Hati Tidak Memerlukan Mata.

Jika manusia memerlukan anggota badan yang sempurna,

Hati tidak memerlukan itu semua.

Hati nurani

Penglihatan, pendengaran, suara, dan kata-katanya bukan dari sifat luaran.

Tetapi dari dasar yang sangat dalam, ynag menuju kepada penciptaNya.

Namun,

Mata hati ini terlalu sukar digian yangarap.

Ia memerlukan suatu pendirian yang kukuh, suci, dan bersih.

Sekiranya tidak,

Pandangan hati hanyalah suatu tipuan. Hanyalah angan-angan di fikiran.

Kerana terlalu mengikut nafsu, mengikut bisikan syaitan.

 

Hati yang suci,

Ini yang paling susah ingin dicapai (hatta padaku sendiri).

Kesucian itu,

Hanyalah boleh digapai apabila nafsu telah tunduk patuh kepada nasihat akal.

Capaiannya memerlukan mujahadah terhadap latihan yang panjang, dan istiqamah untuk melakukan.

Jika tidak,

Nafsu yang degil itu tidak akan tunduk

Tetap menggerakkan jiwa manusia ke arah noda dan engkar di sisi Tuhan.

 

Zaman ini,

Bukanlah mustahil menggapai hati yang bersih

Agar beroleh mata hati yang bersinar dalam cahaya kebenaran (bukan angan-angan.

Tetapi, sukar untuk mencapainya,

Kerana di sini sana penuh dengan manusia dan suasana yang tidak menyucikan ia.

 

Biarlah.

Apa-apapun yang di depan mata

Biarlah Allah tempat aku mengadu.

Mengharapkan perlindungan

Dan keampunan

Atas dosa dan kebodohanku yang terdahulu

Sedar atau tidak dilakukan sendiri olehku.

 

Hati itu memang tidak memerlukan mata.

Tetapi ia amat mengenali pencipta.

 

Nafsu pula memerlukan mata (untuk mencapai keinginannya).

Tetapi selalu melupakan penciptanya.

 

2 responses

  1. […] -https://kaimislam.wordpress.com/2012/10/09/hati-tidak-memerlukan-mata/ […]

    1. thanks a lot.

      May Allah always bless you and give strength to always spread the word of Islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: