Siapa kata tiada masalah?

Manusia….

Apabila menimpa sesuatu kekurangan pada diri mereka, pasti terdengar suatu keluhan, hampa, dan kecewa.

Seperti itu sahaja yang perlu dilakukan, dan tiada perkara lain lagi perlu difikirkan.

Begitulah kehidupan.

Kadang-kadang berada di atas. Senang dan tenteram, tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Ketika waktu ini, hati berasa terlalu girang sehingga berseri sepanjang hari.

Kadang-kadang pula, ada waktu yang sukar dan sulit untuk dihadapi. Ketika waktu ini, terasa putus harapan, kekecewaan dan cuka cita dalam hati.

Tetapi, antara kedua-dua perkara ini,

Sebenarnya manusia lebih berat untuk terasa ketika berdukacita.

 

Kenapa?

Mungkin ada beberapa sebab.

Pertama, sebenarnya kalau boleh tiada orang nak susah. Hidup nak senang lenang dan gembira sepanjang hari.

Kedua, tiada langsung persediaan untuk menghadapi hari-hari susah. Sejak dari bayi, yang difikirkan oleh manusia ialah untuk menempah kejayaan dan pencapaian yang terbaik. Sehinggalah waktu tua, yang diinginkan jua waktu yang terbaik.

Ketiga, ….. nanti fikirlan lagi apa sebab musababnya.

 

Tetapi…

Allah mengajar manusia untuk sentiasa mengingati hari yang senang. Apabila beroleh nikmat (kesenangan), maka bersyukurlah atau berterima kasih kepada Tuhan atau orang yang menyampaikan.

“Barangsiapa yang bersyukur Allah akan tambahkan nikmatnya. Barangsiapa yang kufur akan ditimpa azab yang pedih.” (Ibrahim:7)

Inilah tarbiyah Tuhan. Allah tidak menyuruh manusia sentiasa mengingati hari yang susah, sebaliknya sentiasa mengingati hari yang dulu atau kini dalam senang dan gembira.

Jika tidak, pasti ayat di atas bermula dengan susah baru bermula perkataan tentang kesenangan.

 

Impaknya….

Orang yang sentiasa mengingati hari yang senang, dirinya akan beroleh semangat untuk teruskan berjuang.

Orang yang suka berfikir dengan mudah, senang, dan gembira akan beroleh motivasi dalam kehidupan.

Tetapi,

Orang yang sentiasa berfikir akan kesusahan, hari-hari tiada semangat. Walaupun hari tersebut baik bagi dia, baginya tetap tiada harapan dan lemah semangat untuk meneruskan.

Malah, mungkin sahaja sepanjang hari dia berada dalam kekecewaan. Paling teruk, jika tiada iman, fikir sahaja untuk memudaratkan diri sendiri atau bunuh diri.

Nampak macam perkara kecil fikir senang atau susah, tetapi sebenarnya mempunyai impak besar terhadap dirinya atau dalm kehidupannya.

 

 

Tiba-tiba masalah….

Sekiranya tiba-tiba ada masalah,

Relaks, sabar, dan tenangkan dulu hati dan minda. Tiada gunanya anda bersikap gelabah kerana kejadian telah berlaku di depan mata.

Setelah semuanya tenang, sekarang baru fikirkan jalan penyelesaian.

Sekiranya fitrah manusia, mereka mencari orang atau kaedah yang boleh diusahakan. Tetapi sekiranya dia beriman keapda Allah, pertama sekali yang akan dilakukan bertawakallah kepada Allah yang telah menentukan takdir untuknya. Kemudian, solat dua rakaat untuk menafikan keupayaan dia mengubah keadaan, tetapi Allah yang mengubah keadaan sekadar ikhtiar yang dia cuba lakukan.

Dengan ini,

Orang beriman tidak gelisah tak tentu pasal. Selagi mampu dilakukan, dicuba sehingga berjaya, jika tidak tiada apa-apa yang mampu mengubah takdir Allah.

Akhir sekali,

Tak payah fikirkan sangat maslah-masalah itu. Pasti, apabila masa berlalu, masalah itu akan berlalu.

Melainkan anda sendir yang mencipta masalah itu. Seperti pinjam duit rakan tak bayar, ambil buah tanpa kebenaran, atau meninggalkan solat dengan sengaja. (bukankah ini anda sebenarnya yang bersalah?)

-memanglah sabar itu perit dijalani, tetapi percayalah sabar itu indah apabila telah mendiami diri. (jangan sabar untuk melalukan maksiat. Itu bukan sabar, tetapi syahwat dan amarah. Bezanya sabar itu berasal dari hati, syahwat itu berasal dari nafsu. )

 

Ayat al-Quran dan Hadith Nabawi…

Sebenarnya,

Kalaulah manusia itu cerdik, terang hati, bijaksana, dan paling penting beriman kepada Allah dan Rasulnya, pasti al-Quran dan Hadith menjadi tatapan setiap hari.

Kenapa?

Kerana di dalam al-Quran dan Hadith semuanya berceritakan kisah nabi dan pengajaran untuk dijadikan iktibar dan peringatan. Bercerita tentang hari kemudian supaya manusia tahu pentingnya berbuat kebaikan dan merancang masa depan.

Berkisar tentang keEsaan Allah dan kerasulan Muhammad supaya manusia mengerti dari mana kedatangan mereka, dan ke mana nilai sebenar agama dalam kehidupan mereka.

Dan, al-Quran dan hadith memuatkan pelbagai ayat, nilai, dan perkara motivasi untuk manusia sepanjang kehidupan mereka.

Itu sekiranya difahami, jika tidak difahami sekalipun manusia telah merasai ketenangan dengan pembacaan dan penghayatan mereka.

Betapa besarnya nilai dua perkara ini, yang Nabi Muhammad SAW wasiatkan kepada seluruh ummat supaya berPEGANG (bukan sekadar input sahaja. Pegang itu apa? Beramallah.) akannya sentiasa.

Namun, hanya orang yang ada nilai IMAN sahaja akan melakukan ia. Kerana, ramai manusia memenuhi masa dan keresahan mereka dengan keseronokan yang sementara (minum di kedai kopi, pergi melancong dan pusing dunia, tengok movie, sembang dengan boyfriend atau girlfriend, dengar lagu, atau tido.)

dan,

Iman itu perlu diusahakan untuk mendapatkannya. ia bukan bergolek-golek tiba-tiba datang depan mata.

One response

  1. Jika Allah menyayangi seseorang itu, Dia akan mengujinya dengan kesusahan.(supaya dia sabar dan menjadi lebih dekat kepadaNya)
    Kesenangan pula tidak bererti nikmat. Sebaliknya, ia boleh menjadi petanda kebencian dan kemurkaan Allah terhadap kita..Nauudzubillah Min Dzaalik…(Allah mahu lebih menenggelamkannya dalam kesesatan)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: