Di manakah pemikiran anda?

“Apabila kita meningkat usia, perhatian kita turut berubah ke?”

“Ya. Contohnya apabila kanak-kanak perhatiannya hanya kepada permainna, apabila telah remaja, kepada hubungan kawan dan teman, ketika dewasa kepada tanggungjawab keluarga dan kerjaya, dan seterusnya. Semua orang akan mengalami perubahan apabila telah meningkat usia dan masanya.”

“Tetapi, sangat malanglah sekiranya seseorang itu berubah kepada keburukan bukannya ke arah yang lebih baik.”

 

Dialog ini adalah perbualan secara langsung dengan seorang teman yang lebih berusia dan telah berkeluarga. Ingin melihat di mana pandangannya terhadap sesuatu isu dan adakah kotak pemikirannya masih sama seperti para remaja.

Ternyata, pemikirannya telah berbeza dan diakui beliau dengan kenyataan tadi.

 

Revolusi Pemikiran.

Manusia akan sentiasa mengalami perubahan. Begitu jua pada corak berfikir dan apa yang menjadi perhatiannya . Perkara ini adalah lumrah kehidupan dan tidak mengira sesiapa selagi dia adalah manusia normal dan bernafas dan bersuara.

Perubahan ini boleh berlaku dalam 2 keadaan.

1) Masa. Iaitu apabila telah meningkat usia, secara automatik pemikirannya atas sesuatu perkara turut berubah.

2) Pengalaman. Pengalaman menjajar kehidupan. Malah, semakin banyak pengalaman yang dimanfaatkan olehnya, semakin bertambah kematangannya membuat pilihan.

Berkenaan masa, semua orang telah mengetahui. Tidak mungkin seorang kanak-kanak boleh fikir dan berkata seperti telah dewas dan berkeluarga. Seorang bapa tidak mungkin boleh main guli atau congkak bersama kanak-kanak yang lain.

Tetapi berkenaan pengalaman, ini yang jarang manusia peduli. Biasanya, mereka lebih suka pengalaman itu dinikmati bersama rakan taulan. Jarang manusia yang mencari pengalaman dengan kaedah kendiri, atau berdiri dengan diri sendiri.

Bezanya,

Dengan rakan taulan untuk berseronok, happy go lucky, dan bersuka ria.

Dengan secara kendiri adalah untuk kehidupannya kerana misi tertentu yang diperlukan olehnya. Misalnya, untuk menampung kewangan, keluarga, atau kesusahan yang menimpa.

Peringkat ini akan mencorakkan pembaharuan dalam pemikiran manusia, dan mematangkan pemikirannya.

Walaupun bertubuh kecil, tetapi telah mampu berfikir dan berdiri dengan diri sendiri ketika tiada sesiapa di sampingnya.

Tidak lagi suka membuang masa dan buat perkara tak berfaedah. Sebaliknya, memenuhi masa yang ada dengan sebarang tangungjawab yang sedang atau akan dipikul olehnya.

Matang bukan terletak pada tubuh badan!

Lagi satu masalah orang sekarang, mereka fikir matang apabila badan yang besar, rambut beruban, atau kasar kulitnya.

Itu semua tiada kaitan. Kadang-kadang boleh ada, kadang-kadang tiada kena mengena.

Sebenarnya, kematangan dalam fikiran akan berbeza kerana usia dan pengalamannya. Yang paling penting pengalamannya.

Walaupun badan kecil, dan masih kanak-kanak, tetapi kerana kesusahan yang ditangungnya, kerana bebanan yang berada padanya, dia sanggup bekerja untuk menyara keluarga.

Apabila meningkat usia, kanak-kanak ini tidak lagi seperti kanak-kanak yang lain yang masih bermain dan tiada arah tujuan. Sebaliknya dia, telah maju setapak ke hadapan seperti orang dewasa yang mempunyai tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Sifat yang tercela.

Tetapi,

Yang paling mustahak ialah seseorang yang tidak tahu membezakan pemikirannya terhadap benda baik dan benda buruk yang perlu dilakukan olehnya.

Bukannya dia tidak tahu (kerana orang tak tahu ialah orang tiada ilmu), tetapi dia tidak dapat melawan nafsunya untuk membuat perkara kejahatan (kerana orang yang menurut nafsu, orang yang kurang/tiada iman).

Pada keadaan begini,

Bukan matang menjadi isu. Bukan pengalaman menjadi isu. Bukan usia menjadi. Bukan jua ilmu yang menjadi isu.

Tetapi iman yang menjadi isu.

Iman oh iman….

Orang tua boleh menjadi jahil dan tiada akalnya apabila tiada iman dalam dirinya. Kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa tetapi tinggi darjatnya di sisi Allah, kerana satu perkara sahaja yang difahami olehnya, iaitu taat kepada ibu bapa.

Orang duduk universiti boleh pakaian sendat, tak tutup aurat,  dan ketat walaupun dulu dia sekolah biasa dan agama. Bukan tak diajar dalam subjek pendidikan Islam, tetapi tiada iman untuk mengamalkan apa yang terkandung dalam pendidikan Islam.

Yang lebih anih, mereka itu pelajar institusi tinggi. Yang menurut kata orang, orang harapan negara yang bestari.

Adakah nak disalahkan ilmu dan didikan? Tidak. Mereka telah dididik sejak usia tadika. Sambung ke sekolah rendah, kemudian menengah, kemudian matrikulasi sehingga universiti. Jangka hayat belajar dan berilmu ialah 18 tahun.

Ya, 18 tahun belajar! Tak kan masih tiada ilmu lagi?

Apabila dikatakan jahil, terasa sudah lama diajar dan dididik oleh sekolah. Nak kata tidak bersekolah, semuanya telah pandai membaca, beruniversiti, dan ada yang berkerjaya hebat.

Masalahnya,

Manusia kini tiada iman, agama dan amalannya dalam peribadi mereka.

Dan,

Pemikirannya inilah yang perlu dibentuk. Pemikiran inilah yang perlu dikaji.

Pemikiran keimanan.

Bahannya telah wujud pada 1400 tahun yang lalu. Ketika bangunan tidak tinggi, tiada teknologi, tiada fesyen, tiada universiti, tiada kerja itu ini. Tetapi, merekalah yang begitu hebat dan menjadi kebanggaan orang Islam (yang menjadi ustaz/ustazah/ aktivis Islam) kini.

(Logik akal, ketika bangunan tinggi, teknologi ada, universiti ada, kerja ada, itu ini ada, sepatutnya lagi baik agama dan kehidupan mereka. Betul tak?)

Pemikiran yang lebih utama daripada matang. Lebih utama daripada usia. Lebih utama daripada segala-galanya.

Memandu manusia berjaya bukan sahaja dunia (yang tungang terbalik hari ini) tetapi jua di akhirat sana.

Rebutlah peluang pemikiran ini! Selagi anda masih bernyawa, bernafas, dan bersuara ketika ini.

Kerana,

Tiada gunanya berfikir dan mencari fikir atas iman apabila anda telah meninggalkan dunia yang sementara sahaja ini.

Dan,

Kita tunggu dan lihat, apa yang sebenarnya berlaku dalam kubur nanti. Betul atau tidak sabda Rasulullah. Benar atau tipu kejadian hari akhirat.

Berani?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: