. Sebagai penulis bebas, saya menemuramah individu dan mendapatkan bahan berautoriti dalam penulisan rencana.

Saya menjadi Lea Beadling dalam satu bidang yang bukan kemahiran saya. Tetapi penulisan itu tidak mustahil jika tahu caranya. Para pembaca berpuas hati kerana ia adalah maklumat baru yang bermanfaat kepada mereka. Malah mereka memintanya lagi dan lagi.

Anda juga boleh jadi begitu, semuanya bermula dari dalam diri.

 

Akhir kata,

Daku tahu keupayaanku.

Daku tidak mampu meneruskan sesuatu agenda tanpa sesuatu peristiwa atau kekuatan luaran atau dorongan.

Oleh itu, doakan buatku. Semoga diberikan kekuatan untuk meneruskan dan kemudahan dalam setiap urusan.

Kerana,

Doalah yang membuatkan tetap berdiri ketika ini. Kerana doalah aku berada sehingga tahap ini.

Biiznillah.

-kena banyak membaca lagi selepas ini…

-hujung minggu menyucikan hati yang semakin serabut kehitaman atas noda maksiat dan kemungkaran yang semakin tiada batasan. Insya-Allah.

One response

  1. NASHARUDDIN BIN MOHD ALI | Balas

    Saya pemilik sebuah syarikat periklanan dan produksi di shah alam dan mempuyai ijazah sarjana komunikasi korporat upm. Saya suka menulis sejak di universiti lagi dan sekarang saya berniat untuk menjadi penulis sepenuh masa. Bagaimana saya boleh kembangkan niat satu itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: