Harga Sebuah Pengorbanan.

Suatu ketika, seorang budak kecil berkata kepada ibunya,

“Ibu, kenapa ayah setiap hari pergi bekerja? Petang balik, esok pagi pergi lagi. Ayah tak penat ke? Amin teringin nak bermain bersama ayah lama-lama…”

Ibunya terdiam.

Seketika kemudian, ibunya menjawab,

“Amin, ayah pergi kerja untuk kita sekeluarga. Nak tengok Amin senang, gembira. Dapat makan cukup, dan boleh pergi sekolah dengn baik. Kalau ayah tak pergi kerja, macamana ayah nak cari duit nak bagi Amin makan dan pergi sekolah? Sebab itu Amin kena belajar pandai-pandai, baru ayah dan ibu rasa gembira melihat Amin pandai dan berjaya. Lagipun, ayah pergi kerja sekejap sahaja kan? Nanti petang dia balik lah.”

Amin menggangguk tanda setuju. “Ya, ibu. Amin akan berusaha bersungguh-sungguh sampai berjaya!”

 

Usaha tangga kejayaan.

Bagi mendapatkan sesuatu perkara, setiap orang memerlukan usaha dan pengorbanan. Tidak kira atas perkara kecil atau besar, tanpa usaha pasti tiada hasil untuk digapai.

Ingin membeli kasut, kena ada wang dan kedai. Tanpa wang atau pergi kedai, tiada kasut ynag boleh diveli, tiada orang apa yang dihajati di hati.

Ingin berjaya dalam pelajaran, perlu bersungguh-sungguh belajar dan berdikari. Rajin membaca bahan rujukan dan nota, berjumpa guru atau pensyarah, dan bersengkang mata menyiapkan kerja sekolah atau assingment.

Ingin mendapat mata pencarian, perlu bekerja. Penat lelah, sakit badan dan titisan peluh adalah perkara biasa untuk meraih gaji atau mata pencarian. Jika hanya bersenang lenang, tiada wang yang dapat, membuang masa, dan kesusahan pula menimpa.

Inginkan keluarga bahagia, kena menjadi orang yang memberi, bukan sentiasa mengharap dan menerima. Kena tahu menjaga hak dan tangungjawab, bukan hanya nak senang dan suka-suka. Kena sentiasa mentaati perintah Allah dan bawa keluarga menurut jalan agama, kerana kebahagiaan sebenar bukan pada harta, keturunan, atau kecantikan, tetapi pada hati yang sederhana dan dekat dengan rahmat Allah SWT.

Semua kesenangan dan kejayaan yang ingin dikecapi kemudian hari, memerlukan usaha dan pengorbanan pada hari ini. Inginkan kesusahan pada esok hari, tak perlu buat apa-apa, biar sahaja masa berlalu tanpa henti.

 

Agama itu ialah pengorbanan.

Begitu juga berkenaan nilai dan pentingnya harga agama dalam diri manusia.

Tidak kiralah mereka itu beragama apa, agama itu hanyalah bernilai apabila mereka bersunggh-sungguh memahami apa yang ada dalam agama mereka.

Apatah lagi apabila dibicarakan tentang agama yang hak, Islam.

Islam tidak bergantung kepada bangsa, tidak juga kepada masa, suasana, masyarakt, atau status manusia.

Islam adalah universal, semua orang di serata dunia walau apa keadaannya sesuai itu beragama Islam.

Yang paling penting, ajaran Islam tidak hanya untuk memberikan petunjuk ketika manusia hidup di dunia, sebaliknya amat penting ketika manusia berada di akhirat sana.

Tiada agama yang begitu sempurna seperti Islam. Ini menunjukkan bukan manusia yang mencipta ajaran Islam.

Tentu sahaja yang berkuasa , mencipta, terus hidup, tidak akan mati, dan mengetahui segala-galanya,

Allah SWT.

 

Namun,

Kebenaran dan nilai Islam tidak dapat dirasai, melainkan seseorang itu berkorban untuk memahami dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya.

Seperti mana seorang petani hanya tahu harga pertaniannya apabila bersusah payah bercucuk tanam dan menunggu masa yang lama menuai hasilnya.

Pelaajr hanya tahu nilai pengajiannya apabila bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya.

Seorang ibu hanya merasai nilai kasih sayang kepada anaknya, apabila telah bersusah payah mengandung, penyusu, mendidik, dan membimbing anak-anaknya sehingga berjaya.

 

Hari ini

Manusia lebih memahami keperluan dunia daripada keperluan agama.

Manusia lebih sukakan kemewahan dunia, daripada kmewahan dan janji Allah dalam agama dan di akhirat sana.

Manusia lebih senang membuang masa, bincang perkara dunia, dan buat dosa daripada mengumpulkan pahala, daripada sibuk beribadah, berfikir, dan mengumpulkan ganjaran untuk dihsab di akhirat sana.

Hari manusia tidak pernah memahami Islam kerana tidak pernah terasa penting agama dalam kehidupan mereka.

Hari ini manusia lebih nampak kepentingan kerjaya, wang, dan manusia, daripada pentingnya beribadah, dan mentaatti suruhan Allah dan RasulNya.

Hari ini semua kerosakan dan kemusnahan dalam agama berlaku kerana tertipu dengan pesona dunia yang sementara, dan tidak pernah berkorban untuk memahami agama yang berada di dalam mykad mereka.

 

Janji Allah

Barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan (agama)Kami, sungguh benar-benar akan kami tunjukkan jalan-jalan Kami, dan Allah beserta orang-orang yang berbuat baik. [QS. Al Ankabut: 69]

Jadi, jika kita mahu mengetahui apa yang istimewa dan kelebihan mengamalkan Islam, bepegang dengan syariat dan mengetahui perkara hakikat kehidupan, mencapai kejayaan di dunia dan akhirat, dan mengetahuipatah makna di sebalik kebaikan dunia dan akhirat,

Kembalilah kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Berkorbanlah untuk mengamalkan agama, dan mengamalkan sunnah baginda, Muhammad SAW.

Kerana,

“Harga sesuatu perkara hanya bernilai apabila seseorang itu benar-benar berkorban untuk mendapatkan ia”

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: