Ebook JIWA DAN JASAD.

Alhamdulillah….. segala pujian buat Allah Subhanahu wa Taala yang Maha Terpuji.

Segala pujian dan penghargaan di atas sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah SWT, yang memberikan taufik dan hidayah hamba Allah ini untuk meneruskan kehidupan sehingga di kala ini.

Segala kesyukuran dimunajatkan atas Maha Baik dan Mulia-Nya Allah kerana memberikan kesempatan dan kemudahan dalam urusanku ini.

Hari yang baik.

Cuaca yang terang.

Alhamdulillah diucapkan kepada sang Maha Pencipta yang melukiskan alam ini dengan aturan yang sebaik-baiknya.

Pada hari ini,

Maka berjayalah jua daku menyelesaikan tugasan yang tertangguh begitu lama. Tugasan yang pernah dikatakan untuk menyiapkan pada awal bulan Mei yang lalu.

Betapa ketika itu sedang menyelenggarakan, tiba-tiba ada call mengejut tentang suatu tugasan. Atas asbab inilah, segala perancangan banyak yang tergendala lamanya dari meneruskan.

Tetapi, kini, dengan limpah rahmat dan kemudahan daripada-Nya, berjayalah jua diselesaikan segala cabaran, kemalasan, dan kekurangan yang dihadapi sepanjang ingin menghasilkan masterpiece ini. Begitulah segala-galanya yang berlaku, yang mendidik dan membuka mataku bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu, tetapi tiada mustahil untuk menghasilkan sesuatu.

Dengan segala keluhan, cabaran, dan rintangan yang dihadapi,

Akhirnya, siaplah jua ebook masterpiece daku.

Tajuknya,

JIWA & JASAD: KEMBARA MENUJU ILAHI.

Jiwa Jasad

Ini ialah cover yang berjaya disiapkan pada saat-saat terakhir. Alhamdulillah, Allah telah memberikan kemudahan atas semua perkara.

Hanya ada beberapa perkara minor sahaja lagi tinggal untuk dibereskan. Jadi, insya-Allah akan diselesaikan pada masa akan datang.

Yang penting, e-book ini berjaya jua dihasilkan. Dan, asbab telah berjaya azam dan niat untuk diselesaikan pada minggu depan, maka kini telah bertungkus menyelesaikan sesegera mungkin.

Di kesempatan ini juga daku ingin mengucapkan Jazakallah, Jazakillah, dan terima kasih kepada semua yang selama ini banyak menyokong dan mendoakan daku sama ada disedari atau tidak akan kejayaan untuk menghasilkan e-book. Sungguh, hanya Allah SWT sahaja yang berupaya membalas budi baik kalian.

Contoh ruangan dalam.

Antara perkara yang dibicarakan ialah berkenaan konsep dan persoalan jiwa dan jasad yang diterangkan secara ringkas dan mudah difahami oleh pembaca. Penekanan terhadap ilmu, akal, sifat mahmudah, mazmumah, dan bicara hati diperkembangkan dalam bab ini.

Pada bab ketiga, diletakkan segala kisah dan penceritaan antara jiwa dan jasad yang terpilih sebagai pengajaran dan pedoman. Kisah yang menarik dan sangat baik untuk dihayati dan pengajaran kehidupan masa ini.

Lihat Isi kandungan

E-book ini dihasilkan secara umum. Semua peringkat usia layak dan patut mendapatkan ia.

Jadi, kepada para pembaca di luar sana yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut akan ebook ini, bolehlah mendapatkan ia (sekarang!) selagi stok masih ada.

Harga: RM 27.00  RM 20.00 (Harga Promosi)

Halaman :374 m/s

SEkiranya ingin membeli, boleh emailkan kepada:

Emailkan kepada:

alghuraba11@ymail.com

Atau boleh postkan tempahan di ruangan komentar

Dan, sangat mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan dari pihak pembaca di luar sana.

-untuk hard cover dalam perancangan. Perlukan persetujuan dan beberapa perkara lain lagi untuk diselenggarakan. Mungkin agak lambat sikit

-hal-hal lain, Jazakillah.🙂. In yang perlu sentiasa kelak diberi perhatian. Semoga Allah SWT sentiaaasaa merahmati dan memelihara diri dan yang lain di sana.

-Jika ada apa-apa hal, jangan lupa contact talian hotline 24jam Maha Pemerhati ya! 012-4434221

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: