Hati Mati.

Hari ini agak sibuk sedikit. Ada tugasan yang perlu diselesaikan.

Tetapi, makin membaca makin mengantuk pula. Mungkin asbab makan nasi lemak kot.

Hhmm… tak apalah. Ad sedikit ruang waktu cuba menulis sebentar. Moga ada manfaatnya kembali kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Insya-Allah.

Perkara ini bukanlah melibatkan lahiriah sifat dan kedudukan hati. Tetapi ia melibatkan aspek batiniah penciptaan hati.

Kedudukan hati batiniah ini yang sering dikaitkan dengan berbolak baliknya hati. Ia tidak tetap, sering kali terpisah dari keadaan awalnya.

Hati yang satu ini sering perlu dipelihara. Tanpanya, keadaan penciptaan Allah yang bersifat ghaibiyyat akan menjadi sukar untuk dilihat dan dirasai keberadaannya.

Yang paling merbahaya apabila hati itu mati. Peribadi seseorang yang mati hatinya adalah merbahaya, kerana tiada peringatan yang berjaya disampaikan, sering kali indah menjadikan nafsu sebagai tuan, dan syaitan terlaknat sebagai teman.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah

jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan

juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

 

Punca pada matinya hati ada tiga perkara iaitu;

* Hubbun dunia (cinta pada dunia)

* Lalai daripada zikrullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

 

Menurut Ibrahim Adham, antara tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt,tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

 

Rawatan.

Untuk merawat hati yang mati memerlukan kepada sifat mujahadah (bersungguh-sungguh) melawan penghalangnya. Kaedah riadah (latihan) yang berterusan (istiqamah) adalah perlu sentiasa dilaksanakan.

Antara perkara yang menghidupkan kembali hati mati ialah:

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

 

Semoga bermanfaat, insya-Allah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: