Monthly Archives: Jun 2012

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis (Bahagian 2)

(Sambungan dialog daripada artikel yang lepas. Sesiapa yang terlepas, boleh rujuk kembali. Terima kasih)

Soalan Nabi (15):   “Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?”

Jawab Iblis:   “Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya.”

Continue reading →

Advertisements

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis (Bahagian 1)

Untuk kali ini, daku selitkan suatu artikel berkenaan dialog antara Rasul Allah, Muhammad SAW dan Iblis laknatullah.

Namun, daku tidak berjaya (atau tidak pernah) mencari dalil kesahihannya. Hanya, daku berharap boleh dijadikan pengajaran, kerana semua yang dikatakan sememangnya adalah benar-benar belaka.

Terutama berkenaan maksiat yang terhasil antara hubungan lelaki dan perempuan yang bukan dalam pernikahan.

Beberapa kali ditekankan, betapa banyak permulaan dosa dan kemurkaan Allah datang daripadanya.

Semoga Allah SWT yang Maha Menguasai dan Pemelihara sentiasa melindungi dan memelihara kami daripada tipu daya Iblis. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan taufik dan rahmat buat kami untuk sentiasa bertaubat dan menambah amal buat kemudian hari.

Amin.

Continue reading →

Doa: Manifestasi Janji Allah

Suatu ketika dulu, artikel ini pernah dinukil di laman ini.

Kini, artikel ini digarap kembali apabila melihat ada kesesuaian dan baik  untuk dihayati.

Moga Allah sentiasa merahmati dan mengurniakan kekuatan iman dan takwa di sebalik perjuangan dan kehidupan.

Belajar dan belajar lagi kerana Allah SWT.

Continue reading →

Perjalanan ini…. Kembara Menuju Ilahi

Nampaknya, sudah tiba masanya.

Perancangan yang telah dirancang menunggu masa tiba. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doaku kepada-Nya.

Doa pengharapan pada pilihan Tuhan,

Agar dipilih sebagai salah seorang hamba-Nya untuk berada pada jalan-Nya

Apabila telah dikurniakan kejayaan untuk meneruskan suatu urusan.

Continue reading →

Lain Padang, Lain Belalangnya…..

“Hadi, aku pelik lah. Tengok tabiat orang kaya zaman sekarang. Tiap-tiap tahun pergi haji dan umrah. Bukan diorang tak tahu, ramai lagi orang sekeliling yang lebih terasa tak dapat pergi haji, lambat dapat tawaran, tiada kemampuan, tiada itu, kurang ini. Tak terfikir ke orang-orang kaya ini kepada mereka? Haji wajib sekali sahaja. Yang nak pergi lebih itu buat apa? Hari itu pun ada ustaz yang kritik akan perkara ini. Lebih baik sedekah dan hadiahkan sahaja kat orang yang lebih memerlukan. Dapat pahala menolong dan untung-untung pahala haji sama seperti orang yang menolong.”

Hadi terdiam. Berfikir.

Ayahnya jua orang berada. Ada jua ayahnya mengungkit seperti mempersalahkan mereka sahaja akan perkara ini.Setelah beberapa ketika, Hadi pun bersuara,

“Benar kata kamu. Lebih baik memberi kepada orang yang lebih memerlukan daripada seronok pergi sendiri-sendiri. Mungkin ada sahaja seperti yang ibarat ‘melancong’ setiap tahun.Tetapi, ada beberapa perkara yang kamu agak terkurang jelas. Ini berkenaan nikmat dan kurniaan yang Allah beri kepada setiap orang.”

Continue reading →

Ebook JIWA DAN JASAD.

Alhamdulillah….. segala pujian buat Allah Subhanahu wa Taala yang Maha Terpuji.

Segala pujian dan penghargaan di atas sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah SWT, yang memberikan taufik dan hidayah hamba Allah ini untuk meneruskan kehidupan sehingga di kala ini.

Segala kesyukuran dimunajatkan atas Maha Baik dan Mulia-Nya Allah kerana memberikan kesempatan dan kemudahan dalam urusanku ini.

Hari yang baik.

Cuaca yang terang.

Alhamdulillah diucapkan kepada sang Maha Pencipta yang melukiskan alam ini dengan aturan yang sebaik-baiknya.

Continue reading →

Ruh, Doa, dan Sifat Kebaikan.

Baru-baru berangkat ke pantai timur. Bercuti sambil menziarahi sanak saudara, dan kenduri kahwin yang ada di sana.

Alhamdulillah, selamat perjalanan pergi dan pulang. Pergi dengan sebuah kenderaan, pulang pun dengan sebuah kenderaan. Alhamdulillah…

Di sana, adalah melawat ke beberapa tempat. Antaranya pantai, pesawat, dan taman tamadun Islam (TTI), iaitu monumen keseniaan masjid Islam yang dibina berhampiran Masjid Kristal, Terengganu.

TTI itu banyak monumen yang menarik dan banyak juga gambar yang diambil. Tetapi, tidak boleh letak pula di sini kerana ada sedikit masalah teknikal. Mungkin lain kali kot… Insya-Allah.

Continue reading →