Anda Mempunyai Minat?

“Aizik, kamu minat apa?”

“Hhmm…. ana suka beli baju baru. Kalau boleh setiap hari nak pakai  baju jenis baru. Nampak cantik dan tersendiri. Orang lain pun tentu memuji…”

Bangga Aizik sendiri. Tersenyum puas bercerita perkara kesukaannya.

“Tapi, itu kan membazir. Kalau beli banyak-banyak, nanti bukan semua pun nak pakai. Kemudian, buang dan terbiar sahaja. Lebih baik pilih sahaja mana yang berkenan, setelah lama pakai atau dah lusuh sangat, barulah beli yang baru.”

“la… tadi kamu juga yang tanya ana minat apa. Ana jawab la. Tapi ni kritik lebih-lebih pula. Ana tak kata pun tiap-tiap hari beli baju baru, hanya minat sahaja ke arah itu.”

Mendatar sahaja jawapan Aizik. Terpinga-pinga Linar melihat kelantangan lidahnya bukan pada tempatnya.

“Oohh…. maafkan ana, Aizik. Terlebih kuah pula daripada nasi….”

Dalam peribadi setiap manusia, Allah SWT telah meletakkan ada kelebihan dan  ada kekurangan masing-masing. Semua ini diberikan menunjukkan kehebatan Dia sebagai pencipta, yang meletakkan pelbagai sifat dan watak manusia yang berbeza-beza.

Itu sahaja pada manusia. Belum lagi setiap jenis makhluk, sama ada tumbuhan, burung, ikan, atau haiwan-haiwan yang berlari, menjalar, atau yang melata.

Semuanya ada perwatakan dan tugas yang berbeza. Tetapi, semuanya dalam kekuasaan dan penciptaan oleh peribadi yang sama,

Iaitu Allah SWT.

 

Dalam kelebihan atau kekurangan dalam diri, ada pula dipanggil kesukaan atau minat.

Ia tidak bergantung kepada kelebihan atau kekurangan, tetapi lebih seperti hobi atau perkara yang akan dilakukan sekiranya ada kelapangan.

Ada orang suka bermain bola, ada orang suka melayari sesawang labah-labah, ada orang suka memerhati awanan dan langit yang kebiruan, ada orang suka bershopping, dan pelbagai lagi.

Setiap minat mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Tidak lupa, ada juga keburukan sama ada kenal atau tidak si peribadi.

Jadi, di sini daku ingin menghuraikan konsep dua minat yang mungkin beri manfaat, mungkin ada mudarat.

1)      Perniagaan

Ramai orang percaya,

Dengan berniaga di masa kelapangan, banyak manfaatnya. Selain dari menjana kewangan, dapat juga mengisi masa yang terbuang.

Bagiku,

Tidak semuanya sama. Bergantung kepada manusia yang meminatinya.

Satu keadaan, sekiranya minat tersebut tidak memerlukan dirinya terlalu berfikir atau sibuk sangat berfikir atas perkara tersebut, dan sekiranya perlu berniaga hanya perlu bawa diri dan apa yang diperlukan, itu dikira…

Ya, beri manfaat kepadanya.

Tetapi sekiranya dia sibuk sangat berfikir, berangan-angan, bercita-cita, dan kerja yang dilakukan tidak seberapa tetapi fikirnya terlalu besar sehingga lupa akan tanggungjawab yang dipegangnya,

Inilah yang merbahaya. Terlalu minat sehingga obses yang boleh menghancurkan kerjaya awalnya dan tangungjawab yang perlu perhatiannya.

Jadi, sebagai salah suatu solusi.

Tinggalkan minat anda untuk business. Ia tidak menguntungkan anda sekiranya menjadi sikap dan peribadi seperti orang kedua.

Malam fikir business, pagi sambung fikir lagi. Padahal mungkin dirinya perlu lebih pentingkan pelajaran, atau sedang terikat dengan kerja yang banyak, dan keluarga yang sudah cukup bagi keperluannya.

Ia hanya dorongan nafsu. Tak bawa anda ke puncak kejayaan dalam keadaan serba tenang dan kebahagia.

Lagi banyak fikir(yang sia-sia) dan angan-angan adalah…..

Lupakan sahaja business daripada fikiran anda, anda makin di mana sepatutnya pendirian dan kaki anda berada. (Yang lebih penting, ini hanya dunia, tak bawa anda ke mana-mana)

 

2)      Mengajar

Ada orang kesukaannya ialah mengajar. Tak kisahlah mengajar apa, asalkan subjek yang diajar itu kesukaannya.

Jika dia meminati mengajar atau berkongsi pengetahuan tentang al-Quran, mana sentiasa ada masa untuk dikongsi pengetahuan dengan orang yang perlu atau kekurangan.

Bab masa…. bila terluang dilakukan. Jika sibuk perkara lain, tinggalkan dahulu kemudian sambung  di masa kelapangan.

Atau ada orang suka juga mengajar. Tetapi lebih berkecimpung memandang ia sebagai kerjaya pilihan.

Atau ada juga yang suka mengajar, tetapi masih belajar.

Maka ada 3 peringkat manusia minat untuk mengajar. Bunyinya sama, tetapi situasi berbeza.

Bagiku….

Ajarlah… walaupun bagaimana situasi anda. Selagi anda berniat ikhlas mengajar orang lain kerana ingin menyampaikan ilmu, paling kurang anda telah melakukan suatu kebaikan.

Jika anda masih belajar atau ada kerjaya lain, tetapi mengajar sebagai sambilan, jadi jangan terlalu fokus pada subjek atau pengajaran,

Kelak, anda terlalu terbeban di atas jurusan yang bukan pilihan.

Dan, jika anda minat dan ingin bekerja sebagai tenaga pengajar,

Anda ada beberapa peluang.

Pertama, memohonlah menjadi seorang guru. Jika ada rezeki, tak ke mana. Tetapi ingat! Jadi guru bukanlah semudah yang disangka. Anda berdepan dengan manusia yang pelbagai ragamnya, dan waktu yang tidaklah seringkas mana. (Tips: perlu banyak bersabar…)

Kedua, memohonlah mengajar di pusat tusyen. Pusat tusyen menawarkan anda untuk bekerja sebagai guru. Boleh diisi sepenuh masa, sekiranya itulah benar-benar minat anda untuk jadikan ia sebagai kerjaya.  Jika sekadar mengisi masa terluang dengan minat terpendam, jangan anda terbeban dengan masa tusyen yang diberikan.

Cari yang sesuai, tajuk yang memang minat (fikir sikit dah nampak jalan), dan di masa lain boleh tumpukan sepenuhnya pada belajar, kerjaya, atau tangunggjawab anda.

Ketiga, iklankan sahaja buat home tusyen. Tetapi, home tusyen lebih tertumpu di kawasan bandar atau penduduknya serba berada. Apa-apapun, cubalah dahulu, mana tahu ada rezeki untuk anda. Atau anda boleh menjadi manager untuk ambil pelajar dan tenaga pengajar. Bagaimana caranya? Pandai-pandailah…

Keempat, buat program atau aktiviti yang melibatkan pendidikan. Apa-apa sahaja. Kadang-kadang ada seminar pendidikan, kem pendidikan, dan sekolah angkat. Jika anda  suka mendidik, inilah peluang anda melibatkan diri. Selain itu, sumbangkan kemahiran atau kepandaian anda dengan gubal soalan atau laman labah-labah kepada orang lain.Ada juga program score A, yang program pendidikan online itu. Itu pun baik, hanya kena ada kesungguhanlah.

Kelima, buka sekolah sendiri. Selain ada boleh jadi pengajar, orang lain pun boleh belajar dan mengajar.

Huh… dah banyak cara tu. Jadi, fikirlah mengikut pada kesesuaian dan kelapangan. Kemudian, istigharah atas keinginan anda. Dan, jika terbeban seperti anda berniaga, lebih baik tinggalkan sahaja kerana tak ke mana-mana (akhirat lagi penting nak fikir.. berjuta-juta tahun…)

Itu sahaja dahulu. Sebenarnya banyak  lagi minat-minat yang lain. Tetapi tak larat nak cerita dan huraikan. Perabis masa…

 

“Pakcik ada minat tak?” Tanya seorang pelajar universiti kepada seorang pakcik di kampung halamannya.

“Eh, tentulah. Pakcik kalau sorang-sorang pakcik suka baca surat khabar dan bilang biji getah.”

“Hahahaha…. menarik minat pakcik ni. Saya pun ada minat juga. Pakcik nak tahu tak?”

“Hah, apadia? Cuba ceritakan.”

“Minat saya…. suka bertanya apakah minat yang ada pada orang lain!”

Menggaru kepala yang tiada rambut pakcik tersebut. Ntah apa-apa….

-menyelidik keupayaan… supaya tahu di manakah manfaat, di manakah mudarat.

One response

  1. Tetapi sekiranya dia sibuk sangat berfikir, berangan-angan, bercita-cita, dan kerja yang dilakukan tidak seberapa tetapi fikirnya terlalu besar sehingga lupa akan tanggungjawab yang dipegangnya.
    – ia selalu terjadi🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: