Mari Menghidupkan Malam!

Pagi cerah, hari baik.

Tetapi mari meneroka penciptaan waktu malam.

Ada berani??

Malam….

Ada 3 jenis manusia yang menghidupkan waktunya.

Pertama, manusia yang menghidupkan malam dengan berehat.Berehat sehingga ke awal pagi atau sesudahnya.

Kedua, manusia yang mencari malam untuk berkerja. Apa-apa sahaja pekerjaan, asalkan menggunakan tenaga.

Ketiga, manusia yang menghidupkan malam dengan beribadah kepada-Nya.

Pengkelasan pertama dan kedua terlalu ramai melakukannya. Terutamanya pada hari ini. Mana-mana sahaja boleh dilihat manusia melaksanakan ia.

Berehat dari penat lelah di siang hari. Tidur dan bercanda bersama keluarga di malam hari.

Bekerja meraih sesuap nasi (atau lebih), atau mencari dan meneroka perkara baru atau sama di malam hari.

Tetapi, berapa ramai yang mencari malamnya untuk mengabdikan diri kepadaNya?

Ketenangan yang dialpakan.

Tenang, sunyi, dan damai.

Sesekali kedengaran suara daun berdesir, angin mengelus.

Mengasyikkan… pada sesiapa yang menghayati dan mencari nilai alam dan ketenangan.

Namun, tidak ramai yang melihat malam sebagai estetika kehidupan. Lebih ramai yang mencarinya menurut hawa nafsu dan melupakan kebesaran Tuhan.

-Hhhmmm…. bagaimana mungkin malam menerima anugerah dan pengiktirafan sedangkan kala siangnya lagi tidak pernah benar-benar mengingati Tuhan.

Cetuskan Perubahan!                     

Carilah ketenangan dan nikmat sebenar penciptaan malam. Tiada nilainya keindahan malam sekiranya saban malam hanya mengakhirkan ia dengan kesibukan duniawi atau tidur sendiri-sendiri.

Manusia terdahulu mengenal kehadirannya dan bijaksana akalnya. Mereka mengenal pencipta, mereka mengenal harga setiap ciptaanNya.

Tidak ternilai!

Oleh kerana itulah, para sahabat dan orang-orang soleh sering dilihat dan didengari kekuatan mereka bangun beribadah pada waktu malam. Di kala manusia terlena, melelapkan mata, mereka bangun berdiri dan khusyuk mengabdikan diri kepadaNya.

Malah, boleh tidak dikatakan kesolehan riwayat mereka jika tidak didengari kehidupan mereka ketika di malam harinya.

Hebat dan luar biasa!

Ada sampai bengkak kaki dan tidak tidur langsung seperti orang lain.

Adakah mustahil kita mencontohi mereka?

Tidak. Selagi ada keinginan apa-apa boleh jadi. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Jika besar keinginan malam itu untuk beribadah, tiada apa-apa yang boleh menghalanginya. Sama juga jika malam digunakan untuk tidur, berehat, dan bekerja, adakah sesiapa yang menghalangnya?

Belajar sedikit-sedikit merasai kekuatan malam untuk ibadah, maka akan terasa kehilangannya apabila mengabaikan ia.

Walaupun Tahajud hanya seketika memerah susu kambing.

Dan, jangan dijadikan alasan merasa penat dan tiada upaya untuk bekerja. Biar malam itu hidup, tetapi lebih bertenaga di siang hari.

Itulah etika dan disiplin malam para solehin.

Jadi, mulai hari ini,

Mari Menghidupkan Malam dengan bermunajat kepadaNya. Besar ganjarannya, dan besar lagi kelebihannya.

-Episod akan datang, kelebihan malam dan bagaimana amalan malam para solehin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: