Monthly Archives: September 2012

Antara Jiwa dan Jasad – sebenarnya…

Hari ini, 28 September 2012.

Hari Jumaat.

Hari yang mendung, menandakan cuaca tidak sebaik mana.

Keadaan yang bukan seperti biasa, yang berubah tiba-tiba.

Continue reading →

Antara Jiwa dan Jasad -kalam ku…

Nampaknya masa dah tiba.

Daku terpaksa menceritakan segala-galanya.

Walaupun mungkin pahit dan berat ingin diberitahu,

Tetapi demi Allah yang menentukan takdir daku dan segalanya makhlukNya,

Daku terpaksa akur untuk menyampaikan perkara ini.

 

Continue reading →

Seorang Yahudi Memeluk Islam

Ini suatu artikel yang menarik.

Berkenaan tentang seorang non muslim yang tertarik dengan Islam dengan hanya menggunakan akal yang rasional.

Tanpa merujuk terus pada dalil atau hujah, Islam telah menonjolkan kebesarannya dan kebenaran agama bagi seluruh penduduk tidak kira sesiapa.

Benarlah. Allah yang meredhai Islam tidak pernah menyalahi segala aturan kehidupan (sunnahtullah) dan pemikiran fitrah insan.

Continue reading →

Anda Mempunyai Minat?

“Aizik, kamu minat apa?”

“Hhmm…. ana suka beli baju baru. Kalau boleh setiap hari nak pakai  baju jenis baru. Nampak cantik dan tersendiri. Orang lain pun tentu memuji…”

Bangga Aizik sendiri. Tersenyum puas bercerita perkara kesukaannya.

“Tapi, itu kan membazir. Kalau beli banyak-banyak, nanti bukan semua pun nak pakai. Kemudian, buang dan terbiar sahaja. Lebih baik pilih sahaja mana yang berkenan, setelah lama pakai atau dah lusuh sangat, barulah beli yang baru.”

“la… tadi kamu juga yang tanya ana minat apa. Ana jawab la. Tapi ni kritik lebih-lebih pula. Ana tak kata pun tiap-tiap hari beli baju baru, hanya minat sahaja ke arah itu.”

Mendatar sahaja jawapan Aizik. Terpinga-pinga Linar melihat kelantangan lidahnya bukan pada tempatnya.

“Oohh…. maafkan ana, Aizik. Terlebih kuah pula daripada nasi….”

Continue reading →

Teladan Nabi Ibrahim as.

Waktu cuti biasanya sukar sikit untuk menulis.

Bukan tak boleh menulis, tetapi tidak boleh menghantar karya daku seperti di sini.

Jadi, waktu itu banyaklah kekosongan. Kerana tiada apa-apa yang menjadi karangan di pelbagai laman.

Boleh sikit disibukkan dengan perkara lain yang menjadi keperluan. Contohnya, tidur ke, rehat ke, tidur lagi, tambah masa rehat, atau menidurkan diri sendiri …..

Eh.. tak adalah.  Tentulah menggunakan masa dengan perkara yang berfaedah.

Continue reading →

Kehidupan Imam al-Ghazali (1)

Nampaknya tidak sempat menghasilkan karya tentang faedah atau kelebihan bangun malam/ qiamulail.

Hal ini kerana rujukan tersebut tidak dapat diteliti dengan baik kerana disibukkan dengan perkara-perkara lain sama ada lebih penting atau tidak.

Maka, kali ini daku tidak mampu menulis untuk perkara tersebut. Insya-Allah, edisi akan datang cuba untuk menghasilkan.

Yang lebih penting,

Apa sahaja yang tahu dan bermanfaat, perlu diamalkan.

Continue reading →