Fikir dan Renungkan…

Sebenarnya….

Ramai orang salah duga tentang perkara ini.

Iaitu….

Apa yang dipandang di mata sebenarnya adalah suatu ilusi.

Bukan realiti.

Betul tak?

Ok. Sekarang daku ingin bertanya.

Siapa sekarang benar-benar dapat apa yang diharapkan sampai sekarang itulah yang sentiasa diharapkan?

Perasaan yang sama… keinginan yang sama…. dan kegembiraan yang sama….

Tiada suatupun berubah. Tiada sedikitpun yang berkurang atau cacat mencelah.

Ok…. Ada tak?

Kalau ada, daku nak bagi hadiah. Betul, serius ni!

Bagi IC number dengan alamat. Nak bagi.

Syaratnya…. ceritakan pengalaman anda dan berapa tahun pengalaman anda serta bagaimana anda menghadapi dan perasaan anda kepadanya.

Dalam masa 2 hari sahaja tawaran ini.

 

Kenapa bertanya begini?

Sebenarnya sudah banyak kali daku memerhati akan perkara ini. Dan, perkara inilah yang terjadi dalam kehidupan harian setiap manusia di dunia ini.

Kisah 1.

Ali dapat beli kereta baru. Seronok bukan kepalang dia. Sampai setiap hari dia kunci pintu, stereng, dengan tayar kereta.

Jika keluar sahaja daripada kereta, diperhati dua tiga kali dahulu sebelum beredar. Takut ada yang tidak kena.

Kini, sudah hampir 2 tahun dia bersama kereta yang sama. Tetapi, perasaan dan keinginannya mula pudar dan ada yang tidak kena.

Jika dulu sentiasa perhati, jaga, dan servis, kini makin kurang. Hanya apabila perlu baru dilakukan.

Jika dulu kunci sana, kunci sini, kini bila nak kunci baru dia kunci. Kalau tak dibiarkan sahaja. Ada alarm dan kunci pintu dah cukup baik ma…

 

Kisah 2.

Suatu hari, Ibu Zania memanggil dia. “Zani, kamu dapat tawaran belajar di Universiti Malaya!”

Tersentak dia dari melihat kaca televisyen. Tergamam, kemudian menjerit, “Betul mak?? Zania dah berjaya mak!!!”

Ketika itu, tersenyum bukan main dia. Bersungguh-sungguh dia membuat persiapan, persediaan, nota, dan keperluan ketika hidup di kampus dan pembelajaran. Ingin dipastikan semua mencukupi dan semuanya ada. Tak mahu tersalah atau ada yang tidak kena.

Walaupun 1% sahaja.

Kini, alam Universiti telah bermula dalam hidupnya. 2 tahun menjalani, bukanlah seperti hari orentasi dan kali pertama dia berdaftar.

Tiada lagi kesungguhan yang jitu seperti dahulu. Study juga, tetapi sibuk jua mengikut aliran hedonisme dan tiada tujuan zaman siswa siswi ketika itu.

Tersangkut dia daripada kekuatan matlamat asal. Minta-minta janganlah diteruskan pada masa akan datang.

 

Kisah 3.

Zaki berasa bertuah dapat memiliki hati Alia. Pada pandangan Zaki, tiada apa yang terkurang pada Alia di matanya. Baginya, Alia begitu sempurna kepadanya.

Alia cantik, manis orangnya, sederhana tingginya, berbadan langsing, dan bijak jua dalam pelajaran. Paling kurang pun, Alia boleh bantunya untuk belajar bersama.

Sehinggakan bermimpi dia akannya. Tidak lokek duit dan masa dihabiskan untuk berbual dan berteman dengan Alia.

Begitu jua pandangan Alia kepada Zaki.

Lelaki tampan, baik hati, alim juga (bolehla…), suka tersenyum, dan lain-lain lagi. Yang paling dia suka, Zaki tidak pernah meninggikan suara dengannya.

Sentiasa bersabar dan rajin menegur dirinya sekiranya ada yang tidak kena.

Terbayang pada Alia, mereka bagai sejoli sepadan. Tentu bahagia kalau hidup bersama dengannya, kelak.

Itulah yang difikirkan dua orang teman ini. Pada suatu ketika dulu, ketika masih berjauhan dan alam percintaan.

Kini….

Sudah 4 tahun berkahwin. Ada 2 anak yang masih kecil.

Zaki kini agak jarang ke rumah. Sibuk dengan perihal pejabat dan klien.

Alia pula berhenti bekerja untuk menjaga anak di rumah. Biar air tangan ibu sendiri yang mengasuh dan mendidik anak-anaknya.

Sikap mereka… tidak lagi seperti dahulu. Kadang-kadang mesra, kadang-kadang hambar. Tidak kurang ada yang tidak kena dan timbul perasaan marah dan dukacita.

Tiada lagi bergayut sentiasa di telefon. Kadang-kadang kata, “sibuklah hari ini, tak boleh makin nasi di rumahlah..” “Alia, esok saya balik ya. Hari ini outstation…”

Alia pula makin banyak mulutnya. Dulu mulut manis, tetapi kini seperti terasa ada pedasnya (nasib baik tak keluar api). Dulu berbadan langsing, kini makin naik isi dan beratnya. Dulu, banyak gaya dan penampilannya, kini di rumah makin T-shirt kosong atau berbaju kelawar.

Dekat luar pula ada gaya. Kadang-kadang bertambah pula.

Mari fikirkan….

Ini hanyalah sebahagian kecil kisah manusia dan kehidupan (dan memang diakui banyak lagi yang berlaku). Bahagian yang biasanya berlaku, kepada mana-mana individu, sama ada yang masih hidup, atau yang telah meninggal dunia.

Jadi, betul tak kejadian ini yang berlaku dalam hidup setiap individu yang bernama manusia?

Perasaan dulu dikatakan hebat, sekarang semakin kurang. Perasaan yang dulu dikatakan dahsyat, kini makin sikit dan bertambah jurang.

Adakah ini kesilapan? Atau… sebenarnya apa?

…………..

Sebenarnya…

Inilah lumrah hidup di dunia ini.

Tiada manusia boleh menolak nikmat yang hanya layak dijadikan sebagai PINJAMAN, bukan MILIKAN.

Anak, isteri, ibu bapa, ternakan, tanaman, kemewahan, dan kebesaran,

Semuanya adalah PINJAMAN, bukan MILIKAN.

Jadi, apabila dikatakan PINJAMAN, bukanlah individu tersebut yang ada kuasa menentukan bagaimana. Dia hanya boleh merancang, dan bukan ketentuan dalam tangannya.

Apabila dikatakan PINJAMAN, setelah diberi sebenarnya yang paling utama ialah TANGGUNGJAWAB. Jadi, tanggungjawab sebagai pelajar, sebagai anak, sebagai suami, sebagai isteri, sebagai pemilik, itulah yang lebih utama daripada ingin dinikmati perasaan dan bagaimana kekal rasanya seperti dulu kala.

Kerana perkara inilah dikatakan urusan nikmat sebenarnya BERMULA DENGAN ILUSI. Kemudian DIAKHIRI DENGAN REALITI.

Ilusi membayangkan baik, cantik, hebat, bagus, dan sempurna. Bila dapat setelah sekian lama, realiti nampak buruk, sepet, capek, dan cacat celanya.

Apa yang cantik dulu di mata, tidak lagi cantik di dalam hati.

Mari fikirkan….

Fikirkan perkara kedua.

Tetapi, bolehkah semua perkara ini berubah? Bolehkah semua perkara ini dirasakan tiada berbeza (walau berbeza keadaan dan masa?)

Untuk perubahan, fizikally sebenarnya TIDAK BOLEH. Yang boleh, hanyalah anggapan, fikiran, dan sikap anda menghadapinya.

Kerana itu, janganlah menilai sesuatu hanya pada mata. Tetapi nilailah pada hati, sifat, dan agama.

Baru dirasai hikmah, kebenaran, dan kekuatan pada diri sendiri untuk mengharungi setiap perubahan fizikal pada PINJAMAN, yang bukannya MILIKAN di sini.

Kerana itulah….

Daku berada pada jalan ini. Berjalan untuk sentiasa ingin berubah jiwa dan fikiran kepada situasi yang akan dan mesti dihadapi pada kemudian hari.

Kesedaran yang datang kerana tidak pernah mengetahui apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Masih adakah kekuatan fizikal, emosi, dan perasaan tanpa bimbingan Tuhan.

Hiruk pikuk, kacau bilau. Atau baik dan mulia, senang dan tenang menghadapinya. Siapa tahu?

Ketika ini, sebenarnya banyak hikmah Allah melalui jalan ini untuk mendidik hati dan fikiran. Jalan untuk mendidik sifat yang tidak pernah terbina.

Merendahkan hati daripada egoism sendiri. Memartabatkan agama sebagai sumber kekuatan terulung melalui jalan dan laluan para Nabi dan Sahabat yang diredhai.

Bersabar dengan segala situasi yang berlaku. Bertawakal dan berbuat yang terbaik apa yang mampu.

Hukuman, hanyalah jika benar tiada jalan penyelesaian. Melalui akal dan wahyu, bukan melalut menurut hawa nafsu.

Kepimpinan, adalah melalui hikmah dan toleransi. Bukan hanya dibiarkan, atau buat sambil lewa (yang kelak memakan diri sendiri).

Semua orang belajar memegang tangungjawab. Semua orang belajar niat kerana Ilahi.

Inilah jalan yang Allah sendiri yang akan membimbing dan mengajar, kerana tempat didikan adalah daripada rumahNya yang mulia.

Antara kelebihan dan manfaatnya lagi,

Ketaatan kepada Allah dan Rasul…. direalitikan melalui amalan dan tangisan harapan. Bukan lagi permainan media elektronik atau tulisan di media, t-shirt, atau kaca tv.

Bertemu masyarakat… yang sebenarnya realiti yang kelak akan dihadapi dalam kehidupan semasa.

Tanggungjawab…. memang itulah yang wajib dilaksanakan pada setiap manusia.

Kasih sayang… kena luah dan lakukan pada tempatnya. Bukan cerita penulisan atau hanya terpendam di jiwa.

Dan, banyak lagi.

 

Inilah tempat pelajaran yang mengislahkan jiwa bukan untuk kepentingan sendiri.

Tetapi, untuk kemanfaatan diri, keluarga, masyarakat, dan agama yang kudicintai.

 

Namun,

Jalan ini bukanlah segala-galanya. Ia hanyalah suatu ruang permulaan, didikan, dan sumber kekuatan untuk menghadapi kehidupan sebenar.

Kehidupan yang bukan lagi sebenar bayangan fikiran. Semua boleh didapati melalui bacaan dan kefahaman yang mana-mana terpampang di media massa.

 

Diajar dan dibimbing bagaimana untuk ‘menanam pokok’.

Selepas berakhir perjalanan ini, diri sendiri kena sentiasa berusaha membaja, mengairi, memberi cahaya yang cukup, agar pokok itu ‘tidak layu atau mati’.

 

Oh Allah…

KepadaMulah aku berserah…

KepadaMulah aku memohon pertolongan dan bimbingan.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: