Sirah: Anas bin Malik r.a.

Sekiranya kita membuka Sahih Muslim atau Sahih Bukhari, nama Anas Bin Malik Al-Ansori agak tidak asing sebagai salah seorang sahabat Rasulullah yang banyak meriwayatkan Hadith. Namun siapakah Anas Bin Malik ini?

Nama sebenar beliau adalah Anas Bin Malik ibn Nadar al-Khawarij al-Ansori. Anas bin Malik adalah anak kepada Ummu Sulaym iaitu wanita pertama yang memeluk Islam di kalangan penduduk Madinah sebelum hijrah Rasullulah ke Madinah.

Sepanjang kehidupan beliau, ada kajian menyatakan bahawa Anas bin Malik telah meriwayatkan sebanyak 1286 hadith sepanjang kehidupan bersama Rasulullah.

Mari kita melihat bagaimana Anas bin Malik ini menjadi salah seorang perawi hadith di zaman Rasullullah dan bagaimana kehidupan Anas bin Malik semasa zaman rasullullah.

Kisahnya begini…

Madinah gelisah. Semua orang menatap penuh harap ke arah jalan menuju kota Makkah. Seperti menunggu sesuatu cahaya dan berharap cahaya ini segera datang dan muncul. Ada rasa cemas dipancaran mata setiap mereka. Ada rasa yang hendak membuncah. Rasa yang tak dapat diterka. Berbahagia atau sebaliknya.

Sesaat kemudian, tiba-tiba semua orang melompat kegirangan,tua, muda dan anak anak. Semuanya bergembira. Di tengah mereka seorang ibu bergegas membawa seorang anak kecil menuju kepada orang banyak. Semua berlomba dan berlari agar mendapat tempat di mana mereka dapat melihat suatu susuk tubuh yang dinantikan sepuas-puasnya. Tak terkecuali ibu dan anaknya tadi. Ikut berhimpitan dengan yang lain agar mendapat tempat di hadapan.

Ketika itu, semua orang di Madinah lantas berlumba-lumba memberikan hadiah terbaik mereka kepada Rasulullah yang mulia. Ummu Sulaim yang hidup miskin ditinggal suaminya sewaktu Anas masih kecil ingin juga memberikan hadiah buat Rasulullah tercinta. Lantas dia mendatangi kediaman rasulullah SAW dengan membawa puteranya yang ada satu-satunya.

Dia berkata, “Wahai rasulullah ,,,Tidak ada di madinah ini baik lelaki mahupun perempuan kecuali mereka akan memberimu hadiah. Dan sungguh, saya tidak memiliki apa-apa kemewahan yang mampu saya hadiahkan untukmu kecuali putera kecilku ini. Maka, bawalah dia agar boleh berkhidmat kepadamu,” ucap Ummu Sulaim berlinang air mata tanda bahagia. Ketika itu, Rasulullah saw tersenyum bahagia dan mengusap kepala Anas yang masih kecil dan memeluknya.

Semenjak itu Anas bin Malik senantiasa bersama Rasulullah saw setiap masa di mana jua. Anas bin Malik hidup bersama Rasulullah saw selama sepuluh tahun. Usia Anas bin Malik mula berkhidmat kepada baginda SAW ketika berumur 10 tahun dan apabila Baginda rasullullah wafat umurnya baru mencecah 20 tahun. Maka dalam umur 10 hingga 20 tahun Anas bin Malik mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda.

Anas bin Malik r.a sentiasa mengekori rasullullah ke mana sahaja baginda pergi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya kita dapat melihat bagaimana Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat yang faham akan keadaan nabi, tahu akan kesusahan nabi, dan tahu akan sifat dan tingkah laku nabi SAW.

Gambaran akhlak Rasullullah melalui Anas Bin Malik

Anas bin Malik berkata, “Rasulullah adalah orang yang paling mulia akhlaknya, paling lapang dadanya, dan paling luas kasih sayangnya. Suatu hari aku diutus oelh Nabi untuk suatu keperluan, lalu aku berangkat. Di tengah jalan, aku menemui anak-anak yang sedang bermain. Lalu aku pun ikut bermain bersama mereka sehingga aku tidak jadi memenuhi suruhan beliau.”

“Ketika aku sedang asyik bermain, tanpa disedari, ada seseorang berdiri memperhatikan di belakangku dan memegang bahuku. Aku menoleh ke belakang dan aku melihat rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tersenyum kepadaku lalu berkata, ‘Wahai Unais apakah engkau telah mengerjakan perintahku?’ Aku pun bingung dan berkata, ‘Ya, aku akan pergi sekarang ya Rasulullah!”

“Demi Allah, aku telah melayani beliau selama sepuluh tahun dan beliau tidak pernah berkata kepadaku, ‘Mengapa kau kerjakan ini? Mengapa kau tidak mengerjakannya?”.

Unais bermaksud Anas kecil yang diberikan oleh Rasullullah SAW kepada Anas.

Kehidupan Anas selepas wafatnya rasullullah

Selepas wafatnya Rasullullah, beliau adalah antara sahabat yang sangat merasai kesedihan. Menjadi pembantu persendirian kepada Rasullullah selama 10 tahun membuatkan dirinya terasa begitu besar kehilangan akan sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupannya. Kemudiannya, beliau berpindah menjadi duta umat Islam, mengajar, dan menetap di Basrah. Beliau adalah antara sahabat Rasullullah yang panjang umurnya, dan hidup sehingga lebih 100 tahun. Zuriatnya ramai (sehingga ada pendapat mengatakan lebih 100 orang) dan kebanyakanya menetap di Basrah.

Diulang dan diedit dari laman http://duniadeen3.blogspot.com/

5 responses

  1. mohon izin untuk mengkopi, terima kasih

  2. ijin mengkopi.. syukron

  3. ijin kopi y..:)

  4. asik referensi tugas liqo😀

    1. ya.. dipersilakan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: