Kekuatan Dalaman dan Luaran.

Ini perkara biasa. Tetapi pandangannya yang luar biasa

Ada manusia melihat kekuatan dari segi jasmani atau luaran.

Kekuatan berdasarkan fizikal tubuh badan, berdasarkan kuasa, berdasarkan kuantiti yang dibina…

Maka, di sinilah bermulanya definisi kekuatan.

Impaknya, mereka yang melihat akan menjadi gentar dan tiada tandingannya.

Tetapi,

Kekuatan sebenar adalah dari dalaman.

Ia wujud dalam diri manusia.

Terbinanya kekuatan ini melalui beberapa peringkat dan pengukuhan.

Apabila terbina, tiada apa yang boleh memusnah dan membinasakan ia.

 

Rohani dan Jasmani.

Apabila persoalan yang timbul adalah dalaman manusia,

Maka yang menjadi hubungannya ialah emotional quetion (EQ)  dan spiritual quetion (SQ) manusia.

Atau pokoknya ialah rohani manusia.

Apabila benar perbuatan rohani, maka perbuatan luaran akan menghasilkan tindak balas positif.

Rohani yang kuat menghasilkan peribadi yang kuat.

 

Bagaimana membina kekuatan dalaman?

Perkara ini memerlukan kesungguhan dan latihan. Ia tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan pengorbanan.

Sedangkan ingin mendapatkan kuasa, tubuh perkasa, dan pangkat pun memerlukan usaha, inikan pula membina kekuatan yang lebih daripada biasa.

Maka, pengorbanan dilakukan atas kemahuan dan keinginan. Bukanlah untuk mengasingkan, tetapi hanya menjejaskan atau hanya sebagai keperluan.

Misalnya,

Wang digunakan setiap hari RM100. Digunakan untuk membeli barang keperluan dan kepentingan. Tetapi, apabila pengorbanan dilakukan, mungkin hanya RM50 atau lebih kurang digunakan. Kerana, hanya digunakan pada barang keperluan, bukan untuk dibazirkan.

Begitu juga dalam membina kekuatan dalaman. Antaranya perlu keluar dari zon selesa (semua dapat, tanpa bersusah payah). Keluar dari kesenangan yang ada, berdiri di tempat berbeza mungkin dari kalangan manusia biasa.

Kemudian, berada dalam kalangan manusia yang membina kekuatan rohani. Hadirkan diri dan mengislahkan jiwa, baru akan terisi dan benar-benar tertanam dalam jiwa.

Ketiga, bersendirian atau tidak, sentiasa menghubungkan kepada kemuncak kekuatan, iaitu Allah yang Maha Kuat. Fikir dan zikir, Sabar dan syukur, harap dan takut, dan sebagainya perlu dicapai satu persatu dengan bimbingan orang yang lebih tahu. Agar tidak tersesat jalan atau mengakibatkan rosak akidah dan pemikiran.

 

Senang?

Sebenarnya, membina kekuatan dalaman adalah perkara yang paling sukar. Terutama di zaman yang sebegini.

Sepanjang bersama manusia, sedikit demi sedikit kekuatan itu akan terhakis dan hilang. Apabila hilang sahaja kekuatan dalaman, maka hilang jua kekuatan luaran.

Hilang semangat, hilang perasaan, hilang jiwa…

Semua menjadi caca merba, dan  semua bagaikan sama.

Badan masih ada tenaga, tetapi terasa hilang misi  dan punca. Kerja dan pemikiran akhirnya menjadi serba tidak kena. Tiada lagi rasa ketenangan, tiada lagi rasa ingin melihat perubahan.

 

Kerana itu,

Pengislahan dan tazkiyah perlu dilakukan. Dilakukan untuk membina kembali kekuatan.

Apabila tiba masa dan ketika, perlu mujahadah melakukan riadah. Supaya hari yang lain terasa berisi seterusnya mampu menyebarkan kepada manusia lain umumnya.

 

Al-Quran berkata tentera talut yag jumlahnya sedikit berjaya menawan tentera Jalut yang tenteranya banyak.

Nabi SAW berkata, orang yang paling kuat apabila berjaya menahan marah.

Yahudi berkata, kekuatan orang Islam boleh dilihat pada Subuh mereka.

Dunia berkata, mereka yang ada teknologi, tentera, dan senjata yang paling kuat.

Akhirat berkata, orang yang kuat apabila benar iman dan takwa-Nya pada Allah yang Maha Esa.

 

Ada manusia kuatnya dia kerana manusia di sampingnya

Tetapi ada manusia kuatnya dia kerana ada-Nya Allah di sampingnya

4 responses

  1. 🙂

    Terima kasih.

    Semoga Allah sentiasa memberikan kemudahan dan merahmati.
    Amin.

  2. kekuatan mmg sukar diukur dengan penilaian dan terjemahaan komunikasi, maka dengan itu nilai dan laburkan diri ke dalam islam sepenuhnya amin

  3. habis tu, camana nk bergerak…

    1. Gerak dengan naluri yang bersih. Selalu baca al-Quran dan jaga ibadah. Jangan suka buat maksiat. maksiat kepada kerosakan amal-amal yang lain

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: