Teladan Nabi Ibrahim as.

Waktu cuti biasanya sukar sikit untuk menulis.

Bukan tak boleh menulis, tetapi tidak boleh menghantar karya daku seperti di sini.

Jadi, waktu itu banyaklah kekosongan. Kerana tiada apa-apa yang menjadi karangan di pelbagai laman.

Boleh sikit disibukkan dengan perkara lain yang menjadi keperluan. Contohnya, tidur ke, rehat ke, tidur lagi, tambah masa rehat, atau menidurkan diri sendiri …..

Eh.. tak adalah.  Tentulah menggunakan masa dengan perkara yang berfaedah.

Nabi  Ibrahim a.s….

Suatu ketika berbincang dengan seorang kenalan. Dia berkata, “Hari itu ada rakan saya yang ingin bersama saya untuk menghasilkan kolaborasi suatu talk berkenaan Nabi Ibrahim a.s dan teladannya untuk ummah kini. Berkisah tentang zaman remaja yang mencari Tuhan dan dakwahnya kepada ummat.Bagaimana Nabi Ibrahim a.s. sebagai model pilihan yang perlu dicontohi dan apakah teladan ia kepada ummat kini.”

Setelah beberapa hari berlalu,

Terlintas dalam fikiranku.

 

Nabi Ibrahim a.s….

Hhhmmm…

“Daku pernah menghasilkan karya tentang baginda a.s. Pengorbanan dan kecintaannya kepada Tuhan, mengatasi rasa cinta dan kasih sayangnya kepada manusia yang bersama dengannya.”

Demi perintah dan rasa kebesaranNya,

Ibrahim a.s. melalui ujian itu dengan rela. Dia tahu, tiada apa yang ada dan seronok di gurun sahara. Tiada apa yang boleh dijadikan sokongan apabila diperlukan ia.

Tetapi,

Itulah perintah Allah, itulah yang perlu dilalui.

Mustahil anggapan dan pendiriannya adalah salah.Dia ialah Nabi. Terus sekiranya benar atau salah akan disapa oleh Ilahi.

Jadi dia serahkan segala-galanya dalam ketentuan Ilahi. Tidak lupa hati mengasihi keluarganya untuk mendoakan kebaikan, keselamatan, dan pemeliharaan oleh Allah Azza wa Jalla.

Itulah antara sorotan karya daku yang lalu.

 

Pada hari ini,

Kembali berfikir sifat mulia peribadi ini.

Peribadi yang mempunyai cerita, perjalanan, dan pengorbanan yang tersendiri, demi menunjukkan kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Ilahi.

Sehinggalah digelar oleh Allah, “rakan/teman kepada Allah (Khalilullah)”

 

Ibrahim ialah kesayangan Allah.

Suatu ketika,

Ibrahim a.s. berjalan bersama 12000 ekor kambing dalam jagaannya. Tiba-tiba dia terdengar seseorang menyebut sesuatu yang memuji tuhannya.

Dicari-cari orang tersebut. Setelah berjumpa, Nabi Ibrahim a.s meminta diulangi apa yang diucapkannya sebentar tadi.

Terdiam orang itu. Seketika kemudian dia berkata, “Apakah imbalan yang kamu ingin berikan kepadaku jika aku berkata kepadamu?”

Tanpa teragak-agak, Nabi Ibrahim a.s. berkata, “Aku akan berikan separuh daripada kambing-kambing kepunyaanku.”

Orang itu bersetuju. Kemudian dia mengungkapkan zikir yang telah disebutnya sebentar tadi.

Ibrahim a.s ghairah dan sangat gembira mendengarnya. Terus dipinta untuk ulangi lagi.

Lelaki itu berkata lagi. “Apa pula imbalan yang kamu ingin berikan kepadaku untuk mengungkap sekali lagi?”

Nabi Ibrahim a.s terus berkata, “Aku akan berikan semua kambing-kambingku kepadamu!”

Lantas, lelaki itu mengungkapkan zikir tersebut. Nabi Ibrahim bertambah asyik, cinta, dan girang mendengarnya. Setelah berlalu, dipinta untuk ulanginya lagi. Tetapi, lelaki itu berkata,

“Sebagai imbalan, apa pula yang kamu ingin berikan kepadaku? Kambingmu semua sudah menjadi kepunyaanku. Apa lagi yang kamu ada?”

Dengan tulus, Nabi Ibrahim a.s. menjawab, “Aku sedia menjadi hambamu wahai lelaki. Aku akan menjaga kambing-kambingmu.”

Orang itu tersenyum. Kemudian dia berkata, “Wahai Ibrahim, benarlah kamu Khalilullah. Aku adalah malaikat Jibril, yang datang menguji dan ingin melihat mengapa Allah begitu memuliakanmu sehingga menjadi teman kesayangan di sisi-Nya.”

 

Ibrahim a.s. sebagai Teladan Ummah

Nabi Ibrahim a.s. ialah seorang yang bijaksana. Dia tidak mudah terpengaruh dengan dakwah dan kesesatan kaumnya.

Dia tidak menyembah berhala, walaupun ayahnya (ada riwayat mengatakan pakciknya) sendiri adalah pembuat berhala.

Dia tidak menyembah matahari, bulan, atau apa-apa yang menakjubkan pada alam semesta.

Dia tidak menyembah raja, seperti diperintahkan oleh raja yang zalim, Namrud laknatullah.

Ibrahim suka berfikir dan melihat sesuatu di sebalik kejadian atau penciptaan alam. Dia merasakan apa yang dilakukan oleh kaumnya itu segalanya dusta dan sia-sia.

Fikirannya jauh dan cerah. Dia percaya, tentu ada pencipta yang benar dan berkuasa atas segala-galanya.

Bukan bulan, bukan matahari, bukan berhala, dan bukan raja. Dia, iaitu Tuhan yang benar, yang paling berkuasa dan hanya Dia yang berhak disembah sahaja.

Maka, Allah menciptakan ilmu dari-Nya kepada Ibrahim a.s. untuk mengenal Dia. Setelah dikenali segala bukti dan wahyu, ditugaskan oleh Allah SWT kepada Ibrahim a.s. untuk menyeru kaumnya kepada jalan yang lurus yang lama telah menyimpang jauh.

Bukan sedikit ujian yang diterima. Bukan calang-calang cercaan oleh kaumnya.

Sehingga ingin dibunuh Nabi Ibrahim a.s. dan dicampakkan ke dalam api yang setinggi gunung untuk menghina dirinya.

Tetapi,

Nabi Ibrahim a.s. berada di jalan yang lurus. Walaupun kaumnya semua berperang dengannya dan tinggal dirinya sahaja, Nabi Ibrahim tetap akan menang kerana,

Allah sentiasa bersama para Rasul-Nya.

Allah telah mengubah sifat api yang panas dan membakar, kepada sejuk dan selamat khusus buat teman kesayangan-Nya.

Setelah 40 hari dalam syurga api, Ibrahim berlalu meninggalkan kaumnya yang ingkar itu pergi kepada kaum lain demi dakwahnya kepada manusia.

 

Ibrahim a.s sebagai teladan peribadi.

Dari zuriat Ibrahim a.s., lahirlah Ismail a.s. Dari keturunan Ismail a.s. , lahirlah penamat para Nabi dan penyebar rahmat fil alamin,

Nabi Muhammad s.a.w.

Ujian, musibah, dan peristiwa,

Semuanya dilalui oleh Ibrahim a.s. Setiap yang dilalui meninggalkan didikan dan pengajaran oleh Allah SWT untuk peribadinya.

Dan,

Untuk ummat yang tidak akan lagi melihat dan mengenal peribadinya di dunia ini.

Sehinggalah ke hari ini.

Dan, sehinggalah kepada diriku sendiri.

 

Teladan buatku

Jauh dalam sanubariku,

Hhmmm…. siapalah daku dibandingkan teman setia Allah.

Hatinya penuh dengan kebesaran dan hanya milik Allah, daku masih terawang-awang kebesaran makhluk dan ada juga nampak di hati orang lain selain daripadanya.

Jiwa Nabi Ibrahim a.s. dipenuhi ketabahan dan kecekalan demi agama Allah sehingga digelar ulul azmi. Daku pula apalah sangat diuji atau ditimpa musibah, itu pun dah gelabah tak tentu arah, dah kecewa sangat sampai terlupa banyak benda boleh dilakukan lagi.

Nama dan kemuliaan Allah sentiasa terpahat kukuh dalam jiwa Nabi Ibrahim a.s. Walaupun ada atau tiada pertolongan atau bantuan kepadanya, hanya Allah tempat perhatiannya. Daku pula…. walaupun daku menulis dan berkata tentang Allah setiap hari, tetapi masih tidak lekat dan tertanam di dalam hati. Bila tiba-tiba ada musibah, nampak dulu selain daripada Allah.

Astaghfirullah…. maafkan daku wahai Allah….. Lemahnya daku kerana masih melihat dan berpaling pengharapan kepada makhluk-Mu….

Astaghfirullah al azim…..

Namun,

Beliaulah tokoh  yang dikagumi. Sejarah telah mencatatkan, dan tinggalan Ibrahim kekal sepanjang zaman.

Ibrahnya perlu dijadikan pedoman. Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidupku terpampang baginda sebagai contoh dan teladan.

Walaupun bezanya macam langit dan bumi, sekurang-kurangnya daku memuliakan Baginda a.s. sebagai Nabi yang disegani…

One response

  1. Sukar dicari peganti, mungkin tiada lagi didunia ini, semoga Allah swt memberi petunjuk padaku atas nukilan ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: