The Beginning of…

Hhhmmm….

Akhir-akhir ini agak sibuk.

Tiba-tiba disuruh bertugas akan sesuatu perkara yang luar dari perancangan.

Tetapi, nak buat macamana… telah ditakdirkan Allah SWT.

Daku hanya merancang, Dia yang Maha Menentukan.

The beginning of teacher…

Hhmmm….

Sementara waktu ini, daku bertugas di sebuah sekolah. Sekolah menengah.

Sekolah biasa-biasa sahaja. Tetapi muridnya yang luar daripada biasa.

 

Waktu itu….

Daku sedang sibuk buat tugasan lain. Tiba-tiba ada panggilan.

“Hello… ini encik dot..dot…dot… Boleh bertugas di sekolah dot… dot…dot…? Sila berjumpa dengan sekian di sekian-sekian.”

Huh… tiba-tiba dilantik menjadi guru! Entah apa-apa….

Pergilah dengan keadaan blur tambah masih tiada kemahiran yang power atau skil yang bertauliah. Cubalah jua mengajar apa-apa yang mampu.

Subjek? Hehhe…. tekalah. Tak mahu bagi tahu.

 

Tetapi….

Warghh!!!

Macam ini rupanya jadi cikgu! (Tambah teruk yang sorang ini masih terpinga-pinga+ tiada kemahiran yang diperlukan)

Dengan ragam budak zaman sekarang (ketegag+ hyper+ entahlah…) dan suasana yang tiada peningkatan iman (sah-sah dah memang takde), daku cuba berkayuh buat beberapa hari.

Kesannya…. huh!

Tension!

Berkerut dahi, tegang urat memikirkan masalah sendiri +masalah pelajar.

 

Tetapi…. (2)

Allah subhanahu wa taala…

Maha Mengetahui.

Setiap apa yang berlaku pasti Dia yang telah Menentukan, dan semua dalam pengetahuan dan perancangan.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Setiap yang dijadikan pasti ada asbabnya.

Maka, daku muhasabah diri.

Kesilapan, kekurangan, dan kesalahan….

Mencari titik hikmah dari Tuhan.

 

Allah Membuka pintu ketenangan.

Selepas beberapa hari bertugas, daku pergi mengislahkan diri. Menyucikan jiwa buat beberapa hari dengan menghadap dan ‘melihat’ pada kebesaran-Nya.

Daku beroleh kekuatan. Hilang segala keserabutan dan ke’tension’an di kepala apabila benar-benar hati dan tawajuh kepada Allah Taala.

Melalui tarbiyah ini, daku beroleh suatu kesedaran yang pelru dilaksanakan (semampu yang ada).

Ada suatu misi perjuangan, yang perlu disampaikan.

Kepada para pelajar di sekolah sekian-sekian.

 

Tiada yang mustahil (hanya sukar sahaja…)

Misi yang sentiasa terungkai di fikiran. Melihat kerusakan ummat di akhir zaman.

Mereka perlu kenal diri, perlu kenal tuhan.

Mereka perlu mengenal dunia ini ditadbir aman oleh orang yang membawa kebaikan. Jika tidak, datangnya kegelapan, datangnya pemimpin yang zalim dan melakukan kerusakan.

Pendidikan yang berteraskan barat, merancang tetapi tiada ilmiah pada dalaman. Hasilnya, kerusakan demi kerusakan pada moral dan akhlak sentiasa berlaku di kalangan pelajar-pelajar.

Tetapi bagi Islam,

Berpandukan wahyu Allah SWT melalui Baginda Nabi SAW, ajaran yang benar mesti diamali melalui perbuatan, kemudian disampaikan.

Ajaran yang terulung bukannya subjek yang banyak dan bertimbun,

Tetapi,

Kalimah yang besar, indah, dan lebih berat timbangannya dari isi dunia dan seisinya.

LAILAHAILLAH. MUHAMMADARRASULLAH.

Kalimah ini perlu disebarkan. Bukan hanya di mulut.

Tetapi tertulis pada hati dan tersemat  pada perbuatan.

 

Harapanku,

Doakan daku beroleh kemudahan dan Allah SWT sentiasa bersama-sama. Bimbingan dari-Nya akan sifat sabar dan lain-lain yang tiada mudarat datangnya daripada Dia.

Jua, maafkan hamba Allah ini kerana tiada mampu menulis seperti selalu (seketika-seketika insya-Allah, boleh) di laman itu buat sementara waktu ini. Kerana kadang-kadang sibuk.

Kadang-kadang berserabut.

 

-Semoga sentiasa dirahmati Allah dan beroleh ketenangan dengan yang lain sentiasa.

2 responses

  1. Hati yang ikhlas kerana Allah untuk mengajar dan mendidik pejuang Islam masa depan akan memudahkan tugas tersebut…

    1. Jazakilah atas nasihat.

      Bukan mudah untuk berubah, tetapi tiada yang mustahil untuk menjana perubahan.

      Sesungguhnya Allah sahaja yang Maha Tetap dan Berkekalan.

      -moga hamba Allah ini beroleh semangat dan sentiasa didoakan. Kerana doa itu senjata orang beriman. (yakinlah dengan amal (kerana Allah) bukan mal atau usaha (kerana manusia). Insya-Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: