Apa yang dirisaukan?

Kehidupan…

Kadang-kadang berada di atas, kadang berada di bawah.

Kadang-kadang keadaan susah, keadaan-keadaan gembira dan senang.

Itulah kehidupan.

Tetapi,

Keadaan kehidupan ini hanya pada konsep hidup di dunia ini, bukan di akhirat nanti.

Konsep kehidupan akhirat pula ialah tiada lagi jatuh bangun. Tiada lagi atas atau di bawah.

Konsepnya sama ada terus meningkat atau terus menurun. Terus bertambah nikmat atau terus bertambah azab.

Itu sahaja.

 

Oleh kerana itu,

Manakah pilihan yang lebih baik? Kehidupan di dunia ini, atau di akhirat nanti.?

Namun, kita tidak boleh bahagikan untuk hidup di dunia atau akhirat sahaja. Kerana bukan kita yang menciptakan dunia, diri kita, atau masa kita, dan kita tiada pilihan untuk menentukan kita berada di mana.  

Lahir-lahir ada yang kaya, lahir-lahir ada yang miskin papa. Ada yang berusaha, jadi lebih baik. Ada juga yang berusaah, bertambah buruk.

Hanya perancangan di tangan kita, tetapi ketentuan itu di ‘tangan’ Allah taala.

Keadaan baik di dunia belum tentu di sana. Dan keadaan buruk di dunia, belum tentu jua buruk di sana.

Selagi manusia itu sentiasa berharap kepada Allah dan beriman kepada Dia, selagi itu masih ada peluang menuju kebahagiaan yang kekal di sana.

***************

Kenapa berkata begini?

Kerana marasakan risau akan sesuatu.

Iaitu, hari ini tiada lagi orang yang suka menyebut perkara agama. Susah sangat, walaupun dia itu belajar atau mengajar agama.

Apabila diajar atau belajar, itulah yang akan dibicarakan. Tetapi, habis sahaja proses tersebut, kembali kepada asal, seperti tiada kesan.

Sehingga boleh dikatakan sebagai hanya untuk pengisian masa, program tahunan, atau halwa telinga.

-sedangkan esiapa yang benar-benar yang berpegang kepada agama, ia akan mampu mengubah manusia.

 Oh, agama!

Hakikatnya,

agama itu bukan begitu!

Tiada wahyu yang turun kepada para nabi, tiada nabi yang menyeru, tiada al-Quran dan hadith yang mencatat, dan tiada sebarang sumber utama ajaran ad-din Islam,

Yang menyatakan

 AGAMA ITU PERLU DIASINGKAN DARIPADA KEHIDUPAN.

Allah menyeru manusia kembali kepada Dia. Sedangkan kehidupan dunia menyeru manusia supaya sentiasa mengejar dan mencari Dia.

“Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.” (Ar-ra’ad:28) .

“Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi.” (Riwayat ad-Dailami).

Para nabi Allah menyeru manusia mentauhidkan Allah, mengingati hari kemudian. Sedangkan dunia menyeru untuk sentiasa sujud dan mengikut perubahannya.

“Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (sahaja yang layak disembah), dan jauhilah Thaghut itu” (Surah An Nahl:36)

Al-quran dan hadith menyeru supaya setiap manusia itu sedar dan matlamatkan akhirat baru berjaya. Tetapi dunia menyeru kejayaan apabila menurut sahaja tipu dayanya.

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah Al-An’Am ayat 32)

Islam itu….

Datangnya dari Allah, para nabi, al-Quran, dan hadith.

Inilah sumber utama kedatangan cahaya Islam, yang mewujudkan penyeruan pada kalimah syahadah.

Bukannya datang melalui mimpi, atau sihir, atau buku, atau idea orang tertentu, atau kerana suasana ketika itu.

Sumbernya autentik berdasarkan wahyu dan ada orang yang menyeru. Dan, setiap orang yang benar-benar berpegang kepada iman, amal, dan Islam, akan jelas terpampang hakikat kehidupan, dan ke manakah hala tujunya hari ini atau masa akan datang.

Kerisauan ini….

Hanya ternoktah di atas kertas ini. Selagi tiada manusia yang berani untuk berkata dan menyampaikan kepada orang yang perlu memahaminya.

Sesiapa sahaja di dunia ini tidak akan mengenal Allah, sunnah Rasulullah, pentingnya berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah,

Selagi tidak mahu dan mampu menyampaikan dan berkongsi peringatan ini.

Selagi hati terpaut pada apa yang mampu dilihat, dirasai, dipegang, dan dimiliki,

Berbanding janji Allah kepada apa-apa yang bakal dimiliki dan terus kekal dimiliki di akhirat nanti.

        Allah…

  • Tidak memerlukan manusia. Tetapi, manusia itu yang memerlukan Dia.
  • Apabila mengharapkan sesuatu, sama ada upaya atau tidak menyampaikannya, berdoalah kepada-Nya. Jika Dia berkehendak, tentu Dia akan memakbulkannya. Jika tidak, pasti tidak akan sampai walaupun terasa berupaya.
  • -Terima kasih-

 

Advertisements

3 responses

  1. Kerisauan terhadap perkara2 duniawi menunjukkan kurangnya iman atau kepercayaannya terhadap Qada’ dan Qadar(penentuan) Allah manakala kerisauan terhadap perkara2 ukhrawi(yang bersangkutpaut dengan Akhirat) seperti kerisauan bahawa amalan belum lagi cukup dan hati belum lagi ikhlas, mendorong seseorang itu untuk berusaha mencapai kebahagian dan kejayaan haqiqi di Syurga Firdaus kelak InshaAllah

    1. Tambahan:
      Tetapi jangan sekali-kali bersangka buruk kepada Allah kerana Dia berada bersama sangkaan hambaNya terhadapnya.

      1. Terima kasih.

        Peringatan yang bermanfaat dan sangat baik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: