Perjalanan ini…. Kembara Menuju Ilahi

Nampaknya, sudah tiba masanya.

Perancangan yang telah dirancang menunggu masa tiba. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doaku kepada-Nya.

Doa pengharapan pada pilihan Tuhan,

Agar dipilih sebagai salah seorang hamba-Nya untuk berada pada jalan-Nya

Apabila telah dikurniakan kejayaan untuk meneruskan suatu urusan.

Melalui jalan yang serba serbi manusia tidak faham dan tahu bagaimana untuk menilai, dan tidak juga mudah untuk mengajak bersama untuk membina ketakwaan kepada Allah Azza wa Jalla. Sungguhpun begitu, tiadalah daku menyalahkan sesiapa kerana ini semua dalam pilihan dan ketentuan Allah.

Ada orang yang merancang bersungguh-sungguh, tetapi Allah masih tidak memilihNya.

Ada orang langsung tidak nampak perancangan, tetapi takdir Allah dialah yang dalam pilihanNya (dipermudahkan jalan untuk berada di jalanNya).

Sesiapa yang Allah berkehendak akannya., maka dikurniakan Hidayah, jika Allah tidak berkehendak akannya, maka tiada siapapun boleh mengubah ketetapanNya.

Apa-apapun, setelah terbukanya sinar kebenaran, maka binasalah pintu-pintu kebatilan. Terpadamlah dan lenyaplah ia (kebatilan) selama-lamanya.

Hari ini, 18 Jun 2012,

Hari yang dinanti.

Daku menantikan detik ini. Detik untuk melakukan suatu pengislahan. Detik untuk merasai betapa manisnya iman, betapa indahnya hati dekat dengan Tuhan dan mengamalkan apa yang telah diserukan dalam Islam.

Detik berpisah dari sentiasa sibuk mengusahakan 24 jam dengan dasar urusan keperluan, kepentingan, kemanusiaan, dan keduniaan, kepada jiwa yang satu, yang semata-mata mengharap,menghadap, dan bermunajat pada Tuhan.

Membentuk jiwa supaya kukuh iman dan membina takwa kepada-Nya. Menolak yakin kepada segala sesuatu melainkan Dia.

Merasakan diri ini sebenarnya hamba Allah,

Yang kosong dan sentiasa memerlukan Allah.

Ketika ini,

Daku mengembara untuk mengislahkan diri. Menyucikan jiwa dan membersihkan hati.

Kemudian, berusaha menyampaikan kepada orang yang lain. Menyebarkan kebaikan dan kasih sayang, yang itulah pasak dan tunjang utama kebenaran Islam.

Sebagaimana sabdaan Nabi SAW, “Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.”

Semoga mereka juga dekat dengan Ilahi.

Namun,

Daku tidaklah bermaksud meninggalkan begitu sahaja.

Kerana daku diajar untuk kenal tangungjawab dan peranan yang saksama.

Kepada siapa yang perlu  diambil berat dan perhatian, dan kepada sesiapa yang perlu daku tinggalkan pesanan atau bahan keperluan.

Buat kedua ibu bapaku, adik- beradikku,

Dan kepada diri serta yang lain di sana.

Kembara ini,

Buat keluarga di kampung telah kukhabarkan, telah dipinta doa dan kebaikan. Siapalah daku ini, sekiranya tidak asbab mereka yang pernah melahirkan, mendidik, memberi kasih sayang, nafkah, dan perhatian sehingga kini.

Sungguh, daku yakin tidak mampu membalas pengorbanan dan kasih sayang kedua ibu bapaku ini.

Telah kusampaikan pesan dari hati ke hati.

Buat diri dan yang lain,

Semoga sentiasa tabah dan diberikan kekuatan.

Sungguh, walau tiada jasad memerhati atau mengetahui, tetapi daku sentiasa sedar dan yakin Allah itu Maha Mengetahui. Dia Maha Mengetahui sebaik-baiknya perancangan buat hamba-hamba-Nya, Dia Maha Menentukan yang terbaik kepada hamba yang benar mengharap dan bertakwa kepada-Nya.

Daku sentiasa berpesan,

Jagalah hubungan dengan Allah. Kerana, tiada sebaik-baik penjaga dan pemelihara melainkan Dia. ceriakanlah diri dan jiwa dengan melapangkan masa kepada-Nya dan bersama yang lain. Carilah kelapangan di sebalik setiap kesibukan. Ada, kadang-kadang tidak sedar keadaannya.

Ketika sakit, senang, sedih, kaya, kekurangan, dan kelapangan,

Dia sentiasa ada, menantikan permohonan dan kesyukuran.

Jagalah hubungan dengan al-Quran. Benar, al-Quran itu hidup apabila hati dan pancaindera membaca semata- mata mencari keredhaan-Nya.

Jagalah hubungan Allah dan al-Quran dengan solah. Kerana solat itu penghubung paling dekat dengan Allah, sehingga Rasul yang mulia mengingatkan pesanan terakhi buat umatnya, “Ummati solah, ummati solah, ummati solah…”

Dan,

Banyakkan berdoa. Bukankah doa itu senjata mukmin?

Oleh itu,

Sepanjang hampir 2 bulan ini, daku tiada di sini kerana meneruskan kembara ini. Insya-Allah, laman ini akan cuba untuk terus diisi, hanya tidak sekerap dahulu lagi.

Hanya laman di sana tiada dapat daku menulis  buat sementara, sebagai kesungguhanku dan untuk ikhlaskan niatku sentiasa berhubung dan mengislahkan hati mengharap kepadaNya (mohon ampun ya ….).

Sekiranya ada ingatan, memohonlah dan mengharaplah kepadaNya.

Bila terasa kekurangan, Dia Maha Mengetahui dan kepadaNya daku mohon pemelihara dan perlindungan.

Semoga diri sentiasa sihat dan ceria bersama yang lain. Mereka sentiasa memerlukan peranan pada diri, hanya kadang-kadang tersalah kerana tidak memahami dan mengetahui.

– …… maaf… tiada apa-apa informasi terdahulu akan perkara ini. Sudah lama merancang untuk menyampaikan, tetapi bimbang sekiranya ada apa-apa  tidak ketahui.Daku sentiasa memohon kebaikan ketika kembara ini, dan buat diri serta yang lain di sana.

– Sabar ya…. jika terasa apa-apa (apa-apa sahaja), mintalah kepadaNya dengan sabar dan solah.

-‘Kosong’ bemaksud: Bila kembali kelak –insya-Allah- seperti hari dan orang yang baru . Itulah yang dirasai (seperti mana ketika dahulu)

-Doakan sentiasa…. tiadalah upaya mengenali Allah bersendirian… Semoga Allah sentiasa bersama merahmati dan memelihara diri dan yang lain. Amin.

“Tidaklah lama menanti, jika benar penantian itu bukanlah rugi.”

2 responses

    1. Persoalan yang ringkas, tetapi jawapannya sulit dan panjang.

      Pertama, kenali diri hakikat diri. Bukan diri yang anda sedang berdiri sekarang, tetapi diri dalam diri anda.

      Kemudian, kenali anda adanya yang menciptakan. Hatta, sebiji jarum pun diciptakan, bagaimana diri yang besar gedabak tiada penciptanya (kalau tidak dicipta, tak payah fikir soal kubur…)

      Ketiga, jauhilah kehidupan anda seakrang. Anda tidak aakn kenal erti dan makna sebenar islah dan kehidupan sekiranya masih setia untuk berdiri kini.

      Keempat, atas kehendak Allah sahaja semua akan berlaku. Usahalah untuk melihat dan dalam tarbiyah Allah, moga anda kenal dan ,moga mampu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: