Cikgu Suka Jadi Apa?

Terkesima.

Bertanya soalan yang tidak dijangka.

Berhenti, berfikir, dan muhasabah.

 

Saya….

“Saya suka menjadi seorang pendidik…”

“Yang lain?”

“Suka menjadi seorang penulis. Sebab saya ingin melihat perubahan.”

“Saya ingin melihat masyarakat berubah. Berubah menjadi lebih baik.”

“Kiranya cikgu berbeza dengan saya. Saya bercita-cita ingin mengkaji alam flora dan fauna.”

Cita-citaku?

Soalan ini membuatkan daku berfikir kembali potensi dan personaliti diri. Melihat di manakah kemampuan, dan perancangan masa depan.

Apabila salah seorang pelajar ini berkata sedemikian, baruku tersedar,

Rupanya daku ingin menjadi seorang pembimbing atau pendidik mereka yang memerlukan.

Mendidik melalui lisan,

Dan mendidik melalui tulisan.

Peranan dan tanggungjawab.

Apabila melihat keadaan ini,  terasa hikmah Ilahi. Di mana Dia yang Maha Mengetahui telah merancang dengan sebaik-baik perancangan mengikut keupayaan hamba-hamba-Nya.

Ketika itu, terasa  mengapa daku begitu menekankan perihal tangungjawab, dan mengapa sentiasa berfikir dan berkata sesuatu yang bukan seperti manusia biasa. Ini semua adalah kerana rasa tangungjawab dan keinginan untuk melihat manusia melakukan perkara yang berbeza.

Ya.

Berbeza.

Berbeza dari budi pekerti yang buruk dan tiada kekuatan iman (pegangan agama), kepada cinta pada akhlak yang baik dan tersedar akan kepentingan iman dan takwa.

Namun, kerana perasaan tangungjawab inilah kadang-kadang daku terasa lebih bebanan. Terbeban apabila melihat manusia jauh dari keinginan kepada kebaikan, jauh dari merasai pentingnya agama dan sumber keimanan.

Merasai ramai orang perlu sedar akan jalan yang semakin menyimpang, supaya kembali berada di atas permukaan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Hakikatnya…

Daku hanyalah mampu mengusahakan.

Tiada daya daku mengubahnya. Sekiranya tidak secara kelembutan, kekerasan diperlukan. Hanya pada tempat yang benar-benar memerlukan.

Hal ini kerana, tangungjawabku hanya seketika. Bukanlah ada pengetahuanku apa yang terjadi  di rumah, apakah yang berlaku dalam seisi  keluarga.

Hanyalah seorang pendidik yang sedang mencuba dan berusaha. Hal yang lain, biarlah Allah yang Maha Esa menentukan segala-galanya.

Mungkin kini terlalu banyak  lopak dan lubang di sana sini. Insya-Allah, di masa hadapan kelak, daku akancuba memperbaiki supaya buat diri sendiri dan lebih bermanfaat untuk orang lain.

Insya-Allah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: