Coretan Rasa…. Kembaraku.

Alhamdulillah, setelah hampir2 bulan berkorban masa an diri mengembara di jalan Allah, akhirnya daku kembali di sini. Kembali ke tanah air, lokasi, dan keluarga yang dikasihi.

Kembali ke halaman ini, update dari semasa ke semasa (mengikut kemampuan dan keadaan).

Jalan yang panjang, ternyata pelbagai rasa dan perkara telah dilakukan.

Merentasi suasana yang berbeza, dan masyarakat yaqng pelbagai ragamnya, membuahkan pengalaman baru yang tidak terhingga.

Tetapi, yang lebih berharga, apabila niat dan kembara ini kerana Allah SWT. Maka, Dialah yang membimbing dan menunjukkan jalan kepada hambaNYa.

Kembaraku,

Bukan semuanya indah dalam banyangan. BUkan semuanya manis untuk diceritakan.

Ada pahit dan perit, ada suka dan manis.

Sekiranya digambarkan pada aspek luaran, ternyata mengembara di jalan Allah banyak sulit dan peritnya. Tetapi, apabila melihat hikmah dan perkara dalaman, ternyata pelbagai didikan, pengetahuan dan kemanisan dirasakan.

Itulah kemanisan iman, perit dan susah agar matang iman dalam diri.

Apabila telah kembali, tidak lagi terkesan jiwa daripada segala perubahan pada dunia, tidak goyah akal dan iman pada perkara yang merosakkan iman dan takwa.

 

Mari fikirkan bersama….

Di sini, daku ungkapkan beberapa kata yang mari fikirkan bersama.

1)      Apakah jalan untuk meraih/mendapatkan iman?

2)      Apakah cara untuk mematangkan/menyempurnakan iman?

3)      Apakah cara untuk memupuk/menyelamatkan iman?

4)      Apakah cara untuk menyebarkan iman?

Jawapannya…

Kemudian nanti (kalau tak, nanti tak mahufikir sendiri-sendiri).

Sepanjang perjalananku….

Daku muhasabah. Muhasabah pada penciptaan (kerdilnya) diriku, segala yang telah berlaku, orang yang berada di sekelilingku, dan umat yang jauh dari petunjuk yang benar yang telah disampaikan oleh para utusanNya.

Berfikir di mana kebenaran, apakah yang perlu dilakukan dan apakah yang perlu ditinggalkan.

1)  Diriku… hanyalah hamba. Hamba kepada Allah, sang pencipta. TanpaNya dalam jiwaku, tiada maknaNya kehidupan ini. Semua boleh diperoleh, tetapi tiada nilai dan gunanya di hari akhirat nanti. Apabila wujud dan sentiasa bersamaNya, biarpun tiada apa-apa di dunia ini, tetapi telah ada segalanya di dunia dan akhirat nanti.

Seperti kisah Nabi Ibrahim a.s. Walau tiada sebarang bantuan, pertolongan, atau harapan untuk menyelamatkan diri dari siksaan Namrud dan kaumNya, Nabi Ibrahim tetap tenang dan terselamat daripada malapetaka.

Berehat di dalam api yang selamat dan sejuk , simbolik kasih dan pertolongan Allah kepada Ibrahim kerana Dia ada dalam hatinya.

2) Segala yang berlaku, semua dalam takdir dan ketentuanNya. Dia yang Maha Mengetahui, tidak pernah menzalimi dan Maha Mengetahui apakah yang terbaik buat hambaNya.

Ada perkara rasa terbaik bagi hamba, tetapi tidak bagiNya, maka tidak dimakbulkan doa hambaNya kepada perkara yang terbaik untuknya. Ada pula perkara yang rasa buruk pada sang hamba, tetapi tidak bagi Dia. Maka diberikan pada perkara itu, apabila telah sampai masanya.

“dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah:216)

Maka, diketahui, sememangnya Allah Maha Mengetahui, sedangkan daku memang tak tahu apa-apa (sekarang atau masa akan datang).

Yang perlu, hanyalah merancang, tetapi bukan yakin racangna (usaha) itu yang terus berlaku seperti dalam perancangan. Sebaliknya, yakin Dialah yang MAha Merancang dan Dialah yang MAha Menentukan.

Baik seperti dalam perancangan, Alhamdulillah…. Bersyukur akan nikmat dariNya.

Tidak seperti perancangan, bersabar akan perkara yang telah ditentukanNya.

3) Kepada Orang Mereka yang berada di sekelilingku…. Panjang muhasabahku. Daku teringatkan suatu ayat,

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (At-Taubah:24)

Daku menilai semua yang sentiasa berada di fikiran dan hatiku. Di manakah daku menempatkan mereka.

Adakah lebih bernilai daripada Allah SWT?

Adakah lebih penting dan dicintai daripada Allah SWT?

Jika ini yang berlaku, astaghfirullah, ampunkahlah daku ya Allah. Ampunkanlah hambaMu yang sememangnya lemah dan tidak berdaya.Daku berlindung dari azabmu, dan hidnarkanlah daku dari kejahilan yang berlaku.

Ketika itu, panjang sujudku. Daku menilai dan mencari suatu keputusan.

Sekiranya dibuat pilihan, antara Allah dan manusia,

DAKU AKAN MEMILIH ALLAH SWT.

Sekiranya ditanya yang lebih baik,

DAKU INGIN MEREKA BERSAMA DENGANKU DI DUNIA DAN AKHIRAT SANA.

Mereka sebagai asbab membantu daku dalam agama, menyokong dan mengembalikan daku ke atas jalanNya apabila daku terlali atau terleka.

Kerana itulah, sentiasa tidak putus doaku buat mereka, semoga Allah sentiasa menunjukkan mereka jalan yang benar, suka akan pekara iman, benar dalam amalan (agama), dan lain-lain lagi.

Semoga Allah akan memakbulkan. Amin.

4) Umat ini…

Ya Allah, jika tidak kerana kecintaan dan kasih sayangMu, pasti aku tidak sedar akan perkara ini.

Sungguh, umat ini telah jauh dari amalan agama! Terlalu mencintai kehidupan ini, sehingga takut bercerita tentang kebesaran Dia dan apa yang akan berlaku di akhirat sana!

Tiada langsung perasaan kasih sayang sesama sendiri (pentingkan diri sendiri), tiada hormat orang tua, muliakan ulama, dan kasihkan orang yang lebih muda.

Tiada simpati akan nasib dan doakan hidayah Allah buat mereka yang Islam, tetapi tidak praktikkan langsung amalan agama. Atau bukan Islam, yang nyata dicampakkan dalam api neraka. Selama-lamanya.

Semangat Nasionalisme dan patriotisme. Itu semua ideologi yahudi.

Cintakan agama, yang membawa maksud kedamaian dan keamanan, terlalu sensitif  atau dimanipulasi mendatangkan permusuhan.

Padahal yang berlaku permusuhan kerana tiada orang yang ingin mengamalkan agama sedikit atau keseluruhan.

Yang sedikit, diputar belit. Yang keseluruhan, langsung tidak mahu diusik.

Umat ini.. perlu diselamatkan. Dakwah perlu sampaikan (sekadar kemampuan) betapa wujud dan pasti datang kehidupan yang kedua, penentu segala amalan dan keyakinan.

DI sana, hanya ada dua tempat. Sama ada terus dalam kenikmatan, atau azab yang pedih yang tiada lagi ke penghujungnya.

p/s: Daku bukanlah berniat ingin menakutkan atau membuat cerita rekaan. Tetapi inilah yang sering diceritakan (berkali-kali) dalam hadith Nabi SAW dan dalam al-Quran.

Sampaikanlah walau sepotong ayat.

(Bagaimanalah nak kata betapa pentingnya agama? Hhmm…)

Apa-apapun,

Ramadhan semakin ke penghujungnya. Syawal bakal menjelma. Di saat terakhir ini. Marilah niat bersama-sama untuk meningkatkan lagi amalan pada tahun akan datang. Istighfar dan bertaubat kerana masih banyak kelalian dan perkara yang sia-sia yang dilakukan sepanjang bulan yang dirahmati (bukan senang nak bertemu woo!).

Semoga Allah melimpahkan cahaya iman dan menanam diri degan sifat takwa hasil dari madrasah Ramadhan kali ini. Amin.

Dan,

Selamat pulang kepada semua. Berhati-hati di perjalanan, dan jangan ingat raya nak sakan sehingga berlebih-lebihan.

Akhir kata,

Salam syawal.

Selamatt Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir dan Batin.

Semoga bertemu lagi.

-hhmm…🙂. Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan dan merahmati di sepanjang kehidupan bersama yang lain. (Mintak kebenaran ingin mengambil sesuatu yang bermanfaat dan boost up spirit untuk kemajuan dan pencapaian, ya! 🙂 )

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: