Bala Tidak Menunaikan Zakat.

Hari ini cuba menyelidiki suatu keadaan. Perihal harta yang manusia senang untuk berkata dan canangkan.

Bukan bagaimana ingin mengumpulkan atau beroleh harta, tetapi lebiih kepada tanggungjawab yang perlu dipikul dan kewajipan padanya.

Iaitu kewajipan terhadap rukun Islam yang keempat, iaitu zakat, yang wajib dikeluarkan apabila cukup haul dan nasabnya.

Hari ini,

Semua orang yang akil baligh dan berakal tahu perihal zakat. Tetapi, tidak ramai yang tahu mengapakah Islam mewajibkan pembayaran zakat, sehingga dikhususkan untuk orang tertentu dan keadaan tertentu.

Begitu teliti Islam sehingga tersebut dalam rukunnya yang lima ada perihal harta. Begitu ditekankan akan etika manusia berkenaan dengan penyimpan dan pengeluaran harta.

Sekiranya benar-benar diteliti, semua  rukun Islam yang lima ada manfaat dan kepentingannya untuk diri sendiri. Syahadah, solah, puasa, dan haji, semuanya dilakukan dan keutamaan manfaatnya untuk diri sendiri. Tetapi, pada zakat ia memberikan bermanfaat untuk orang lain (kerana empunya diri terpaksa memberi) kerana orang lain yang berhak menerima. Hanya hikmahnya supaya bersih harta, dan diredhai Allah akan harta milik penerimanya.

Namun, bukanlah hamba Allah ini begitu bijak untuk berkata perihal ini. Kerana ada manusia yang lebih arif dan mengkaji akan perkara ini. Cuma sekadar berkongsi suatu pengetahuan yang seciput ada pada diri. Jadi, daku sampaikan beberapa perkara yang disampaikan oleh Rasulullah berkenaan kelebihan dan kedahsyatan manusia yang meninggalkan pembayaran zakat.

Insya-Allah.

Pertama:

Abu Zar r.a. telah bertanya, “Ya Rasulullah! Tuan telah memerintahkan zakat. Apakah zakat itu?” Sebagai jawapannya, baginda SAW telah bersabda, “Wahai Abu Zar! Sesiapa yang tidak menjaga amanah tidak dikira beriman. Dan sesiapa yang tidak menunaikan zakat tidak ada solatnya (yakni tidak diterima amalan solatnya). Allah SWT telah memfardukan zakat di atasa harta orang-orang kaya sehingga mencukupi keperluan orang-orang miskin. Allah SWT akan mempersoalkan orang-orang kaya mengenai zakat dan akan mengazab  mereka (kerana tidak menunaikannya dengan sempurna).”

Kedua:

Dari Abdullah Ibnu Umar r.huma berkata, bahawa satu  ketika baginda Rasulullah SAW telah bersabda, “Wahai orang-orang Muhajir! Ada lima perkara yang jika kamu melakukannya, maka kamu akan menghadapi musibah yang besar. Aku minta perlindungan Allah daripada keadaan kamu yang sedemikian itu.”

“Salah satu daripadanya ialah apabila fahsya’ dan zina berlaku di kalangan suatu kaum secara zahir dan terang-terangan, maka penyakit-penyakit yang tidak pernah didengari tentangnya  akan berlaku di kalangan mereka.”

“Apabila mereka menipu  di dalam timbangan, maka kemiskinan, kesusahan, dan kezaliman dari Raja (atau pemerintah) akan menimpa mereka.”

“Apabila suatu kaum berhenti dari membayar zakat, maka akan berlaku kemarau kepada mereka. Jika tidak ada binatang yang tinggal, maka hujan walaupun setitis tidak akan diturunkan. Oleh kerana adanya binatang-binatang itu, iaitu makhluk Allah yang tidak berdosa, maka sedikit hujan akan diturunkan baginya.”

“Apabila ada kaum yang mungkir janji, akan dikuasai oleh  kaum lain yang akan merompak harta kekayaan mereka.”

“Dan apabila mereka yang memerintah bertentangan dengan hukum Allah maka di kalangan mereka akan berlaku perang saudara.”  (Kitab Targhib)

Dari Abdullah Ibnu Abbas r.huma berkata bahawa Baginda Rasulullah SAW telah bersabda, “ Ada lima perkara sebagai balasan untuk lima perbuatan.” Salah seorang sahabat telah bertanya, “Ya Rasulullah, apakah ia?” Baginda menjawab, “Kaum yang mungkir janji akan dikuasai oleh musuh mereka.”

“Mereka yang menjalankan pemerintahan bertentangan dengan hukum Allah, di kalangan mereka akan berlaku kematian yang banyak.”

“Hujan akan ditahan dari mereka yang tidak menunaikan zakat.”

“Mereka yang menipu dalam timbangan akan dibalas dengan kekurangan hasil pertanian, kebuluran, dan kemiskinan menguasai mereka.” (Kitab Targhib)

Mungkin semasa penjelasan, hadith ini telah menjadi ringkas sehingga hanya wujud empat perkara. Di dalam hadith ini dinyatakan kematian yang banyak kerana pemerintahan yang bertentangan dengan hukum Allah tetapi hadith sebelum ini dinyatakan akan berlaku perang saudara. Kedua-dua perkara tersebut boleh jadi berasingan (boleh jadi sama, kerana) kematian yang banyak kerana perang saudara telah berlaku di hadapan mata kita sekarang.

Ketiga:

Di dalam hadith Bukhari telah dinukilkan sabdaan Bagidna Rasulullah SAW bahawa sesiapa yang Allah telah kurniakan harta kepadanya dan dia tidak menunaikan zakatnya, maka pada hari kiamat hartanya akan berupa ular yang tidak berambut di kulit kepalanya (kerana bersangatan racun, rambutnya gugur). Di bawah pipi ular itu akan terdapat dua titik (yang menandakan kesangatan racunnya). Ular itu akan membelit pada lehernya. Ular itu akan mematuk pipinya dengan kuat dan akan berkata, “Akulah hartamu, akulah simpananmu.” Selepas itu baginda Rasulullah SAW telah membacakan ayat,

“Dan jangan sesekali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya, menyangka bahawa bakhil itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat. Da kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.” (Ali Imran:180)

Keempat:

Berdasarkan hadith di atas, dinukilkan salah satu sifat ular di atas adalah bahawa ianya adalah syuja’. Iaitu jantan. Sesetengah ulama’ yang lain mengatakan syuja’ kerana ia boleh berdiri di atas ekornya untuk menyerang. Kepalanya tidak berambut atau tanpa penutup kulit. Maksudnya, bahwa kerana kekuatan racunnya bulu roma kepalanya pun gugur.

Sifat ular yang ketiga ialah dekat matanya ada dua titik hitam. Ini pun suatu tanda kekuatan racunnya. Ular jenis ini biasanya hidup di dalam masa yang panjang. Sesetengah ulama telah mengatakan bahawa du titik ini adalah kerana racun seperti dua luka. Sesetengah lagi mengatakan bahawa dua titik ini adalah dua bungkusan yang penuh dengan racun. Sesetengah lagi berkata bahawa ini adlah dua gigi yang beracun.

Kelima:

Ada ayat al-Quran yang menyatakan harta yang tidak diberi zakat akan dipanaskan kemudian dijadikan sebagai api dan akan dicapkan pada jasad pemiliknya.

Imam al-Hind hadrat Syah Waliyullah Muhaddith ad-Dahlawi rah. Telah menulis di dalam kitabnya yang termahsyur iaitu Hujjatul al Balighah bahawa sebeba perbezaan di antara azab seperti ular dan api aldah jika orang yang menyimpan harta tanpa menunaikan zakatnya, maka cinta pada hartanya adalah umum. Dia tidak mencintai setiap bahan-bahannya, maka harta itu akan menjadi ular dan akan membelit lehernya. Sebaliknya orang yang cinta pada hartanya sehingga kepada tiap-tiap bahannya iaitu dia menghitung setiap sen duitnya dan menyimpan tanpa menunaikan zakatnya, maka setiap tiga gramnya akan dipanaskan di dalam api neraka dan akan dicapkan ke atas jasadnya.

Wallahua’lam.

Advertisements

One response

  1. Allah swt

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: