Kerja Yang Tiada Gaji….

Sudah agak lama tidak menulis dengan secara lebih formal. Maksudnya seperti sebuah artikel bertulis yang wacananya berbentuk ilmiah dan intelektual. Misalnya berdalilkan al-quran dan hadith, bersumberkan ulama’ muktabar, dan pandangan cendekiawan semasa.

Sejak kebelakangan ini, banyak menulis lebih kepada keadaan semasa atau monolog diri. Al-maklumlah… menulis merupakan sebahagian- besar juga- cara daku menyampaikan atau meluahkan sesuatu yang tidak mampu disampaikan daripada dalam hati.

Mungkin ada beberapa punca. Antaranya sibuk atas perkara yang lain,  ada perkara yang perlu diselesaikan, ada perkara yang datang tiba-tiba, malas, tiada idea, ingin segera, atau kerana kelemahan diri sendiri.

******************

“Wahai Muhammad, sekiranya kamu inginkan kekayaan, kami akan berikan. Sekiranya kamu inginkan kuasa, kami akan berikan. Sekiranya kamu inginkan wanita, juga kami akan berikan. Beritahulah apa sahaja kehendakmu. Dan berhentilah sahaja dari dakwah kamu ini…”

Muhammad berdiam diri. Berfikir dan termenung seketika.

Kemudian,

Baginda bersabda, “Sekiranya bulan dan matahari dikurniakan pada sebelah kanan dan kiri tanganku, pasti aku tidak akan berhenti dari dakwah ini.”

Nekad.

Para pembesar Quraisy bertambah geram dan dendam. Ingin sahaja dibunuhnya jika tidak teringat perlindungan bapa saudara baginda, Abu Talib.

Mereka pergi tanpa berkata-kata. Dalam hati, suatu ketika Muhammad akan menerima pembalasannya.

Pesuruh Allah…

Namun, tiadalah baginda sendirian. Baginda bukanlah manusia biasa yang berdakwah kepada manusia kerana suatu kepentingan.

Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. Allah telah mewahyukan kepada baginda sebagai utusan-Nya, dan diturunkan wahtu itu secara berperingkat sama ada melalui pengantara atau face to face kepada baginda.

Rasul Allah menerima hasil pembelajaran terus daripada Allah. Dikenali satu persatu salasilah keturunan para anbiya’ a.s sehingga kepadanya, dan sejarah para teman anbiya’ yang telah lupus ditelan zaman (sedangkan baginda ialah ummi-tidak pandai tulis dan baca).

Diberitakan pengetahuan akan peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan. Dirungkai satu persatu, dan sememangnya sukar dipercayai kerana tidak pernah wujud sama sekali ketika di zaman Nabi dan para sahabat.

Selain itu, diketahui jua berita selepas kematian. Berita alam syurga dan neraka. Melihat sendiri akan nikmat dan azabnya. Dengan asbab inilah baginda sedaya upaya berusaha menegakkan kalimah Allah, agar manusia terhindar daripada azab neraka Allah yang tidak terperi siksaannya.

Pelbagai lagi kelebihan yang diberikan Allah kepada seorang anak yatim piatu tetapi berhati mulia yang dipilih sebagai penghulu anbiya’. Agar menjadi bukti kenabian dan kerasulan, menjadi petunjuk yang benar sebagai ikutan sepanjang zaman.

Antaranya,

Sehingga kini masih terpelihara al-Quran al-Karim, mukjizat teragung Nabi sehingga kini.

Tersimpan 1001 sirah, syariat, pendidikan, akhlak dan lain-lain lagi, sebagai rujukan setiap ummat tidak kira zaman atau generasi.

Yang paling utama….

Semua utusan dan pilihan Allah melakukan tugas dan kerja yang sama. Iaitu mengajak manusia bertuhankan Allah yang Esa dan tidak mengabaikan perintahNya.

Mereka menyampaikan kalimah ini kerana perintah dan suruhan Allah, bukanlah diminta untuk diagung-agungkan dan bermanfaat kepada diri mereka sendiri.

Sehingga ada yang disakiti, ada yang dipukul, dikeji, dipermainkan, dan dibunuh oleh ummatnya sendiri.

Kerana perkara inilah,

Inilah pekerjaan utama mereka. Tiada lagi masa digunakan untuk perihal lain dari perintah khusus Maha Pencipta.

Rezeki mereka dalam tangungan-Nya. Tidak dibiarkan kebulur atau mati kelaparan kerana sepenuh masa mengajak manusia mentauhidkan Allah SWT.

Setidak-tidaknya, ada jua pada anbiya’ yang bekerja. Ada yang menjadi pengembala kambing, ada yang beroleh takhta dan kerajaan, ada yang menjadi Raja.

Ada juga yang bertani, dan pelbagai lagi.

Tidak dinafikan, ada jua yang menjadi penjaga biara dan ahli ibadah. Ada jua yang menjadi miskin dan papa.

Tetapi, ini semua bukanlah maksud perutusan mereka. Urusan keperluan hanyalah alatan, bukanlah tujuan mereka diutuskan. Selagi hidup, tentulah ada keperluan diri sendiri yang perlu diusaha dan dibina.

Keutamaan mereka,

Ialah menyampaikan kalimah khusus yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Lailahailallah…. dan bersaksi dengan kenabian mereka.

Tidak dilalaikan sama sekali. Kerana inilah perintah utama apabila diangkat dan dipilih sebagai nabi.

Kerja ini tiada gaji!

Walaupun inilah perintah utama oleh Maha Pencipta, namun…

Tiada gaji yang diterima dan diberikan kepada mereka!

(Hatta jika difikirkan bahawa kerja dari yang Maha Mulia, tentulah gaji atau ganjarannya tentulah yang sangat mulia)

Mereka menyampaikan perkara yang mulia, akhlak yang benar, dan jalan yang lurus,

Tetapi tiada nilai untuk menguntungkan mereka.

Kerana bagi mereka,

Telah ditentukan oleh Allah tempat untuk diberikan ganjaran. Tempat yang sebaik-baik ganjaran, yang tiada langsung perbandingan dengan harta benada keduniaan.

Bagi mereka, ganjaran bagi kerja terpilih adalah untuk di akhirat sana.Akhirat, tempat yang diakui sendiri oleh yang Maha Kuasa sebaik-baik tempat untuk hamba-hamba pilihan-Nya, yang beriman dan bertakwa.

“…Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa.” (an-Nahl:16:30)

Istana yang tersergam indah,

Pemandangan,

Sungai yang mengalir,

Taman yang indah,

Burung hijau dan menarik bertebangan,

Pasar tempat bermesra dan berkenalan,

Bidadari yang menawan, jelita, dan penawan hati si jejaka,

Budak-budak sebagai pelayan dan penghibur di syurga.

Jadi, bukankah ini sebaik-baik balasan? Dan, ada lagi nikmat yang….

Tiada langsung dalam bayangan manusia. Yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengari telinga, tidak pernah terlintas di akal fikiran.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terbesit dalam hati manusia.

Inilah janji Allah. Janji yang pasti ditepati, kerana Dialah yang Maha Menepati Janji.

Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syetan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. (QS. Fathir: 5)

Kerana perkara inilah…

Daku,

Belajar menyampaikan dan berdoa…

Moga Allah pilih hambaNya ini sebagai salah seorang hamba pilihanNya untuk buat tugas dan kerja mulia yang pernah ditugaskan kepada para utusan pilihanNya (kerana tiada nabi lagi diutuskan ke dunia ini).

Supaya,

Dapat hidup bahagia di sana, di samping manusia yang beriman dan bertakwa.

Dapat membawa kedua ibu bapa hidup nikmat dan bahagia di sana. Doaku yang hadir dimakbulkan buat mereka ditempatkan ke dalam syurga.

Dapat membawa manusia yang sentiasa didoakan kebaikan di mana-mana. Dunia sebagai landasan, dan akhirat adalah tempat yang dijadikan tujuan.

Yang paling diinginkan,

Dapat bertemu dengan Allah SWT yang menunjukkan sebaik-baik jalan kepadaku untukku lalui. Dia yang memberikan hidayah dan cahaya, ketika daku sendiri dan memerlukan pertolongan.

Dan, bertemu kekasihnya yang sentiasa mengingat dan menyampaikan pesan buat ummat ini.

Daku belajar menyampaikan walaupun sekelumit tugas dan kerja nabi.

Bukan untuk manfaat sendiri, tetapi buat akhirat yang pasti dan kekal nanti.

Berharap…

Moga manusia sekaliannya faham akan gejala kemerosotan ummat ini. Betapa manusia sekarang seperti anak yatim yang tiada bimbingan, hanya teringat usaha untuk dunia ini, sehingga lupa akan usaha selepas mati.

Moga manusia kenal dan sedar ada nabi diutuskan dan tugas mereka yang diberikan. Bukan kerja main-main, tetapi kerja mulia, yang perlu berkorban harta, masa, dan nyawa mereka kerana Allah yang Maha Kuasa.

Moga manusia faham yang Allah SWT sangat mengasihi hamba-hambaNya di dunia ini. Walaupun tiada lagi utusanNya diutuskan, Dia umumkan tugas ini kepada sekalian ummat untuk memuliakan mereka, di dunia dan di akhirat sana.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Ali Imran:104)

-harap memahami…. semoga Allah memberikan kefahaman dan hidayah akan perkara ini.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: