Di Manakah Kesyukuran Kita?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Sama ada Ihya’ Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan,

Atau Syawal, bulan kesenangan (yang nyata banyak ujian),

Atau pergerakan masa, dari berehat kepada bertungkus lumus,

Atau perjalanan kembaraku kali ini, mencari dan meraih amal kecintaan Rabbi.

Melungkas perjalanan citra manusia.

Menulis dari hati, yang terpahat dalam jiwa.

Penulisanku….

Bukanlah diolah untuk menghasilkan sumber komersial atau tatapan ilmiah academician.

Tiada sebarang niat untuk meraih simpati atau komersialiti.

Bukan tujuan untuk meraih publisiti atau gah sebutan di sana sini.

Tetapi…

Lebih berunsurkan perihal hati. Hati yang dalam mencari dan membersarkan keagungan Ilahi.

Pemikiran dan kritikan Kebenaran yang hak, bukan bergantung kepada sebarang dokongan atau sokongan.

Dari jiwa dan perasaan, sama ada yang diperkatakan atau tidak mampu diluahkan.

Kerana itulah dinamakan blog pribadi. Bukan publisiti atau komersialiti.

Cerita manusia.

Manusia….

Biasalah mengeluh. Kerana itulah sifat lahir manusia, yang tergesa-gesa dan ada keinginannya. Mengeluh itu ini, begitu begini.

Biasanya keluhan orang perkara yang dia tidak dapat. Boleh jadi juga sudah dapat, tetapi tidak seperti dalam tuntutan syarat (tak cukup).

Keluhan… bukan sedikit. Kadang-kadang sampai menimbulkan kemarahan.

Orang yang ada anak, mengeluh anaknya yang ramai, buat bising, atau merosakkan di sana sini.

Orang yang tiada anak, mengeluh kerana kesepian hidupnya melihat anak orang lain gembiradan berlari si sana sini.

Anak remaja mengeluh kerana tidak dapat apa yang dihajatinya. Yang dapat, mengeluh tidak seperti yang diharapkannya.

Orang tak berkahwin, mengeluh bila akan nampak pasangannya, bila sampai jodohnya.

Orang sudah berkahwin, mengeluh keadaan dirinya, masanya, dan apa yang terjadi dalam kekeluargaannya.

Orang dewasa, mengeluh dengan pekerjaannya. Kesibukan dan overtime, yang berleluasa.

Orang tidak bekerja, mengeluh dengan kekurangannya. Mencari di merata-rata, masih tiada hasil dan nampak penghujungnya.

Banyak betul keluhan manusia. Tetapi, kenapa tidak mahu menjadi hamba Allah yang bersyukur?

Bersyukurlah….

Syukur…. Pintu kelapangan. Orang yang sentiasa bersyukur akan terasa ketenangan, dan terasa hidupnya dipermudahkan (oleh Allah SWT).

Orang yang bersyukur bukanlah sentiasa memperoleh apa yang diharapkan. Bukan semuanya bik dalam pandangannya. Malah, mereka juga manusia biasa. Kadang-kadang memperoleh kelebihan, kadang-kadang ditimpa kesusahan.

Bezanya,

Apabila kelebihan atau kurniaan yang diperolehi, sentiasa dia berterima kasih dan menghargai kepada pemberi. Sentaisa taat danbersujud kepada kurniaan Ilahi.

Apabila kesusahan dan kekurangan yang menimpa diri, sedari sememangnya banyak kekurangan diri sendiri, dan bersabar atau takdir Ilahi.

Inilah sifat orang bersyukur. Sikit atau banyak terasa Allah ada bersamanya.

Menakjubkan bagi urusan seorang mukmin, sesungguhnya semua perkara baginya adalah baik. Ia tidak berlaku kepada seseorang selain mukmin. Jika seorang mukmin  menerima kegembiraan dia akan bersyukur, perkara itu baik baginya. Jika ditimpakan dengan kemudharatan dia akan bersabar, perkara itu baik baginya. (Riwayat Muslim)

Mungkin tidak disedari….

Telah banyak kurniaan Allah dalam diri, telah banyak pemberian dan kenikmatan yang diperolehi, telah banyak kejayaan yang idkecapi.

Sudah melimpah rezeki dalam sesi rumah, telah beroleh anak yang berjaya, isteri solehah, atau suami yang baik.

Sudah beroleh nikmat yang baik dalam pekerjaan, beroleh pangkat dan kesenangan, dan pendapatan yang lebih daripada yang disangka-sangkakan.

Telah beroleh sesuatu daripada jalan yang tidak disangka-sangka.

Menerima pemberian dan anugerah peribadi yang bukan dalam perancangannya.

Ini semua nyata pemberian,kurniaan dan kesenangan yang diperoleh. Malangnya, semua nikmat ini terhijab dan dilupakan apabila nafsu dan syaitan mula mengambil tempat. Dilihat apa yang tidak kena, yang tidak diperoleh, yang cacat atau terkurang, atau manusia lain beroleh lebih baik daripadanya.

Sehingga lali dan leka, sehingga kufur akan nikmat Allah SWT.

Nauzubillahiminzalik….

Jadi,

Baki masa kembaraku ini daku melimpahkan kesyukuran kepada-Mu ya Allah, akan kurniaan-Mu sama ada disedari atau tidak, dipinta atau asalnya dari luasnya rahmat dari sisi-Mu.

Terima kasih atas doa dan harapan sekalian manusia yang terlihat atau tidak, yang sedar atau jauh dari kesedaranku hamba yang lemah ini.

Jazakallah.

Jazakillah.

Semoga Allah sentiasa merahmati malam-malam yang terakhir ini.

Semoga sentiasa terus bersemangat mengejar keampunan Allah dalam bulan yang dirahmati, dan terus mengejar hari-hari yang julung kali berkunjung dalam sepuluh malam yang terakhir ini.

Insya-Allah, akan menemuinya. Amin

“Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.” (Ibrahim:5)

“Sujud Syukur bukanlah susah, tetapi ternyata berat apabila tidak pernah mengamalkannya…”

-ternyata, waktu lebih kelapangan, menulis menjadi lebih terancang. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: