Menanam Pokok atau Menghiasi Cabang?

Hhhmmm….. daku cuba untuk menyesuaikan diri. Sesuai dengan keadaan yang berlaku ketika ini.

Penulisan  di sini juga agak terganggu. Tetapi, insya-Allah tidak akan lama. Sedikit masa lagi akan kembali seperti sedia kala.

Apa-apapun, segala kebaikan yang telah dilaksanakan janganlah ditinggalkan hanya kerana datangnya urusan luar dari jangkaan. Kerana setiap kebaikan ada imbalannya. Setiap keburukan juga ada imbalannya. Jika benar niat kerana Allah, maka pasti Allah yang Maha Melihat akan memberikan ganjaran yang baik buat hamba-hamba-Nya.

Biiznillah.

Kempen Tutup Aurat.

Forum Cinta Antara Dua.

Karnival Islam adalah Ad-dinku

Minggu Rakan Masjid.

Ustaz dari suatu pelusuk diajak bertandang dan memberikan pengisian. Ada upah dan ganjaran yang disediakan.

Anak-anak muda, kanak-kanak, dan orang tua ramai bertandang. Seperti acara meriah yang pertama kali diadakan.

Bagai tumbuh bak candawan.

Ramai pengkaji dan penganalisa meyakini Islam telah makin maju dan baik diterima dalam negara Malaysia.

Benarkah?

Ada suatu lagi golongan. Mereka bukan  terbina atas dasar gerakan, bukan atas dasar persatuan, bukan kerana perkumpulan.

Tetapi mereka orang Islam. Mereka ialah orang yang beragama Islam.

Mereka melihat situasi ini. Terasa prihatin, dan tangungjawab sedang dibebani.Mereka memerhati dan cuba memahami akan perkara yang terjadi.

Dan,

Mereka berfikir sebaliknya.

Islam makin diterima. Tetapi memadai hanya pakai pada nama.

Nama Malaysia sahaja yang naik sebagai negara yang membawa pembangunan Islam. Tetapi, rakyatnya tidak lagi benar keseluruhannya mengamalkan apa yang menjadi ajaran Islam.

Oh, Malaysia!

Ini hanya reputasi di Malaysia.

Rakyatnya dianggarkan 17 juta yang memeluk agama Islam. Tetapi yang menjaga solah lima waktu puratanya hanya 7% sahaja.

Iaitu, 1 juta 190 ribu.

Belum termasuk bilangan kanak-kanak, tak baligh, dan orang tua.

Jadi, sikit atau banyak?

Dulu dan sekarang.

Dulu, Malaysia bukan macam sekarang. Pembangunan tidak menampakkan kemajuan, masalah sosial bukanlah suatu isu yang besar untuk dibangkitkan.

Kini, Malaysia maju dalam segala bidang. Maju dari segi pembangunan, sehinggalah kepada institusi kemaksiatan, kemungkaran, dan kerusakan.

Segalanya nampak naik. Sama ada buruk atau baik.

Awal zaman 80-an

Rakyat ketika itu, jahil dalam amalan agama. Berluasa melakukan sesuatu mengikut keinginan hawa nafsu dan pemikiran jahil mereka.

Ketika itu, Allah menurunkan azab di Malaysia. Berlakunya isu 13 Mei 1969. Isu perkauman.

Di tempat-tempat tertentu berlakunya rusuhan, pembakaran, sembelihan, dan pembunuhan. Kerajaan mengisytiharkan ketika itu sebagai zaman darurat.

Tiada seseorang boleh keluar rumah tanpa kebenaran. Polis berada di mana-mana. Berjaga-jaga, pelbagai situasi boleh berlaku bila-bila masa.

Ketika itu,

Ada sesuatu golongan yang melihat. Mereka memerhati perkara yang berlaku bukanlah dalangnya daripada manusia. Sebaliknya, dari kemurkaan Allah SWT.

Perkara ini tercatat sendiri di dalam al-Quran dan hadith nabawi. Apabila sesuatu kaum itu meelanggar perintah Allah dan tiada hidup peranan amar ma’ruf nahi munkar, nescaya datangnya kemurkaan  Allah, dan azab akan berlaku bila-bila masa. (boleh rujuk kembali dalam al-Quran dan kitab Hadith).

Maklumat dikumpulkan.

Laporan diberitakan.

Ternyata.

Rakyat Malaysia ketika itu tiada amalan agama. Tidak hidup untuk dekat dengan institusi keagamaan.

Masjid dibiarkan kosong. Tiada jemaah yang mengambil peranan. Azan tidak sentiasa kedengaran atau orang yang sentiasa hadir untuk masjid dimakmurkan (mungkin).

Akhirnya, jemaah dihantar. Bergerak ke pelusuk kawasan menyeru kepada Allah yang Maha Esa. Moga rahmat Allah kembali ke Malaysia dan hilang bala yang menimpa.

Berakhir suatu misi, laporan baik diterima. Rakyat kembali mengamalkan agama. Keamanan negara kembali terbina.

Ramai yang selepas kejadian itu berusaha menobatkan kembali usaha atas agama. Maju dan terus menyatakan peningkatan.

Ulama sukacita dengan perkembangan Malaysia. Ramai rakyatnya dihantar ke luar negara atas kemampuan yang ada.

Inilah antara asbabnya (kehidupan kini) dengan jemaah yang dihantar semata-mata kerana Allah Taala.

Kini….

Lebih 30 tahun usaha atas agama di Malaysia bergerak. Bergerak untuk menobatkan kembali kalimah Allah di atas muka bumi.

Mengajak manusia suka akan kebaikan dan saling memberi peringatan akan kekuasaan Allah yang tiada bandingan dan akhirat yang tiada kata penghujungan.

Menyeru manusia akan kebenaran nubuwwah sepanjang zaman, yang semakin hari manusia semakin lupa kerana tiada lagi nabi akan diutuskan.

Agenda terus berjalan. Tetapi….

Tidak seperti dahulu lagi.

Malah, makin ramai yang meninggalkan usaha, walau dialah orang paling bersemangat ketika zaman permulaan usaha ini.

Generasi-generasi awal pula semakin lanjut usia. Memerlukan generasi baru untuk meneruskan agenda.

Bukan kerana mereka. Tetapi, kerana Allah Subhanahu wa Taala.

 

Kerusakan pula….

Semakin bertambah. Keburukan semakin berleluasa. Lebih teruk dan tak pernah didengari ini semua, sama ada berlaku pada umat terdahulu atau pemikiran jenayah mengikut analisa pihak polis dan bersekutu.

Generasi yang muda tiada lagi faham apa itu agama.

Kenapa perlu beragama? Pentingkah menjadi orang Islam, yang berpegang dengan agama?

Al-Quran…. Jilidnya banyak diterbitkan. Pelbagai jenis syarikat menerbitkan, dan pelbagai jenis  kaedah pembacaan dikeluarkan. Tetapi, ramai lagi yang tidak boleh membaca.Hanya tertulis di kitab, tetapi berhabuk kerana tidak menjadi bahan bacaan.

Belum bercerita perihal generasi tua. Seperti tidak kenal, usia semakin menginjak ke kubur, masih berangan-angan ingin terus bertakhta di atas dunia.

Pakaian mengalahkan orang muda.

Rambut beruban, tetapi didye dengan warna hitam.

Kasual dan mewah, minum pagi sampai ke petang.

 

Apabila mengajak untuk mengejar kebaikan, sukar. Mengajak beli tv, konsert, drama, karnival, dan melihat hiburan yang disiarkan, ternyata mudah.

Hedonisme menjadi-jadi. Tidak kira apa-apa generasi.

Maksiat dan kekuatan duniawi, itulah misi utama Yahudi.

 

Di manakah kita?

Kajian mengatakan, Malaysia semakin bertambah usaha untuk membuat aktiviti keagamaan. Pelbagai medan, aktiviti, dan perancangan yang dirancang saban hari sehingga saban tahun.

Tetapi, orang yang menjadikan usaha atas agama sebagai keutamaan, mengatakan Islam di Malaysia semakin merbahaya dan mencecah kemunduran.

Ramai berkata kita semakin maju dan cemerlang institusi keagamaan. Yang jelas, hanya perancangan dan pembangunan, bukan amalan dan kekuatan iman.

Masjid dibina besar-besar, tetapi tidak sampai separuh saf pertama yang menunaikan solah subuh secara berjemaah.

Kempen dan banner terpampang besar-besar kempen tutup aurat sempurna. Tetapi, buat dek sahaja orang lalu lalang melihat banner yang tertera.

Orang yang berkopiah berperanan sebagai pencegah maksiat dan ahli tetap masjid dan karyah. Wanita bertudung labuh, duduk sekelompok tidak bersama dengan orang yang perlukan sinar hidayah seperti mereka. Mereka ini (yang tidak bertudung labuh) bukanlah semua tidak berkehendak menjadi seperti anda, tetapi tiadak tahu bagaimana ingin berusaha untuk menjadi seperti anda. Akibat dari suasana di sekeliling mereka.

 

Orang bukan Islam pula, relaks sahaja pakai boxer dan ‘tali’ sahaja pergi ke mana-mana. Senang hati berpeluk dan menayangkan apa yang ada. Tidak kisah lelaki dan wanita, ada orang Islam atau tidak di sekeliling mereka.

Orang Islam yang melihat, entahlah. Mungkin ada buat tak endah sahaja.

 

Jadi, sebenarnya apakah yang gah?

Sama ada cabang pokok, yang diumpamakan perhiasan (yang harus atau sunat) sahaja dalam agama,

Atau tunjang pokok, sebagai akidah (wajib, fardhu ain, tanggung dan jawab, kemestian, dll) yang menjadi kemestian dalam agama?

Tanyalah iman di dalam hati. Kemudian, janganlah asyik bertanya-tanya sahaja. Buatlah sesuatu supaya ada perubahan pada diri.

Sementara masih sempat mencatur amal untuk dibawa di kemudian hari.

 

Apabila,

Kebaikan dunia telah dibukakan segala pintunya.

Keburukan dunia juga dibukakan segala pintu kedatangannya

Maka,

‘Berhati-hati’ apabila melihat keadaan ini telah terjadi.

 -entahlah. Masa dan keupayaan agak tidak menentu. Tetapi, insya-Allah tidak lama. Semoga segalanya mudah dan berjalan lancar seperti yang sentiasa dihajatkan.

-semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan ceria bersama yang lain.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: