Di mana sebenarnya kita?

Apabila dikatakan sebagai manusia, maka tentulah suatu makhluk yang diciptakan, yang ditiupkan ruh pada tubuh badan, mempunyai anggota, dihiasi dengan keinginan.

Manusia, tidak terlepas daripada tiga perkara dalam diri.

1)      Jiwa (nafs)

2)      Hati

3)      Akal

Di luar diri:

1)      Syaitan

2)      Malaikat

3)      Persekitaran

Sebenarnya banyak lagi. Berbeza pandangan, berbeza faktor dirungkaikan.

Setiap yang berlaku dari luar atau dari dalam diri manusia mempunyai saling hubung kait. Begini, jiwa yang kental, tiada bisa dipengaruhi oleh faktor luaran untuk mendatangkan kerusakan. Kekuatan luar hanya bisa membinasakan dalam apabila dalam keadaan lemah atau lalai dalam penguasaan.

Begitu juga faktor luaran. Faktor luaran yang bersifat jisim (iaitu yang boleh dilihat oleh pancaindera)  dan tiada jisim (tidak dapat dikenal pasti oleh pancaindera) bisa mendatangkan sebarang manfaat kepada sifat/ faktor dalaman. Sekiranya malaikat yang mendampingi mendatangkan kebaikan. Sekiranya syaitan sebagai teman, mendatangkan keburukan. Sekiranya persekitaran (ibu bapa, teman pergaulan, suasana  dan lain-lain) baik, mendatangkan kebaikan, jika tidak, menjadi sebaliknya.

Dengan perkaitan  satu sama lain ini, maka ramai orang mengkaji. Manusia  memang diciptakan lemah. Tiada mampu mengkaji semua aspek dan keilmuan setiap bahagian ini. Hanya ambil satu aspek kemudian dikenal pasti berdasarkan cabang yang lebih halus lagi.

Kedudukan hati

Semua perkaitan ini, akan memberikan kesan dan tindak balas pada hati. Hati tidak boleh mengolah kata sendiri tanpa sebarang punca atau kedudukan dalam dan luar.

Dia ibarat raja, hanya tahu tetap berada di singgah sana. Hati tidak boleh bersuara tanpa mengetahui kondisi negara yang disampaikan oleh rakyat jelata, tentera, atau menteri-menterinya. Selepas itu, barulah arahan dikeluarkan. Apabila perintah dikeluarkan, semua menteri, bentara, dan rakyat akan menjalankan kerjanya.

Jika baik penyampaian, maka baiklah segala tindakan dan kedudukan kerajaan. Jika tidak, maka buruklah tindakan dan rusaklah kedudukan kerajaan.

Sifat kebinasaan dan menyelamatkan.

Ulama’ mengkaji lagi. Dalam setiap tindakan yang dilakukan, itu hanya zahiriah yang boleh dirasai dan dilihat oleh orang lain. Tidak cukup sekadar itu. Ada satu lagi tindakan,iaitu tindakan dalaman.

Tindakan ini tidak diketahui oleh orang lain. Hatta yang tiada jisim (malaikat, jin, atau syaitan) sekalipun tidak mengetahui apa yang berada pada tindakan dalaman.

Tetapi,

Pencipta hati (sang raja) mengetahui. Dan, Dialah yang sentiasa memerhati kedudukan dan pemerintahan hati.

Allah SWT.

Meskipun tindakan atas perintah raja nampak baik oleh segala rakyat dan tentera, ternyata raja juga mengetahui apakah yang tersembunyi sebalik titahnya.

Jika yang tersembunyi itu sifat kebinasaan (muhlikat) maka binasalah penglihatan dan penerimaannya oleh sang Pencipta (Allah SWT). Tiada gunanya, hanya sia-sia belaka.

Sifat kebinasaan terdiri dari beberapa perkara. Iaitu riya’, ujub, takabbur, hasad, cintakan dunia, marah, dan penipuan.

Jika yang tersembunyi itu sifat yang menyelamatkan (munjiyat), maka tersangat istimewa dan suka cita penerimaannya di sisi sang pencipta. Walaupun hanya sebesar zarah tindakan atau amalannya.

Sifat menyelamatkan terdiri daripada ikhlas, zuhud, harap dan takut, taubat, fikir, muhasabah, pemurah, sabar dan syukur, dan sentiasa mengingati mati.

Kedudukan perasaan.

Ada satu lagi. Iaitu perasaan.

Perasaan ini lebih kepada emosi. Manakalah emosi pula berkaitan dengan kedudukan jiwa.

Jiwa kedudukannya ada tujuh, sekiranya dilihat sehingga kepada para nabi. Sebagai manusia biasa, ada tiga, iaitu nafs ammarah bissu’, lawwamah, dan mutmainnah.

Perasaan dalam diri berkomunikasi pada kedudukan nafs ini. Sekiranya kedudukan nafs yang paling rendah, maka perasaan yang dilontarkan penuh dengan kesan binasa dan hilang kedudukan akalnya. Marah tidak kena tempat, sedih melampau, gembira berfoya-foya, ego, tamak, cintakan kedudukan, dan sebagainya.

Jika kedudukan nafsnya  paling tinggi, maka perasaan yang dilontarkan tetap sama tetapi kondisinya berbeza. Misalnya marah kerana menegakkan kebenaran, sedih melihat kerusakan umat, sabar suatu musibah/ kecewa,  bersyukur kerana gembira, dan kedudukan yang ada semakin merendahkan diri.

Kesimpulannya, manusia sebenarnya sudah lupa Allah yang Maha Mengetahui. Ilmu atau kedudukan setiap orang sekarang ini sebenarnya sama sahaja sejak dahulu lagi.

Pelbagai status dan darjat yang dicanang-canang itu bukanlah menarik pun untuk dibangga-banggakan. Orang terdahulu lebih hebat dan kuat, tetapi tetap dibinasakan kerana tidak  taat kepada Tuhan.

Tiada nilainya amalan jasadiah sekiranya tiada mengenai manfaat pada amalan jiwaiah (betul ejaan?)

Kerana penglihatan yang Maha Menilai selepas melepasi amalan jiwaiah.

Sekian dahulu.

-Mendoakan sentiasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: