Didikan dan Bimbingan Allah.

Siapakah yang suka apabila perkara yang baik untuk sentiasa dilakukan olehnya, tiba-tiba diganggu dari terus melakukannya?

Ramai orang tidak suka akan perkara ini. Termasuk jua diri ini. Daku juga tidak gemar apabila perkara yang telah menjadi lumrah dan ibarat sebahagian dari kehidupanku diganggu atau dicerobohi oleh pihak lain. Sehingga segala rencana yang dirancang, tergendala.

Kadang-kadang rasa dukacita dan berfikir lama. Ingin meneruskan, tetapi banyak masa kini telah diambil untuk aktiviti yang tidak berkenaan.

Apa-apapun, selagi daku masih berupaya, selagi itu keinginanku untuk terus menulis di sini akan daku usahakan. Usaha untuk agama Allah, muhasabah diri sendiri, dan kepentingan ummah.

Yang hari ini manusia semakin leka dan lalai, tidak ingin mengenal hakikat diri yang lemah, dan iman sebagai penyelamat ummah.

Dalam memahami perkara sesuatu,

Tidak memadai bercerita secara teoritikal sahaja.

Adalah lebih baik itu berdasarkan pengalaman atau pekrara yang akan dilakukan.

Teori… semua orang boleh bercerita.

Boleh didapati daripada pelbagai pihak atau media, tanpa bersusah payah untuk mendapatkannya.

Dengan menggunakan pemikiran teori, semua orang boleh berkata itu dan ini. Bagaimana ingin menghadapi atau mengatasi.

Mudahnya,teori sentiasa berkaitan dengan impian dan keinginan seseorang.

Apakah cita-cita anda?

Bagaimanakah anda ingin menghadapi masalah ketika bekerja?

Siapakah calon isteri anda? Bagaimana anda ingin membahagiakan keluarga anda?

Apakah yang akan anda lakukan ingin membimbing anak menjadi soleh atau solehah?

Sekiranya menghadapi konflik, apakah yang akan anda lakukan?

Kemudian akan difikirkan, sama ada dalam fikiran atau melalui beberapa dapatan.

“saya ingin menjadi….. kemudian saya akan berusaha untuk menjadi…..”

“calon isteri saya tentulah….. bila ada anak nanti, saya akan…..”

“Memang benar bukan senang mendidik anak soleh/solehah, tetapi saya yakin dengan usaha begini…., akan jadi begini…”

“Itu perkara mudah. Hanya perlu berusaha untuk begini dan begini….”

Ini jawapan yang mudah untuk difikirkan oleh semua orang. Teori, tidak memerlukan usaha, hanya melalui dapatan  atau pun hanya dalam bayangan.

 

Realitinya….

Hidup di dunia ini bukanlah semua indah.

Banyak lagi cabaran dan ujian, yang perlu ditempuhi.

Yang ia bukanlah sekadar teori, tetapi perlu dilalui dan dihadapi.

Jika berjaya melepasi ujian, tahniah!

Jika tidak, berusahalah mengikut kemampuan anda.

Hidup ini ada orang diuji dengan kesusahan, tidak dapat apa yang selama ini dihajati atau diingini. Sehingga kadang-kadang berputus asa, sehingga ada yang sanggup melalui jalan salah atau bunuh diri. Hidup ini ada orang diuji dengan kesenangan, bukan sikit semua jadi. Tetapi, ditinggalkan tangungjawab dan perkara lain yang perlu diperhati.

 

Bimbingan Allah.

Inilah ujian yang paling besar dalam kehidupan. Jika dahulu hanya diketahui melalui buku, pemikiran, dan bahan bacaan, kini perlu dihadapi dengan segenap kekuatan.

Sama ada emosi, rohani, jasmani, atau akal fikiran.

Selalunya bimbingan Allah khusus mendidik hamba-Nya agar benar berada di atas jalan-Nya. Ujian yang menimpa perlukan sifat mujahadah dan pengorbanan. Setelah ujian yang menimpa akan berupaya mengubah pendirian dan sifat mazmumah di dalam diri.

Dia membimbing hamba pilihan-Nya kembali kepada agama. Agar tidak hanyut dengan keindahan (yang sebenarnya tipu daya) dunia, dan merasai hanya kekuatan milk Dia, pengharapan satu hanya kepada-Nya.

Itulah bimbingan Allah, buat para Nabi, Rasul, dan orang yang dekat jiwa kepada-Nya.

Tetapi,

Ujian (bimbingan Allah) bukanlah mudah. Perit dan susah, tetapi berdasarkan kemampuan hamba-Nya.

Dia menguji para Nabi, Rasul, dan Muqarrabin dengan ujian yang berat. Berjumpa dengan manusia yang bukan pernah dalam bayangan, kemudian mengajak mereka kembali mentauhidkan KeEsaan Allah.

Penat fikirkan dan berjumpa manusia. Setelah dikorbankan hati dan perasaan dengan segala cercaan dan tentangan, terus dilakukan atas rasa tanggungjawab dan perintah Tuhan.

Manusia melihat mereka,

Orang lemah dan tiada apa-apa. Buat perkara sia-sia.

Tetapi bagi Allah,

Merekalah orang yang kuat kerana berani berkorban untuk agama-Nya.

Bagi mereka suatu nikmat yang berpanjangan, yang tiada lagi ketika itu semua ujian dan wujudnya lagi pengorbanan.

Bukan sahaja di akhirat, tetapi buat mereka (apabila sampai masanya) di dunia ini lagi.

Yaa ayyuhallazi na amamanu In tansurullah ha yan surkum, wa yusabbit aqdamakum

Maksud: Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad:7)

Akhir sekali,

Kehidupan ini bukanlah bayangan dan teori fikiran sahaja. Banyak lagi liku, yang pernah diceritakan, yang kelak mungkin anda akan laluinya.

Semoga tabah dan benar pengharapan, maka kepada Allah tersimpan segala ketakutan dan ketaatan (takwa) serta pengharapan dan penyerahan (tawakal)

 

-dah lihat. Hhhmmm….  tak tahu bagaimana ingin mengomen. Tak cekap sangat… Apa kata kelak buat theme yang  simple, tetapi ceria? Macam laman ini… tapi lagi baik lah…

Kalau letak banyak iklan atau banyak column, terlalu celaru dan agak ‘semak’.

-input yang menarik, pernah menulis akan perkara ini. Selalu muhasabah ingin mengamalkan, kemudian menyampaikan melalui beberapa cara dan kemampuan.

-ya… Insya-Allah. Amin…

-semoga sentiasa ceria dan dirahmati Allah bersama yang lain🙂 .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: