Ramadhan dan Syawal 2012

Alhamdulillah.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan yang menciptakan segala jenis kehidupan dan yang memiliki semesta alam.

Yang telah mengurniakan segala nikmat kepada semua jenis makhlukNya, tidak kira bilangan dan kuantiti, jantina dan di mana habitatnya, segalanya diberikan dengan penuh kecukupan tanpa ada yang terkurang di sana sini.

Semua makhluk Allah, tidak kira benda, tumbuhan dan haiwan segala kerap dan sering bertasbih memuja dan memuji Allah SWT,

Mengingati dan bermunajat kepada yang Maha Esa.

 

Ah….

Tidak cukup pujian ke hadrat yang Maha Esa.

Tidak cukup sekadar menuls dan menrungkai kata melalui pena.

Allah,

Terlalu besar nikmat dan kurniaanNya. Yang terlihat dan tersembunyi, segalanya diketahui dan dalam genggamanNya.

Bagaiaman diriku ingin merasai kebesaranNya?

Seketika daku merungkai di sini, terasa Allah itu berada di dalam hati.

Tetapi apabila sibuk dengan keadaaan duniawi (yang melupakan Dia)  tidak terasa kebesaran Allah di dalam hati.

Tetapi tidak bagi Dia. Tidak pernah sesekali Dia melupakan para hambaNya yang dalam taklukanNya.

Huh, terasa betapa lemahnya daku.

Betapa hebatNya Dia.

Ya Allah…

Astaghfirulllahal a’zim…

Ampunkan hambaMu yang lemah ini kerana terlalu kerdil dan cetek pujian dan pujaan buatMu. Kerana selalu terleka dan jauh dari hati dan lidah memuja da memujiMu.

Kini…

 Telah hampir 21 Ramadhan telah dilalui. Telah terbuka gerbang ketiga jiwa Ramadhan, yang terlalu luas rahmat dan pengampunannya.

Pelepasan daripada api neraka.

Ah, sudah biasa terdengar. Setiap tahun ustaz dan berita menceritakan perkara yang sama.

Tetapi, betapa ramai yang sedar akan pedihnya azab dan kerasnya seksaan dalam api neraka?

Jika benarlah iman dan takwa dalam diri, tentu tiada seorang pun yang berani meninggalkan pahala dan tuntutan iktikaf pada 10 malan terakhir ramadhan kali ini.

Ternyata,

Masih ramai yang tiada kesedaran dan terasa manisnya iman kerana suka melepaskan peluang ini.

Termasuklah hamba Allah ini.

(Astaghfirullah… ampunkanlah daku ya Allah….)

Syawal yang menjelma.

Tetapi tidak kepada syawal yang menjelma. Makin ligat orang berusaha untuk mencapai apa sahaja yang ada untuk syawal ini.

Dikejar, dicari, disibuk dengan pelbagai perkara, itu dan ini.

Sehingga ada yang terlalu belebihan dan membazir.

Pembeli dengan cara mereka, penjual dengan cara mereka, orang rumah dengan keperluan mereka, pekerja dengan tuntutan mereka.

Pelbagai perkara disibukkan, terlupa fadilat besar dalam ramadhan yang perlu lebih perhatian dan ditunaikan.

Ternyata…

Nampak sangat manusia ini jauh daripada amalan agama. Ikut dan amal jua, tetapi hanya sekadar luaran, bukan mendidik jiwa.

Orang puasa, dia berpuasa. Orang solat, dia pun solat juga.

Tetapi tiada manifestasi amalan pada jiwa, iaitu untuk mencapai sifat takwa, dan mencegah daripada sifat keji dan mungkar.

Tinggallah Islam pada nama, tidak pada amalannya.

Hhhhmmm….

Hanya boleh melihat dan bercerita. Tidak mampu nak mengubah keadaan yang berleluasa.

Kerana tiada lagi suasana, seperti kegemilangan agama dan hebatnya umat Islam di mata dunia.

Apa- apapun,

Diri sendiri perlu amalkan dahulu, barulah baik dan terasa benarnya untuk sampaikan pada orang lain. InsyaAllah.

Selamat menyambut fasa ketiga Ihya Ramadhan Mubarak. Fasa yang teristimewa buat mereka yang rasa Allah itu sentiasa wujud, dan pentingnya nilai takwa.

Wallahu a’lam

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: