Nak Jadi Bayi Tak?

Salam sejahtera buat setiap hamba Allah di muka bumi ini.

Semoga sentiasa ada perasaan cinta dan kasih sayang selayaknya yang Allah sentiasa meredhai buat hamba-hambaNya di dunia ini.

Dua hari lepas, berlaku gempa bumi di belah  Acheh, Indonesia sana. Gempa berlaku cukupkuat, sehingga setinggi 8.9 skala ritcher,iaitu hampir kepada maksima skala gempa bumi, iaitu 9.0 skala ritcher.

Walaupun gegaran berlaku di Indonesia, tetapi ia tetap merebak sehingga ke Malaysia. Terasa di mana-mana, walaupun tiada lautan berdekatan dengannya.

Kini, daku bertanya sendiri. Adakah masih selamat Malaysia yang dulunya dikira strategik pada sudut geografi  kerana luar daripada lingkaran api pasifik dan gempa bumi. Masihkah aman negara yang jauh dari sebarang permasalahan dari sudut kerosakan yang berlaku pada alam semesta?

Ternyata, kini semua fakta itu diragui. Tiada lagi keselamatan terjamin kini.

Sedarlah wahai umat. Kini telah akhir zaman. Ke mana lagi ingin berlari sekiranya kita hanyalah berada dalam lingkaran. Masih tak tahu makna insaf lagi?Hhmm…. tak tahula….

Apa-apapun, agi idup agi gelaban. Jadi, pada hari mulia ini, daku sengaja ingin segera membaitkan kalam. Hanyalah kalam monolog, sekadar suatu keraian dan moga beroleh kebaikan.

(p/s: ini adalah pandangan dariku. Semua hipotesis terhadap apa yang telah berlaku. Percayalah. Walaupun selepas ini gegaran di Indonesia hanyalah serendah 7-8 skala ritcher, Malaysia akan mengalami gegaran yang lebih kuat dari sebelumnya. Hal ini kerana sekali tanah telah bergerak dan merekah, bertambahlah ia sehingga menanti waktu pecah. Wallahua’lam.

*************************

Kini, genap sudah usia seorang bayi menjangkau usia setahun. Setahun bayi ini hidup di atas muka bumi, setahun sudah Allah memberi nyawa untuk menghirup membahagiakan hati dan jiwa seisi keluarga.

Tetapi, daku tidaklah pandai bercerita apa-apa yang sedang dilakukan oleh bayi. Kerana daku tiada anak dan tiada pengalaman untuk diceritakan di sini.

Yang ada, hanyalah memori dan pemerhatian terdahulu. Yang sangat diketahui hanyalah bunyi tangisan, ketawa tanpa gigi, pusing sana pusing sini, dan membuang apa yang ada dalam tubuh badannya.

Bayi tidak boleh bercakap. Kalau tidak, nanti dipanggil pelik dan ajaib, terus masuk TV, popular di sana sini.

Bayi tidak boleh bermain. Kalau pandai, habis jahanam barang dalam rumah dimain. Kacau.

Bayi tidak boleh tak tidur. Kalau tak tidur, habislah….

Tetapi, bayi comel. Setiap wajah yang memandang pasti akan terasa suka dan ingin memegangnya- biarpun nanti dia buang sesuatu pada baju dan pakaian anda sebagai tanda penghargaan, atau menggelupur nyaring sebagai tanda ucapan terima kasih dan kesukaan-. Hanya orang tiada anggota tangan dan tidak hidup sahaja tidak mahu memegang,mencuit, dan mencium  pipi bayi yang comel.

Oopps… melebih-lebih pula. Apa-apapun, selamat hari lahir buat si kecil, moga membesar menjadi anak yang sihat, soleh, dan menguat keluarga yang telah nyata ramai di sana.🙂

E-book dan cerita buku.

Jadi buat hari  berbahagia ini, daku ingin mencoret apa-apa yang sedang cuba direncana. Ia hanyalah aspek sampingan, kerana ada sesuatu yang lebih mulia sedang dilakukan.

Ya, aspek sampingan. Tidak boleh berlebihan. Walaupun tiada mudarat, tetapi masa tetap terganggu jika tidak bijak berurusan.

Kini, e-book yang sedang direncana dalam 70% penghasilan. Telah siap lebih daripada separuh, hanya sedikit masa lagi diperlukan untuk buat cover dan sempurnakan isi penulisan.

Lain-lain  insya-Allah, Allah SWT akan mudahkan.

Yang kedua, setelah siap e-book nanti, daku akan menulis berkenaan buku cerita berkisah buat kanak-kanak. Malah, beberapa hari yang lepas telah cuba menghubungi pihak penerbit. Ternyata, mereka mengalu-alukan dan bersetuju untuk melihat manuskrip hamba Allah ini sebagai penulis baru. Jika diterima akan diberitahu, jika tidak, manuskrip itu akan dikembalikan.

Jadi, semua ini dalam perancangan. Dan tidak mahu terlalu obses, nanti rosak masa dan pengurusan bagi agenda dan keutamaan yang nyata untuk perkara lain.

Semoga Allah SWT memberi kemudahan.

Amin.

(Kenapa menulis perancangan di sini? Biasalah. Suka-suka menulislah. Nama pun blog peribadi…. suka hatilah nak menulis atau tidak. Tiada sesiapa pun perlu ambil peduli. :))

-selamat hari lahir _R_ _ N (beberapa hari lepas). Semoga menjadi anak yang soleh, sihat, dan terus comel sentiasa!

– …T_T tersalah hari bulan pula…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: