Ilustrasi kebimbangan.

Suatu ketika,

Ada terfikir ingin menulis karya dalam bentuk novel.

Maksudnya,

Cerita fantasi, berangkai, dan berterusan.

Kalau orang baca pun boleh berangan-angan (padahal imaginasi penulis je. Bukan betul pun.)

 

Ada sekali try buat.

Pada tajuk Austrika.

Tetapi, setelah masa berlalu dan berlalu….

Daku tak dapat meneruskan lagi karya itu.

Sebab apa?

Tak ada idea nak menulis macam itu.

 

Menyelidik diri.

Daku menyelidiki kebolehan diriku.

Bolehkah daku menulis dalam bentuk karya ini?

Berjaya atau gagal untuk meneruskan kesinambungan kisah yang diimaginasi ? yang tentu setiap hari kena berada pada fikiran dan olahan cerita yang sama.

Fikir punya fikir,

Selidiki punya selidik,

Rupanya-rupanya tak boleh.

 

Kenapa tak boleh?

Hal ini ada beberapa perkara.

Pertama,

Daku menulis apa sahaja yang bermain di kepala.

Maknanya, kalau hari ini fikir tetnang perkara ini, daku tuis tentang perkara ini. Kalauesok fikir atas perakra lain, daku tulis akan perkara lain.

Jadi, fikiran yang berbeza sudah tentu setiap karyanya juga berbeza.

Tak sama.

 

Kedua,

Daku menulis berdasarkan hati.

Apabila berkaitan penulisan hati, lagilah cepat berubah. Bukankah hati itu mudah berbolak balik.

Malah, penulisan hati ini pelik sedikit.

Sesuatu yang bukan dalam tanganku sendiri untuk perancangan dan penentuan.

Ada kuasa lain yang mengawal ia.

Cukup dalam dan terlalu sukar untuk dicapai melalui kata-kata dan tangan berbicara.

Biarlah Allah SWT yang Maha Mengetahui menentukan ia.

Biarlah aku sendiri yang merasainya.

 

Ketiga,

Tak pandai la nak bercerita.

Lebih suka menulis berdasarkan luahan (nak pakai mulut tak pandai), pandangan atau kritikan atas sesuatu perkara.

Terutama yang berkaitan kebesaran Allah, ad-din Islam, dan sebagainya.

Nak tahu lebih lanjut, semuanya terkumpul dalam blog ini.

Dan itulah bentuk pemikiran daku atas sesuatu perkara.

 

**********

Ilustrasi kebimbangan.

 

Anda bimbang?

Pernah terasa risau akan sesuatu perkara?

Takut akan berlaku sesuatu yang tidak diingini?

Tak tahu bagaimana ingin menghadapi keadaan yang tidak menentu?

 

Sekiranya itu yang bermain di kepala anda,

Anda adalah manusia yang normal.

Kerana,

Memang fitrah manusia wujud perasaan risau atau bimbang. Tanpa perasaan ini, anda bukanlah sejenis makhluk yang bernama manusia.

Mungkin robot, tumbuhan, atau batu yang tiada emosi menggambarkan apa yang terukir di hati.

Tetapi,

Bimbang itu perlu dikawal. Jika tidak, ia akan memudaratkan anda kembali.

 

Kawalan emosi.

Kawalan itu terletak pada emosi anda. Bijak anda mengawal emosi, tenang dan kuranglah level skala rithcer kemudaratan pada tahap kebimbangan anda.

Untuk mengawal emosi, ada beberapa cara.

1)      Melalui pengalaman hidup. Dengan pengalaman semua orang makin matang menghadapi kehidupan. Bila makin matang, tak adalah terasa sangat bimbang akan sesuatu perkara, melebihi tahap sepatutnya.

Semua orang boleh menghadapi keadaan seperti ini.

2)      Melalui riadah, suasana berbeza, dan buat perkara yang mengurangkan/menghilangkan kebimbangan anda. Dengan buat beberpa perkara ini, tetnu anda semakin nikmati kenikmatan hidup sama ada bergaul, bermain, atau berbual dengan teman rapat atau sahabat handai.

Dengan ini, anda berjaya mengawal kebimbangan yang wujud dalam diri (kadang-kadang hanya mainan fikiran atau bisikan syaitan. Azubillahiminasyaitan nirrajim.)

3)      Melalui amalan yang mendekatkan diri dengan Allah. Percayalah kata-kataku ini, apabila anda betul-betul dekat dengan Allah melalui amalan yang diredhai olehNya, pasti ketenangan akan kembali pada jiwa anda.

Anda kenal dan faham erti redha dan tawakal kepada Allah.

Anda sedar apakah erti usaha, dan doa kepadaNya.

Namun, bukan semua orang mampu buat perkara ini, melainkan orang yang benar iman dan mendapat taufik olehNya untuk melakukan ia.

Yang paling utama ialah solah. Ini yang paling mujarab boleh daku sarankan. Kerana dalam solah terdapat bacaan al-Quran, zikir, dan doa. Dalam solah, terus hubungan manusia dengan Allah SWT.

Allah sangat memerhati orang yang solah khusyuk kepadaNya. Yang Maha Menguasai, Maha Raja, dan Maha Pengasihani bersedia mendengar rintihan dan aduan anda ketika solah dilakukan hanyalah kepadaNya.

Rugilah orang yang suka-suka meninggalkan solah. Sungguh, hidupnya tidak akan tenteram (dan tak akan kenal erti kehidupannya) sampai bila-bila.

Kemudian, hiasilah dengan amalan lain seperti baca yaasin pagi dan petang, al-Quran, zikir khusus, dan banyakkan berdoa kepadaNya.

Insya-Allah, anda akan merasai kebimbangan itu lentur, dan kembali tenang seperti sedia kala.

Salam ketenangan.

Dari manusia yang mengharapkan keredhaan Allah.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: