Pentingkan diri sendiri?

Ini adalah sikap yang tidak baik.

Sikap pentingkan diri sendiri perlu dihindari dan dijauhkan daripada kehidupan.

Mungkin ramai yang tidak perasan yang sikap ini wujud dalam diri mereka. Iyalah, siapa yang begitu suka menyelidiki kekurangan atau kelebihan rumah sendiri berbanding melihat kekurangan daripada rumah orang lain.

Nyatanya, sikap ini tetap wujud di atas muka bumi ini dan wujud dalam diri seseorang. Iya mungkin ada kebaikan, namun banyak daripadanya membawa kepada keburukan.

Apabila dia mendapat sesuatu keuntungan, tidak dikongsi dan disebarkan kepada orang lain. Apabila ada lebih makanan seharian, tetap disimpannya dalam peti daripada berkongsi dengan teman atau diberikan kepada jiran.

 

Menyedari akan keburukan sikap ini,

Daku muhasabah diri sendiri.

Adakah tergolong daripada sikap ini atau tidak?

 

Minit berlalu…

Hari berlalu.

 

Hasilnya,

Ada. Dan daku perlu keluarkan ia.

Belajar untuk mengambil berat akan orang lain. Sekiranya perlu dan boleh dibantu, korbankan keinginan sendiri dahulu sekiranya keinginan itu bukan terlalu mendesak dan perlu.

Belajar untuk memberi, bukan hanya mengadah tangan utnuk menerima. Sikap memberi ini tak akan terhasil sendiri, melainkan kena sentiasa cuba memberi tanpa mengharapkan sebarang penerimaan.

Dan, lain-lain lagi.

 

Adakah kebaikan ke dalam sikap ini?

Ya, ada. Antaranya,

1) apabila anda layak menjadi imam, maka anda perlu tampil ke hadapan dan bukan hanya menolak-nolak orang daripada belakang.

2) apabila anda telah rasa sesuai dan turut dicalonkan untuk berkahwin dengan seseorang, jangan pandai-pandai suruh orang lain mengambil tempat anda. Berdosa.

3) apabila anda telah boleh melakukan kebaikan sesuatu perkara, jangan anda lepaskan peluang untuk orang lain. Nanti terlepas pahala.

4) apabila rakan anda mengajak anda berbuat maksiat. Cakap, “sorry, i don’t have time to do this.”

5) apabila semua orang sibuk bercanda dan makan di cafe, tiba-tiba azan dan ada surau berdekatan. Apalagi, sediakan diri anda dulu untuk beribadah kepada yang  Maha Esa.

 

Nyatanya,

Untuk membuang keburukan itu bukanlah memakan sehari dua. Tetapi memakan masa dan keadaan, dengan adanya keazaman dan kesungguhan.

“Fa iza azamta, fa tawakkal ‘ala Allah.”

Advertisements

One response

  1. Selaulunya, bila manusia marah/rasa bingit, mereka sedang mementingkan diri sendiri…(Bukan semua atau setiap masa)
    http://www.suhaibwebb.com/miscellaneous/poetry-fiction/the-idol-in-the-mirror/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: