Suka Menyendiri…

Alhamdulillah, beberapa hari lepas berakhir sudah Hari Raya Aidiladha. Sempena memperingati pengorbanan dan kepentingan haji di Baitullah, membuatkan hatiku rasa rindu untuk bertandang ke sana, suatu ketika nanti. Insya-Allah.

 

Muhasabah.

Orang kata, teroka diri sendiri.

Ada orang kata,

Menerobos diri sendiri.

Mengukur di mana kebolehan dan kelebihan, di mana wujud kekurangan dan kelemahan.

Muhasabah.

Daku suka menggunakan perkataan ini.

M-U-H-A-S-A-B-A-H = MUHASABAH.

Dan daku suka melakukan perkara ini.

 

Sebab,

Daku suka berfikir. Fikir mana yang patut buat, mana yang patut ditinggalkan. (Tetapi, fikir sahaja tidak semua membawa kepada kebaikan, malah banyak mudaratnya seperti bersangka buruk dan fikiran ke arah lemah dan negatif).

Apabila menggunakan kuasa fikir, diri sendiri antara yang tidak akan terlepas. Kerana,  fikir itu daripada akal sendiri. Kalau orang lain fikirkan, belum tentu mengenai persoalan peribadi.

 

Muhasabah.

Melihat apa yang sedang berlaku kini pada diriku.

Melihat di manakah kesukaanku, di mana kebencianku.

Meneroka apa yang patut diteruskan, dan bagaimana ingin melakukan.

 

Muhasabah…

Rupanya,

Daku suka menyendiri. Menyendiri dari hiruk pikuk manusia, menyendiri dari terlalu sibuk menguruskan perkara dunia.

Jika manusia suka bising-bising di pusat jualan atau pasar malam, daku tidak berkenan itu semua. Jika tiada  tujuan, tidak akan bertandang ke sana. Jika ada tujuan, pergi untuk tujuan itu sahaja. Selesai, pulang.

Menyendiri dari terlalu sibuk perkara dunia…. bukan tidak melakukan sebarang pekerjaan atau aktiviti di atas alam dunia ini.

Maksudnya, tidak gembira jika melakukan pekerjaan tersebut hanya untuk kepentingan duniawi, langsung tiada hubungan dengan akhirat nanti.

Rasa macam buat kerja tak ke mana. Jika telah habis, selesai. Atau pun dapat gaji. itu sahaja..

Jika ramai orang suka berteman dan berkawan, daku lebih suka bersendirian. Memenuhi ruang waktu melihat atau merenungi perkara yang lebih berfaedah atau menenangkan.

Contohnya,

Membaca al-Quran, duduk sendirian di Masjid atau surau, pusatkan hati kepada kebesaran Allah (berzikir/mengingati Allah), atau mendengar apa-apa tazkirah/peringatan/kuliah yang membawa agama menuju Ilahi.

Itu yang paling suka buat jika ingin dipenuhi waktu kelapangan (maknanya, bila tak ada kerja apa-apa…)

Tetapi,

Rasa tidak sempurna jika hanya seorang-seorang. Malah, sudah banyak perkara dan peristiwa yang daku tidak boleh melakukan dan melaluinya secara seorang.

Perlu juga dicari rakan untuk membantu atau menghulurkan bantuan.(Tetapi, jika hanya diperlukan mereka ketika diperlukan, terasa seperti mementingkan diri sendiri sahaja. Oleh itu, biar daku sendiri yang membantu orang lain biarpun mereka tidak perlukan ia –ikhlas buat kerana Allah-)

 

Rakan yang benar,

Bila berjauhan tetap berhubungan,

Bila dekat sentiasa berteman.

Itulah yang dipanggil sahabat.

 

Sahabat….

Secara umumnya, bila senang atau susah sentiasa bersama. Senang bergembira bersama, susah berkongsi duka dan penyelesaian bersama.

Sahabat….

Secara khususnya, seseorang yang membawa daku mengingati Allah.

Bicara dan tingkah lakunya, sentiasa mengingatkan daku kepada Allah. Walaupun cerita atau berkata perkara seharian, tidak lekang dia mengingatkan hari kemudian atau selit-selit keagamaan.

Apabila daku terlalai atau terleka, dia akan membetulkan kembali jalanku kepadaNya. Apabila daku terlalu sibuk perihal duniawi, dia mengingatkan daku keinginan Allah kepada hambaNya.

Daku sentiasa berusaha mencari dan ingin bersahabat seumpama ini. Alangkah indah bertemu dan bersahabat dengan hamba Allah yang menang di hati ini.

 

Tetapi ada orang kata,

Sahabat sejati itu ialah isteri.

 

Isteri?

… fikirku……

Mungkin sebab pergi balik, suka sedih, cakap diam, oversea  atau dalam negeri,  semua ada kaitan dengan orang di rumah,

Sebab itu dipanggil sahabat sejati. Mungkin…

Ketika orang lain semua sudah pergi (kerana habis belajar, tempat kerja, bercanda), isteri tetap ikut sekali. Dia tidak boleh ditolak ke tepi macam orang lain. Suka atau tak, orang yang sentiasa ikut dan berada sekali serumah, tak boleh letak tepi, buang-buang begitu sahaja (ooo… patutlah panggil orang rumah….)

 

 

Jika begitu,

Seseorang yang dipanggil isteri itu tentulah yang mengingatkan daku kepada Allah. Bicaranya atau peribadinya kembalikan hatiku kepada-Nya. (Bukan sebelum berkeluarga, Allah di hatinya. Tetapi bila berkeluarga, isteri pula mengambil tempatnya.)

Apabila daku alpa, dia mengingatkan daku kepada-Nya. Apabila daku lemah (iman), dia memberikan daku sumber dan jalan untuk menguatkan ia. Apabila daku perlu berada di jalan Allah, dialah yang akan menyokong dan inspirasi untuk aku berada di jalan-Nya.

Seperti mana sifat seorang sahabatlah.

Malah, dia perlu lebih baik lagi. Sebab, sahabat di luar rumah akan pulang ke rumahnya sendiri, tetapi sahabat dalam rumah tetap akan tinggal sekali.

 

Muhasabah…

Inilah perkara yang daku suka.

Di sebalik menyendirianku,

Inilah  perkara yang paling daku suka.

Inilah teman yang daku damba dan suka.

 

Hhhmm….

Terasa diri ini dah semakin menginjak usia. Dah fikir macam-macam tentang dunia….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: