Monthly Archives: Julai 2012

JAUHI 20 Perkara Untuk Mencari Keredhaan Allah (Bahagian 1)

Sebagai tatapan betapa benar dan halusnya didikan manusia teragung. Semoga kelak, berjaya diamalkan.

Insya-Allah.

Continue reading →

Bala Tidak Menunaikan Zakat.

Hari ini cuba menyelidiki suatu keadaan. Perihal harta yang manusia senang untuk berkata dan canangkan.

Bukan bagaimana ingin mengumpulkan atau beroleh harta, tetapi lebiih kepada tanggungjawab yang perlu dipikul dan kewajipan padanya.

Iaitu kewajipan terhadap rukun Islam yang keempat, iaitu zakat, yang wajib dikeluarkan apabila cukup haul dan nasabnya.

Continue reading →

Sirah: Anas bin Malik r.a.

Sekiranya kita membuka Sahih Muslim atau Sahih Bukhari, nama Anas Bin Malik Al-Ansori agak tidak asing sebagai salah seorang sahabat Rasulullah yang banyak meriwayatkan Hadith. Namun siapakah Anas Bin Malik ini?

Nama sebenar beliau adalah Anas Bin Malik ibn Nadar al-Khawarij al-Ansori. Anas bin Malik adalah anak kepada Ummu Sulaym iaitu wanita pertama yang memeluk Islam di kalangan penduduk Madinah sebelum hijrah Rasullulah ke Madinah.

Sepanjang kehidupan beliau, ada kajian menyatakan bahawa Anas bin Malik telah meriwayatkan sebanyak 1286 hadith sepanjang kehidupan bersama Rasulullah.

Mari kita melihat bagaimana Anas bin Malik ini menjadi salah seorang perawi hadith di zaman Rasullullah dan bagaimana kehidupan Anas bin Malik semasa zaman rasullullah.

Continue reading →

Dosa Yang Lebih Besar dari Berzina

Bukan bermaksud zina itu tidak berdosa. Tetapi, sebesar-besar dosa orang berzina, masih ada suatu dosa lagi yang lebih dahsyat daripada zina.

Malangnya, dosa ini lagi ramai yang melakukan. Asbab inilah makin banyak zina dilakukan.

Nauzubillah….

Bukankah perintah untuk perihal ini memelihara daripada perkara keji dan mungkar. Sekiranya perintah yang merupakan pelindung ini sengaja dilalaikan dan ditinggalkan, agak-agak adakah pelindung untuk mencegah kemungkaran dan kemaksiatan?

Fikir-fikirkanlah…

Continue reading →

Kerja Yang Tiada Gaji….

Sudah agak lama tidak menulis dengan secara lebih formal. Maksudnya seperti sebuah artikel bertulis yang wacananya berbentuk ilmiah dan intelektual. Misalnya berdalilkan al-quran dan hadith, bersumberkan ulama’ muktabar, dan pandangan cendekiawan semasa.

Sejak kebelakangan ini, banyak menulis lebih kepada keadaan semasa atau monolog diri. Al-maklumlah… menulis merupakan sebahagian- besar juga- cara daku menyampaikan atau meluahkan sesuatu yang tidak mampu disampaikan daripada dalam hati.

Mungkin ada beberapa punca. Antaranya sibuk atas perkara yang lain,  ada perkara yang perlu diselesaikan, ada perkara yang datang tiba-tiba, malas, tiada idea, ingin segera, atau kerana kelemahan diri sendiri.

Continue reading →

Abdikan jiwa untuk solat

Artikel ini dipetik dari ruangan iluvislam.com. Kerana bertepatan dan ada perkaitan dengan laman ini, maka daku kongsikan ia di sini.

Kita terdiri dari jiwa dan jasad. Kita sebenarnya adalah jiwa yang nantinya akan dipanggil Allah karena adalah milik Allah dan pasti akan satu hari dipanggil Allah.

Setiap kali kita solat, Allah memanggil jiwa kita untuk datang kepada-Nya, bukan sekadar jasad melakukan perbuatan solat. Alangkah ruginya kita apabila sentiasa hanya jasad menghadap Allah tetapi tidak jiwa kita. Juteru,  haruslah praktik dari sekarang untuk menghadap Allah dengan jiwa yang bukan sekadar jasad.

 

Continue reading →

Maksiat dan Dosa

Entahlah. Apabila berbicara tentang maksiat, hatiku berserabut.

Bukan menjadi perkara yang aneh lagi. Tetapi, semakin menjadi biasa.

Sampai macam tiada cara untuk membendungnya lagi.

Sedangkan dosanya besar, sehingga mendatangkan murka Allah.

Keadaan ini membuatkan daku semakin runsing. Runsing melihat keadaan umat ini, yang semakin jauh dari pedoman agama, semkain hanyut cinta dengan dunia.

Sedangkan perkara akhirat itu adalah suatu kepastian. Tiada manusia boleh menolak bila tibanya ia.

Continue reading →

Fikir dan Renungkan…

Sebenarnya….

Ramai orang salah duga tentang perkara ini.

Iaitu….

Apa yang dipandang di mata sebenarnya adalah suatu ilusi.

Bukan realiti.

Betul tak?

Continue reading →