Kesenangan bukanlah milik sebenar.

“Yahuu! Aku berjaya masuk ke universiti!”

“Wah, makin maju kau ya sekarang…”

“Alhamdulillah, ini semua pemberian Allah SWT..”

Tiada orang yang tidak sukakan hadiah. Tiada orang yang tidak sukakan nikmat pemberian Allah.

Tetapi,

Tidak semua nikmat itu merupakan kurniaan daripadaNya. Malah, ada ketikanya itu adalah tanda ujian, atau itu adalah tanda penjauhan diri daripada mengharapkan kepada Allah.

Istidraj

Perkara ini ramai yang menyebabkan orang tersalah sangka. Mereka sangka nikmat dan kesenangan yang datang itu khusus untuk mereka, sehingga merasakan keseronokan yang tiada tara.

Bezanya, apabila seorang yang diberi nikmat yang berupa istidraj maka mereka semua jauh daripad mempercayai pemberian itu dari Allah SWT. Mereka yakin usaha mereka yang menentukan kejayaan, yang menentukan pencapaian. Akibatnya, orang sebegini syok sendiri, tamak, kedekut, dan mementingkan diri mereka sendiri.

Tiada berasa empati dan simpati pada nasib orang lain. Tiada rasa ingin berkongsi dan memberi kepada orang lain.

Sekiranya terkena gejala ini, cepat-cepatlah beristigfar dan bertaubat agar kembali kepada jalan kebenaran.

 

Ujian.

Perkara kedua ialah nikmat yang datang berupa ujian. Nikmat ini dinyatakan Allah sebagai ujian kepada hamba-hambaNya akan keimanan sepertimana yang dicanang-canangkan oleh mereka.

Contohnya, ketika seseorang itu tiada apa-apa, kekurangan di sini sana, Allah menjadi tempat pengharapan mereka. Allah menjadi tempat mengadu dan memohon pertolongan ketika tiada upaya.

Pada ketika ini, ternyata keimanan dan pengharapannya kepada Allah adalah kukuh dan utuh. Namun, adakah sama ketika dia diberi kesenangan dan kemewahan pada suatu ketika?

Ternyata ramai yang jauh dari Allah (seperti dahulu) ketika telah beroleh kesenangan. Mereka sibuk menguruskan aktiviti harian dari sentiasa sibuk beribadah kepada Allah SWT.

Ketika sebeginilah iman seseorang itu diuji. Apabila telah berubah keadaan dan suasana, adakah masih dia tetap melihat dan mengharap kepada Allah?

 

Kesenangan itu sementara.

Hakikatnya, selagi manusia dan semua jenis makhluk masih hidup di alam duniawi ini, selagi itu setiap nikmat dan kesenangan itu adalah ujian tuhan.

Kerana, setiap nikmat itu akan dihisab di akhirat kelak. Hatta  nikmat anggota badan dan makanan juga menjadi tuntutan ke atas setiap manusia ke sana.

Bagaimanakah mata digunakan.

Adakah ilmu itu diamal dan disampaikan.

Adakah menjadi hamba yang bersyukur atau mengunakan sewenang-wenangnya terhadap setiap kesenangan yang dikurniakan.

Kerana itulah,

Nikmat yang sebenar adalah di akhirat sana. Nikat yang selama-lamanya milik insan yang beriman kepadaNya, setelah mengharungi hisab yang panjang dan penungguan yang terlalu lama di sana.

Nikmat itu,

Adalah milik yang sebenar. Tiada lagi keluhan dan ujian, tiada lagi ada kekurangan dan batasan.

Moga Allah sentiasa memberikan kesedaran akan perkara ini. Agar sentiasa hati tidak lari daripada bersyukur dan kembali kepadaNya apabila diberikan kurniaan di dunia ini.

Terima wahai Allah akan kurniaanMu,

Moga dengan setiap pemberianMu, bertambah kukuh pengharapan dan ketaatanku kepadaMu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: