Ruh, Doa, dan Sifat Kebaikan.

Baru-baru berangkat ke pantai timur. Bercuti sambil menziarahi sanak saudara, dan kenduri kahwin yang ada di sana.

Alhamdulillah, selamat perjalanan pergi dan pulang. Pergi dengan sebuah kenderaan, pulang pun dengan sebuah kenderaan. Alhamdulillah…

Di sana, adalah melawat ke beberapa tempat. Antaranya pantai, pesawat, dan taman tamadun Islam (TTI), iaitu monumen keseniaan masjid Islam yang dibina berhampiran Masjid Kristal, Terengganu.

TTI itu banyak monumen yang menarik dan banyak juga gambar yang diambil. Tetapi, tidak boleh letak pula di sini kerana ada sedikit masalah teknikal. Mungkin lain kali kot… Insya-Allah.

Tetapi, ada suatu yang lebih menarik.

Iaitu, sebuah buku cerita, yang jarang benar rasa ingin pegang dan baca.

Buku yang biasa-biasa sahaja. Nampak tiada apa-apa yang berbeza, tetapi isinya mendalam dan pemikiran yang berbeza.

Seperti apa yang dirasakan dan ingin diluahkan oleh pnulis kepada pembaca. Tetapi, bentuk luahannya berbaza, melalui kreativitinya dalam bentuk penulisan komik remaja.

Antara haiwan dan manusia.

Bercerita tentang haiwan yang diciptakan dan hidup seperti mana manusia. Boleh berfikir, berlari, mempunyai perasaan dan sebagainya seperti manusia.

Tetapi, kedudukan mereka ini hina pada pandangan manusia.

Manusia senang membunuh dan membuli mereka. Bagi manusia tiada perlindungan dan kebertanggung jawaban terhadap mereka. Tiada keperluan dan kepentingan untuk bersama mereka.

Tetapi, dalam kebanyakan mereka, ada segelintir manusia yang ada perikemanusiaan dan sifat empati terhadap mereka. Antaranya seorang pemuda. Dia merasakan kaum haiwan ini juga perlu hidup aman dan saksama seperti mereka. Bukan hanya tahu menghina dan mengenakan mereka.

Sebab mereka juga berjalan, berlari, berfikir, ada rumah, dan mempunyai perasan yang sama. Hanya dilahirkan sebagai haiwan, itu sahaja.

Malah, haiwan ini mempunyai sifat yang mulia, kasih sayang, dan baik hati. Sepertimana asal kejadian fitrah setiap insan. Mereka tiada lari daripada fitrah itu (hanya manusia ketika itu yang lari daripada fitrah- sekarang pun sama).

Maka, pemuda ini rasa bertangungjawab untuk melindungi mereka. Sering kali kaum haiwan yang dipanggil chimva  ini dibuli atau dilakukan tiada empati, pemuda ini membela dan melindungi.

Keajaiban pencipta.

Sungguh pun begitu,kaum chimva ini mempunyai suatu kuasa, yang dipanggil magik yang mereka tidak sesekali menggunakan ia bukan pada tempatnya.

Magik ini digunakan untuk melindungi mereka dan juga orang yang mereka kasihi. Bukan untuk membuli atau mengenakan makhluk yang lain.

Salah seekor chimva yang dilindungi oleh pemuda ini turut mempunyai kuasa yang sama. Sering kali digunakan kuasa yang ada untuk melindungi  pemuda tersebut ke mana sahaja di berada.

Kuasa itu yang melindungi pemuda itu ketika berlaku kejadian tidak diingini, kuasa itu jua yangmembantu pemuda tersebut ketika berlaku kesulitan, malah kuasa itu jua yang melindungi pemuda tersebut ketika pemuda itu bertemu kuasa chimva pendendam (kerana sentiasa dibuli dan ibunya dibunuh oleh manusia sejak dari kecil lagi.)

Pengajaran dan konsep idea.

Kisah ini tidak diciptakan penghujungnya. Seperti sketsa kehidupan yang tiada lagi sampai ke sketsa penghabisan..

Mungkin masih jauh, dan mungkin menghampiri, berdasarkan takdir yang ditentukan.

Namun, daku suka akan idea yang ingin disampaikan oleh penulis. Idea yang realistik dan inginkan suatu perubahan pada sisi kehidupan kini.

Antaranya tentang sisi-sisi kehidupan manusia yang sukakan peperangan, kejahatan, penindasan, kuasa yang ingin menjatuhkan, dan pelbagai keburukan yang mana manusia semakin jauh daripada fitrah asal kejadian (kemanusian). Apabila kaum chimva ini melihat keburukan ini, mereka hanya menggelarkan manusia sebagai kaum yang lemah. Sedangkan mereka hanya mahukan kedamaian dan kehidupan yang aman bersama manusia (walaupun mereka ada kuasa yang lebih baik daripada manusia).

Selain itu, penerapan kasih sayang terhadap kehidupan lain (kepada kaum chimva) ialah toleransi manusia terhadap hubungan sesama makhluk iaitu haiwan. Kasih sayang terhadap haiwan adalah perlu kerana mereka turut makhluk yang diciptakan. Sungguhpun tidak mampu memelihara, janganlah membuli dan melakukan mereka dalam keadaan yang hina.

Sekiranya haiwan boleh berkata-kata, mungkin terluah daripada lidah mereka seperti terbuku dalam cerita.

Tetapi, yang paling terkesan ialah berkenaan dengan keupayaan mereka. Ada yang menggelarkan ia sebagai kuasa, ada yang mengatakan ia sebagai magik.

Nyatanya, kuasa itu adalah berkaitan dengan ruh. Ruh yang hadir kerana keinginan chimva untuk melindungi dan memelihara dari sebarang keburukan kepada orang yang dikasihi.

Ruh itu adalah doa.

Pada ketika ini, daku terfikirkan sesuatu.

Ruh itu jika dibandingkan dalam kehidupan sebenar ialah doa. Doa yang dipohon dan dimunajatkan kepada seseorang yang lain.

Dan, asbab doa inilah manusia itu dilindungi dan diberikan kekuatan meneruskan kehidupan.

Dalam buku ini, perkara yang sama turut berlaku. Chimva ini sentiasa istiqamah dan bersungguh-sungguh berdoa pada sebiji batu (yang dipanggil-lebih kurang- magik chimva). Sehinggakan batu yang tajam menjadi bulat kerana sering digosok-gosok ketika berdoa.

Dan, asbab doa inilah yang memelihara dan memberi kebaikan kepada yang didoakan. Hanya, orang yang berdoa yang mengetahui, dan orang yang didoakan merasai.

Malah, kerana doa yang baik dan suci bersih inilah melindungi dari sebarang kejahatan. Asbab doa inilah jua menjadikan chimva pendemdam berubah hatinya untuk kembali kepada fitrah sebagaiaman sifat seekor chimva.

Hebat peranan doa. Dan memang hebat peranan doa sekiranya manusia ketahui.

Sehingga digelar senjata orang mukmin.

–         benarlah ada hikmah Allah SWT lindungi kuasa doa, untuk menguji keyakinan manusia untuk memohon dan beriman kepada-Nya.

–          Baca buku cerita adik. Tak upaya menyampaikan semua idea penulis (yang menarik dan patut diaplikasi), tetapi inilah antara intisari.

-Sebut tentang buku… huhh… kecewa betul!.. dengan diri sendiri…. Sebenarnya semua dah siap, tinggal cover lagi. Itupun sebab tak pandai nak buat. Tetapi tiada masalah besar (sebenarnya) sebab ada teman boleh membantu. Hanya nak minta persediaan dia sahaja lagi.

Lain-lain, nak memohon isbn dan cip. Isnya-Allah nak contact dengan pihak penerbitan, untuk berbincang bagaimana usaha untuk menerbitkan sebagai makalah hard copy.

Jika tiada aral melintang, insya-Allah semua boleh disettlekan pada minggu ini.

(tersangkut tiba-tiba atau hang suddenly bila dapat tawaran guru sementara tempoh hari.)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: