Antara Jiwa dan Jasad – sebenarnya…

Hari ini, 28 September 2012.

Hari Jumaat.

Hari yang mendung, menandakan cuaca tidak sebaik mana.

Keadaan yang bukan seperti biasa, yang berubah tiba-tiba.

Hatiku galau. Fikiranku kacau.

Ada sesuatu yang tidak kena.

Ada sesuatu yang bukan seperti anggapan dan patut berlaku dalam jiwa.

Keadaan yang sukar ingin dikata, kecuali buat orang yang mengetahui keadaan ia.

 

Hujan,

Bagiku… inilah kehendak Allah. Dengan kehendak Dia, hujan diturunkan ke bumi tidak kira masa, tidak kira di mana.

Tetapi… bagiku hujan terlalu banyak mana. Dan hujan yang turun mengandungi pelbagai makna.

Mungkin kadang-kadang benar, mungkin kadang-kadang salah kerana berangan-angan.

 

Tetapi,

Ada suatu keadaan yang daku akui hujan itu mengandungi suatu makna. Dan daku akui akan ia, jika dibenarkan oleh Allah Taala.

 

Oleh itu,

Daku kembali mencatit keadaan jiwa dan jasad.

Mungkin ada sedikit salah faham, yang menyukarkan keadaan.

 

Pertengahan Tahun 2010.

Hatiku galau. Pecah berderai.

“Di manakah kehendakMu wahai Allah? Apakah yang Engkau berhendak kepadaku, hambaMu yang lemah dan tidak terdaya?”

“Ya Allah…. jika ini keinginanMu, daku redha akan kehendakMu. Jika ini yang Engkau telah tetapkan buatku di Lauh Mahfuz, aku redha akan ketentuanMu.”

“Aku kembalikan jiwa, jasad, nafsu, dan hatiku kepadaMu. Bimbinglahlah aku, ajarkanlah kepadaku apa yang aku tidak tahu.”

Aku bersujud kepadaMu. Hanya kepadaMu aku pahatkan cintaku…

 

Hujan terus membasahi bumi.

Hatiku terus mengharapkan keampunan, petunjuk, dan kekuatan dari Ilahi.

Sehinggalah Dia berkehendak suatu keadaan yang daku perlu teruskan.

 

Ketika itu,

Allah SWT membuka jalanNya. Jalan yang menghampirkan daku kepada Dia. Jalan yang membuka hijab di hatiku yang penuh dosa dan nista kepada kehendak dan ketaatan kepadaNya.

Daku melalui jalan itu.

Dia membuka ilmu yang bukan dalam pelajaranku.

Dia mengajarkan daku yang perlu daku ketahui. Apa yang sebenarnya berlaku di dunia ini, dan di manakah sepatutnya daku berdiri.

Dan hakikat hati.

 

Sejak hari itu,

Daku rasai keberadaan Dia. Daku mengerti semua perjalananku dalam genggaman dan ketentuan Dia.

Bukan semuanya manis. Malah banyak pahit dan duka.

Tetapi, yang nyata daku rasai kewujudan Dia. (Bukan sekadar kepercayaan dan keyakinan, sebagaimana dalam buku beritahu berkenaan Iman dan Islam.)

Dia adalah segala-galanya. Segala harapan, ketakutan, dan ketaatanku, hanya milik Dia.

Walau orang lain semua tidak memihak kepadaku, cukuplah aku bersama Dia, Allah SWT.

 

Zaman yang penuh fitnah dan dusta.

Tetapi,

Masa dan zaman ini sentiasa berubah.

Zaman ini telah merosakkan hubunganku (yang dahulu) dengan Allah.

Daku  menziarahi manusia, tetapi daku mengharapkan kepada mereka.

Daku perhatikan manusia. Ternyata, semakin banyak harapan kepada mereka dan titik hitam melekat dalam jiwa.

Semakin bertambah maksiat,nista dan kekotoran dalam hatiku.

Semakin bertambah cintaku pada keinginan nafsu, semakin memandangku kepada kemewahan (sementara) duniawiku.

(termasuk ketika daku menulis, ada penglihatan pada diri, tidak lagi mengharap kepada Ilahi. Astaghfirullahal adzim…)

 

Semakin hari,

Semakin jauh pengharapanku kepada Allah. Hatiku tidak lagi terasa indahnya kewujudan hanya kepadaNya.

Daku terlalu melihat selain daripadaNya. Sehingga daku semakin ralik dan leka, tidak kepadaNya.

Ketaatan, harapan, dan ketakutan seperti dahulu lagi.

Kecintaanku kepadaNya mula berbelah bagi.

(Mungkin (orang yang melihat) terasa keadaan jasadku seperti lebih baik. Tetapi jiwaku…. terasa semakin jauh dan perit.)

 

Hari ini….

Daku terpaksa ceritakan sedikit apa yang daku dulu dan sekarang sedang alami. Permulaan sebuah pertemuan dan kemuncakku kepada Ilahi.

Sebenarnya, daku langsung tidak berniat untuk khabarkan di sini. Kerana ini adalah rahsia kehidupanku, yang daku genggam sebagai hak peribadi.

Tetapi,

Ada sesuatu yang rasanya tidak kena. Sehingga kehidupanku terasa kelam kabut, kerjaku tidak sempurna, dan urusan harianku menjadi tidak kena.

 

Terasa seperti sesuatu yang bukan dalam perancanganku, dan bukan jua kehendakku.

Ia berkenaan perkara lain dan orang lain.

Iaitu tentang diri.

 

Buat diri,

Mungkin kalamku yang lepas terlalu mengikut kata hati, sehingga terlepas soal di hati manusia selainku yang memerhati.

Daku bukanlah berniat untuk pecahkan suatu pertalian atau hubungan, dan bukan itu niat sebenar kalam itu dilafazkan.

Sungguh, tidak sama sekali!

Malah, daku tidak pernah menafikan sebarang peristiwa, cerita, keadaan, dan janji Allah yang telah daku nyatakan. Semuanya adalah benar. Tiada suatupun yang salah dan bercanggah.

 

Tetapi,

Daku terpaksa berhenti dari meneruskan sehingga waktu yang dalam ketetapanNya.

Berhenti dari mengingatkan, berfikir, menulis, mengelamun, berangan-angan, atau meletakkan sesuatu harapan.

Tetapi tidak pada berdoa.

 

Daku terpaksa berhenti melihat pada kehendak dan penglihatanku pada kewujudan jasad (seperti tidak mengenali dahulu…).

Tetapi tidak pada kewujudan jiwa. (Jiwa tidak pernah berubah dan tidak perlu bergantung kepada perubahan jasad.)

(Bukankah sejak dahulu lagi daku katakan tiada perubahan pada jiwa?)

 

Kisah Tukang Rumah, Rumah, dan seorang Pemuda.

Ingat lagi kisah ini?

Sebenarnya kisah ini ada kaitannya dengan kehidupanku, ia menjadi teladan kepadaku.

Dan, daku ialah rumah itu.

Pada hari ini, moral kepada kisah ini,

Tukang kayu itu masih sedang memperbaiki keadaan rumah itu. Dia sedang meneliti, membaiki, menghiasi, dan memulihkan segala kekurangan yang wujud pada rumah tersebut.

Mungkin mengambil masa yang lama. Mungkin juga hanya sekejap saja.

Yang nyata, pemulihan rumah itu memerlukan masa. Sehingga ia lengkap dan sempurna keadaannya.

Masa antara rukang rumah dengan rumah itu sahaja.

 

Persoalannya, bolehkah pemuda itu terus mendiami dan tinggal di dalam rumah, sedangkan rumah itu masih banyak bahagian tidak siap dan bila-bila masa boleh musnah?

Jika tiba-tiba benda-benda yang tidak siap itu menimpa kepada pemuda tersebut, siapa susah? Jika tiba-tiba rumah itu bermuram dan merungut lagi, siapa yang payah?

Siapakah pemuda dan tukang rumah itu? Hhhmm… daku harap fikirkanla siapakah sepatutnya mereka.

 

Dan, suatu perkara lagi.

Semua perjalanan dan apa yang dikatakan ini adalah berkenaan dengan diriku.

Bukan kepada diri.

(perjalanan diri?  Wallahua’alam. Daku tak ada mesin masa atau kristal ramalan nak tahu bagaimana…)

 

Mengapa perlu katakan semua ini? Kenapa perlu melibatkan diri?

Kerana…

Sebahagian besar perjalanku menuju Allah,

Sebahagian besarnya adalah berpunca daripada kewujudan diri. Sehinggalah kini….

(Jika tidak, tidak perlu daku khususkan kepada siapa dan perkara apa dalam kalamku ini. Tidak perlu daku mohon khusus doakan kebaikan dan kejayaan pada perubahan hatiku menuju Allah.)

 

Apabila Allah telah menghilangkan barangku itu,

Daku sedar, daku perlu kembali kepada jalanNya.

Jalan…

Yang ketika pertama kali daku bertemu denganNya.

Berfikir, berzikir, melihat, dan keinginan,

Mengubah hati, pemikiran, dan pengharapan

Hanya kepadaNya

 

Oleh itu, jalan ini perlu dilalui sekali lagi.

Jiwa ini… perlu dicucikan kembali.

Daku perlu masa bersendiri lagi. Masa sendiri antaraku dengan Ilahi.

Yang mungkin kadang-kadang manis, kadang-kadang pahit. Sama ada kepadaku atau kepada diri (kerana itu daku tidak mahu khabar dan kaitkan lagi dengan diri dalam lamanku ini-yang manis daku tidak mahu berangan-angan, yang pahit biarku seorang telan sahaja-).

(jika asyik menulis dan melihat kepada diri, bukankah masaku kepada Allah telah dibahagi-bahagi?).

 

Dalam jangka masa ini,

Dr. binalah baik-baik hubungan dengan Allah. Laksanakan tanggung jawab dan apa-apa yang sepatutnya seupaya yang ada.

Sekiranya ada apa-apa yang berkehendak, nyatakanlah kepadaNya. Jika Allah mengizinkan, tentu Dia akan tunaikan atau sampaikan kepada siapa dan bila-bila masa sahaja.

Janganlah fikir Allah itu seperti keupayaan manusia. Nauzubillah…. jauhlah fikir dan hati kami dan seluruh manusia beriman kepada Allah berfikir keadaan yang sama.

Jika ada suatu ‘kepentingan’, insya-Allah dengan izin Allah daku akan sampaikan.

 

Jua,

Doakanlah kejayaan buatku untuk melalui masa ini. Sungguh, mungkin orang lain tidak tahu kesan doa, tetapi bagiku,

Telah banyak berlaku perubahan keadaanku (sehinggalah kini), kerana asbab doa terutama daripada orang yang mengenali diriku/ hamba Allah yang lemah ini…

 

Perhatikanlah petikan ini,

Bukanlah Allah ingin menghancurkan hubungan kekeluargaan Nabi Ibrahim a.s. Bukanlah Dia ingin menghilangkan ikatan antara Nabi Ibrahim a.s. dengan isteri dan anaknya.

Tetapi Dia ingin Nabi Ibrahim a.s tahu di mana letak hatinya kepadaNya, dan di mana patut  diletakkan perasaan dan hubungan sesama manusia.”

-jangan bersedih lagi…. maafkan daku. Terlalu ikut kata hati….

-Bersabar dan bersemangatlah. Daku tidak ke mana-mana, ada saja di mana-mana (tetapi tak sampai lagi benua Afrika). Insya-Allah, dari semasa ke semasa ada di laman ini.

-Jika tak faham kalamku ini, ulangi lagi dan lagi. Sehingga Allah memberi kefahaman kepada diri. Insya-Allah.

-jika masih bersedih lagi….susah hatiku dan jiwaku nak betul-betul menghadap Dia (sedangkan hatiku sangat-sangat memerlukannya…). 😦 😦 😦

 

Jiwa dan Jasad yang terpisah

Bukanlah bermakna jiwa yang berada dalam genggamanNya

 

Satu bahagian untuk jasad. Dan satu bahagian lagi untuk jiwa.

Jasad itu yang terpisah

Jiwa itu masih wujud,tetap, dan tidak berubah.

 

Semuanya dengan izin Allah

Yang bersifat al-Baqa’, tidak pernah berubah

Tempatku ingin kembali dan berserah

Tinggalkan komen