Sumber kebahagiaan.

Tiada orang yang inginkan hidupnya penuh keluh kesah, susah hati, sedih memanjang, atau kecewa tiada kesudahan.

Jika ditanya kepada setiap orang, pasti semua akan katakan, “hidup ini biarlah gembira!”, “enjoylah dulu!”, nantilah dulu, kita tongok cerita ni bagi habis.”

Dan macam-macam lagi.

Semua perkara ini membawa kepada satu maksud yang sama, iaitu ingin hidup mengikut acuan keinginan yang suka, menghiburkan, dan menggembirkan.

Kerana itulah apabila berlaku sesuatu kemudaratan atau musibah, perkara yang satu itulah sentiasa difikirkan dan dipanjangkan ceritanya.

Padahal hanya satu itu sahaja yang tiba-tiba berlaku, bukan setiap hari atau setiap kali.

Kerana apa? Kerana tiada orang suka akan keadaan itu. Apabila berlaku macam-macam diluahkan menunjukkan tidak senang dengan keadaan itu.

Seperti rumah yang tenang, damai, dan tenteram. Tiba-tiba dimasuk lipas atau ular, langsung gelabah dan terlupa langsung segala nikmat dan ketenteraman (sebelumnya).

 

Di manakah kebahagiaan?

Untuk mencipta kebahagian, setiap orang ada ideanya yang tersendiri. Bagaimana untuk mencapai kebahagiaan dalam hidupnya.

Ada orang berkata, “kalaulah aku ada isteri yang cantik, manja, dan menarik, tentu bahagia hidup aku.”

Ada juga yang berkata, “Beruntung dapat lelaki kacak, tampan, berduit, dan romantik. Ah… bahagianya!”

Ada juga kata begini, “Sayang, kalau kita dapat seorang lelaki dan seorang perempuan anak kita. Sudah cukup bahagia rumah tangga kitakan?”

Ada juga yang begini, “Dengan rumah, kereta, dan berharta, barulah hidup aku akan bahagia!”

Tak kurang yang berkata seperti ini, “dengan agamalah seseorang akan bahagia. Semua yang ada di depan mata dan inginkan nafsu akan hilang, tetapi dengan agama sama ada wuju atau tidak benda itu semua, dia tetap bersyukur dan bahagia dengan keadaan yang ada padanya.”

Dan macam-macam lagi.

Perkara ini semua adalah subjektif. Bergantung kepada keadaan, tahap pemikiran, dan kedudukan seseorang.

Jika budak-budak, bahagianya dengan permainan dan bermain. Jika remaja dengan rakan-rakan dan hiburan. Jika dewasa dengan pasangan hidupnya, kerjaya, dan keluarga. Jika sudah lanjut usia, bahagianya bila anak-anak mengambil berat dan menjaga makan minumnya.

Ini lumrah dan fitrah. Semua orang inginkan perkara yang sama.

Sumber kebahagiaan.

Oleh itu, sumber kepada bahagia boleh dibahagikan kepada dua bahagian.

1)      Bahagia sementara

2)      Bahagia selama-lamanya.

Bahagia sementara ialah bersifat sementara. Bila tak dapat itulah yang dicari, bila dah dapat pertama kali disukai, bila dah lama terasa pudar dan hilang bahagianya. Bahagia sementara bersumberkan pada  apa yang disukai oleh nafsu dan diperolehi oleh pancaindera. Perkara ini telah dihuraikan sebanyak 8 perkara, seperti mana dalam firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai…” (Surah at-Taubah:24)

Manakala bahagia yang selama-lamanya akan kekal selama-lamanya. Bukan sahaj tiada penamat, malah bertambah sehingga tiada penghujungnya. Kebahagiaan ini wujud dalam ketaatan kepada agama mutlak milik Allah SWT. Dengan agamalah manusia boleh bahagia dnegan keadaan yang tiada penghujungnya.

Dengan adanya lapan punca bahagia sementara menambah baik bahagia yang dimiliki oleh hatinya. Jika tiada lapan perkara itu tidak goyah kebahagiaan yang wujud di dalam hatinya.

Jika bahagia sementara itu terletak pada emosi dan perasaan, bahagia selama-lamanya terletak pada hati yang diselaputi oleh cahaya iman.

 

Berada di jalan Allah

Allah SWT yang Maha Kaya dan Maha Terpuji membimbingku mengenal akan perkara ini. Dibuka pintu hati mencari makna kehidupan dan merungkai persoalan bahagia dalam kehidupan ini.

Sepanjang berada di jalan Allah, terasa begitu tenang, tenteram, dan jiwa ini terasa penuh dengan rasa bahagia dalam pelukan iman dan Islam. Terasa damai kehidupan ini dengan pelbagai zikir dan fikir, ibadah dan dakwah menuju Allah SWT.

Sepanjang berada di jalan Allah, bukan aktiviti yang dijadikan persoalan. Tetapi, iman itu yang ingin dipertingkatkan.

Bina yakin yang sohih dan benar kepada Allah. Merasai kemanisan iman dan menghayati keindahan yang wujud dalam agama berdasarkan titah dan sunnah baginda SAW.

Mengingati akhirat bukan sekadar renungan. Tetapi sebagai impian dan cita-cita, kerana tiada orang boleh menyangkal mukjizat al-Quran dan kekalnya sejak lebih 1400 tahun lagi (ada kitab dunia kekal satu persatu huruf dan maknanya seperti kalamullah ini?).

Dengan amalan dakwah, taklim (belajar), ibadah, dan khidmat sebagai modul utama, semua orang merasai nikmat sebenar dalam agama, yang sebelumnya dah tahu tetapi tiada kekuatan untuk mengamalkannya.

Sehingga ada yang menangis rasa terharu, teruja. Ada yang ingin menambah hari di jalan Allah kerana terbina suasana semua orang mengingati Allah SWT.

 

Bahagia di hati

Ketika inilah,

Daku menyelidiki kedudukan hati. Ah… bukannya senang nak kesan kedudukan hati.  Sudahlah tak dapat dilihat dan diketahui. Hati yang benar hanya boleh dihuraikan apabila telah bersih dan kekal melihat Dia. Jadi, inilah masanya yang benar dan diperlukan!

Menyelidiki kedudukan bahagia.  Di manakah bahagia pada hati, dan apakah pula bahagia pada nafsu.

 

 

Akhirnya daku temui jawapan. Jawapannya, seperti yang dihuraikan secara ringkas dan padat pada nukilanku di atas.

Justeru,

“Jika benarlah manusia itu mencari jalan menemui kebahagiaan yang dicintai Allah, maka janganlah ragu dan keliru untuk berdoa dan mengharapkan dipilih berada di landasan Allah bersama.”

Insya-Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: