Cerita Hujan.

“Aiman, nak tanya. Apa makna hujan bagi kamu?”

“Makna hujan?”

“Iya. Setiap suatu perkara tentulah ada maksud dan tujuannya. Cuma, aku terfikir, apakah pula makna hujan bagi pandangan kamu.”

“Hhhmm….hujan….. jarang aku terfikir akan perkara ini. Biasalah, hujan. Lumrah alam. Ada musim panas, ada musim hujan. Hujan turun ke bumi akan menyejukkan bumi. Bila tiada hujan, panaslah bumi dan kehidupannya. Itu sahajalah. Hah, kenapa bertanya? Kamu ni… pelik betul soalannya. Mesti ada apa-apa.”

Khairul tersenyum. Rakannya seperti tahu sahaja apa yang sedang dalam fikirannya.

“Bagiku…. hujan ini menyimpan 1001 makna. Ia turun dalam keadaan yang manusia mungkin menyangka atau tidak kepadanya. Hujan mungkin turun dalam rahmat Allah, atau mungkin turun sebagai musibah daripada Allah. Dan atas perkara ini, sudah tentu hujan ada makna tersendiri dari penciptanya dan berlaku dalam kehendakNya jua.”

Hujan….

Trigger dalam kepalaku berkenaan suatu keajaiban alam ini.

Melihat dengan hati dan keyakinan atas setiap kejadian dalam kehendak Allah, hujan bukanlah perkara sebarangan yang boleh kata ada tak apa, jika tidak ada pun tak apa.

Banyak asbabnya atau jawapannya. Antaranya,

1)      Manusia dan sekalian kehidupan memerlukan air. 70% kandungan bumi dan penciptaan manusia terdiri daripada air.

2)      Air adalah punca kehidupan. Manusia boleh tidak makan berhari-hari, tetapi tidak bagi air walau sehari.

3)      Panas itu adalah lumrah. Ada manusia percaya keberadaan asbab wujud daripada matahari setiap hari. Tetapi tidak bagi hujan. Tiada sesiapa dapat tentukan darimana datang dan bilakah ia akan hilang. Awan dan mendung bukanlah petunjuk kedatangan hujan, kerana kemungkinan hanya menutupi sinaran mentari atau mungkin kedatangan taufan (bencana alam). Hujan boleh turun tanpa awan, dan hujan boleh berhenti ada atau tiada awan.

4)      Malaikat ada yang mengira kewujudan rahmat Allah melalui kedatangan air, iaitu hujan. Allah melimpahkan rahmat buat kehidupan melalui hujan.

5)      Tumbuh-tumbuhan dan haiwan semua seperti menemui kembali kehidupan setelah kedatangan hujan. Bunga dan pohon yang layu dan kering kembali menjadi hujau dan segar, haiwan yang kekeringan dan haus kembali pulih dengan asbab hujan.

6)      Dan, asbab hujan untuk kehidupan, maka Allah telah mengkhususkan suatu solah khusus permintaan kepada rahmat hujan, iaitu Solah Sunat Istisqa’

Inilah antara jawapan lumrah jika manusia sering melihat kepada kejadian alam dan kesinambungannya dalam Islam.

Tetapi, bagiku….

Ada sedikit tambahan.

Hujan kurasakan akan 3 perkara (tambahan).

Pertama, hujan mungkin hadir menitisi bumi kerana rahmat daripadanya terhadap sesuatu perkara.

Kedua, hujan mungkin memtenteramkan jiwaku kepadaNya akan doa, keampunan, taubat, dan permintaanku kepadaNya.

Ketiga, hujan menceritakan sesuatu keadaan yang hanya yang mengetahui tahu akan keadaannya. Apabila daku tidak mengetahui, Dia (iaitu Allah Azza Wa Jalla) menitisi bumi (dan sudah tentu diriku) sebagai suatu jawapan dan ketenangan. Jawapan… bukanlah dalam perkataan, tetapi dalam jiwa yang mendalam atau perasaan, ketenangan terhadap kekhuatiran atau kekurangan.

Kerana itu kedatangan hujan seperti kebersamaan Allah akan sesuatu perkara padaku. Ia terlalu bermakna, dan orang yang mengalami dan merasai mengetahui keadaannya.

Sekiranya diteliti pada ayat al-Quran, banyak ayat yang menerangkan rahmat Allah berkenaan hujan. Daku teliti pada ayat ini, daku jadikan ia pedoman diri.

“Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira.” (Surah Ar-Rum: 48)

Dan, sekiranya hujan tidak membasahi bumi seberapa lama, kurasakan inilah suatu musibah. Sama ada kerana diri sendiri, atau sekalian manusia yang berbuat maksiat dan tidak taat kepada Allah SWT.

Yang nyata, sesungguhnya daku tiada kuasa dan kebolehan pun memanggil atau meminta hujan. Bila-bila masa ia boleh turun, dan daku tidak mampu mencegah atau mengubah keadaannya.

Semua berlaku atas kehendak Allah, semuanya berlaku kerana Dia yang menentukan ia. Wallahua’lam.

Perubahan Diri.-(tambahan)

Suatu ketika,

Daku muhasabah diri. Rupanya telah semakin menginjak usia dan semakin tua. Mungkin telah banyak dosa yang telah dilakukan, dan moga banyak kebaikan dalam catitan.

Manusia pula,ramai yang baru dikenali, dan ramai pula yang tiada khabar berita dan telah meninggalkan diri.

Daku melihat pula.

Melihat kehebatan Allah, kasih sayang Allah, dan kerahmatan Allah,

Melihat kepada kekuranganku, kehambaanku, dosa dan kesalahanku (ampunkanlah aku wahai Allah),

Melihat kepada perubahan pada usia (yang semakin lanjut), akhirat yang semakin mendatangi, dan dunia yang semakin tenat dan menyeksa para penghuni,

Daku tekad dan nekad,

Demi Allah

AKU INGIN BERUBAH (Insya-Allah).

Berubah pemikiran. Yang dulu masih hedonisme dan kegilaan remaja (budak-budak), kepada pemikiran ke hadapan dan untuk ummah.

Berubah keupayaan. Yang dulu banyak membuang masa dan entah apa-apa, kini tekad untuk teruskan usaha untuk kejayaan (dunia dan akhirat) dan usaha untuk pelbagai tanggung jawab dan peranan untuk masa hadapan.

Dan lain-lain (yang tiada penting diceritakan).

Harapanku,

Doakan daku.

Moga sentiasa istiqamah dan dibimbing oleh Allah. Kuat pendirian dan ada kebaikan.

Tiada upayanya mengharungi fitnah dan mehnah duniawi seorang diri, sekiranya tidak kerana ada petunjuk dan doa yang tidak diketahui.

Moga Allah sentiasa bersama di mana jua.

Moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya di sana.

Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: