Dunia dan akhirat

Dunia sedang begelojak sekali lagi.

Tetapi, bukan satu negara, tetapi tiga negara berterusan dilanda peperangan.

Jika dulu Gaza di Palestin, kini kerakyatan Rakhine di Myanmar, dan Rakyat seklai terlibat konflik peperangan yang sama, tetapi tujuan yang berbeza.

Hakikatnya,

Dunia ini sentiasa berada di ambang peperangan. Tetapi, fokusnya tidak lagi ke arah situ.

Cubalah teliti sejarah dunia. Dari zaman perang dunia kedua sehingga sekarang, mana negara yang tiada peperangan?

Peperangan sentiasa berlaku. Hanya bukan berterusan, tetapi pada waktu-waktu tertentu.

Namun, yang menutup atau menghijab manusia dari terus melihat isu ini ialah apabila macam-macma lagi perang keseronokan duniawi melanda diri.

Hiburan, sukan, fesyen, teknologi, internet, globalisais, modernisasi, dan macam-macam lagi,

Inilah yang menutup mata manusia dari melihat apa yang melanda dunia pada hari ini.

Manusia jadi lalai dan leka. Apabila berlaku musibah atau gejala tak diingini depan mata, barulah tersedar sekejap dari tidur yang lama.

***************

Sebenarnya, tentang perihal dunia dan akhirat telah banyak daku hurai dan nukilkan di sini.

Telah banyak nukilan yang direkodkan sepanjang daku menulis di laman ini. Lebih daripada lima jenis nukilan. Boleh semak kembali dengan menulis “ dunia” atau  “akhirat” dalam ruang serach di sebelah atas kanan home website ini.

Kesedaran akan kehidupan.

Namun,

Daku tidak pernah rasa puas untuk bercerita, mengingatkan, dan menulis akan perkara ini sehinggalah hari ini.

Mengapa?

Ada banyak perkara. Dan perkara ini daku sangat ingin setiap manusia sedar akannya.

Terutama kepada mereka yang sentiasa menatap website dan mengenali penulis website ini.

1)      Ingatlah. Kehidupan di dunia ini tak lebih seperti meneguk air di dalam laut.

Minum air laut tak pernah puas diminumnya. Sebab itu orang yang lemas atau tersesat di lautan dilarang minum air laut, nanti bertambah dahaga. Sedangkan air laut paling banyak kalau nak minum.

Cakap nak dapat setakat RM100 sahaja, esok lusa tambah usaha lagi dengan katanya, “RM100 tak cukup ma…”

Tak puas punya.

2)      Mengingatkan dunia ini hanya sementara.

Yakinlah kata-kataku ini, dunia ini hanyalah sementara. Sekejap sahaja. Hanya seperti mimpi yang menanti masa orang bermimpi bangun kembali.

Bila memikirkan sesuatu perkara itu hanyalah sementara, mengapakah peru bersungguh-sungguh seperti  hidup kekal selama-lamanya. Kalau yang dicari dan dianggap kekal itu tetap bersamanya ketika dia meninggal dunia tak mengapalah. Malangnya, semuanya yang dicari-cari itu tak akan ikut punya apabila dikuburkan nanti.

Buktinya, cubalah buat. Harta, wanita, pangkat, kereta, motor, rumah, tanaman, haiwan, dan macam-macam lagi itu ikut ke tidak.

3)      Mengingatkan kepada diri sendiri dan orang lain yang memerhati agar tidak mencintai kehidupan dunia ini.

Benar, dunia ini indah. Daku sendiri mengakuinya. Nikmat di dunia ini menyeronokkan, daku pun ketahuinya. Tetapi, nikmat di dunia ini tak kekal sebenarnya. Apabila tak kekal, daku hanya mengambilnya sekadar yang diperlukan, dan menanam cita-cita untuk mendapatkan yang kekal.

Apakah yang kekal? Itulah nikmat akhirat.

Terus kekal berkekalan. Bukan itu sahaja, bertambah dan terus bertambah tiada penghujungnya.

Dan, inilah yang diseru oleh Allah kepada sekalian manusia. Haraplah kehidupan akhirat bukan harapkan kehidupan dunia.

Daku bukanlah menafikan adanya keseronokan dan kegembiraan nikmat duniawi. Tetapi, bukan itu tujuan utama yang daku cari.

Sekiranya ada nikmat yang dikecapi di dunia ini, daku hayati dan hargai ia dengan sebaik-baiknya. Ini menandakan kesyukuranku kepada Allah yang telah menciptakan semua nikmat-nikmat ini dan betapa nikmatnya ia.

Apa-apa sahaja. Asalkan ia halal dan diredhai Allah SWT.

Tetapi, yang daku cari dan cita-citakan ialah nikmat ukhrawi.

Dua dunia yang sangat berbeza.

Cuba teliti akan perkara ini. Cuba lihat betapa sempitnya dunia ini berbanding akhirat.

Di dunia ini, semua kebaikan dan keburukan diletakkan dalam satu tempat. Di dunia ini, kebaikan ada, keburukan pun ada.

Tetapi di akhirat, kebaikan dan keburukan dipisahkan. Satu tempat hanyalah untuk kebaikan, dan satu tempat hanyalah untuk keburukan.

Tak akan sama sekali bercampur, saling terpisah selama-lamanya.

Yang baik tempatnya dinamakan syurga. Yang buruk tempatnya namanya neraka.

Pada artikel ini, daku tak ingin menceritakan betapa azab dan pedihnya seksaan neraka. Hal ini kerana secara logiknya manusia sukakan nikmat dan keseronokan, mana ada orang yang hidupnya nak susah dan sakit sampai bila-bila.

Pada artikel ini juga, daku tidak ingin menceritakan apa ke dalil, bukti dan hujah berdasarkan al-Quran dan hadith. Perkara ini semua jelas dan dibentangkan oleh ulama’, dan macam-macam penceramah. Pelbagai buku dan artikel yang telah dihasilkan menceritakan perkara ini.

Apa yang daku nak sampaikan di sini ialah apa yang menjadi impian semua orang. Logik, perhatikan, dan bandingkanlah sendiri dengan kehidupan anda di dunia ini.

Alangkah nikmatnya di sana!

Sesungguhnya,

Dalam al-Quran, Allah SWT hanya berfirman dengan mengisahkan antara nikmat yang biasa nampak di mata atau apa yang fitrah semua mengkehendaki ia. Contohnya makan dan minum, keindahan alam, rumah, isteri, anak-anak, dan lain-lain lagi.

Tentang apa yang diingini oleh setiap orang tidak diberitakan. Tetapi, apa sahaja yang dihajati di dunia ini, ada di akhirat nanti. Malah, bertambah-tambah kenikmatannya sebagai ganjaran kesabaran dan keimanan mereka kepada Allah, Rasul, dan hari kemudian.

Nikmat akhirat berpanjangan dan tiada penghabisan. Nak diceritakan tak akan habis punya (sebagaimana manusia tak puas cerita tentang perihal dunia mereka.) Cuba bayangkan, dengan hanya melihat pintu gerbang syurga boleh termenung dan asyik sampai terlupa nak masuk ke dalamnya. Bukan sekejap termenung, berpuluh-puluh tahun! (ada yang mengatakan 40 tahun!) itu baru pintu gerbang, belum berada di dalamnya lagi.

Diceritakan sungai di syurga ada 4 jenis, iaitu sungai arak, susu, air jernih, dan madu. Arak pula diminum tak mabuk kerana pastinya bukan daripada air kencing syaitan, tetapi dari khazanah Allah SWT. Malah, jika difikirkan betapa indahnya dan cantiknya sungai kat dunia ini, tak pernah wujud sama sekali sungai arak, madu, atau pun susu.

Jika diceritakan tentang tempat tinggaL, al-Quran tak membayangkan rumah, tetapi mahligai atau istana. Diperbuat daripada permata, yakut, marjan, dan lain-lain lagi. Huh, sehebat manapun orang menciptakan istana di dunia tak pernah wujud orang buat daripada bahan macam ni. Paling kurang ada lah sekeciput buatan daripada emas. Itupun sedikit, takut nanti kena curi.

Jalan di syurga tak main lah kereta, dan diperbuat daripada besi. Semuanya hidup dan tak ada yang tiba-tiba perlu maintenance atau emergency.

Lebih pantas dan tangkas daripada mercedes, BMW, atau ferrari. Lebih dahsyat dan handal daripada transport superhero bayangan dan imaginasi dalam TV.

Nak cerita tentang bidadari, hhhmm…lagilah…

Para wanita tidak perlu berasa dengki, cemburu, dan iri hati apabila daku kisahkan ia di sini. Perkara ini bukankah hanya menjadi tatapan dan bayangan kepada lelaki. Semua orang kena sedar tak kisah lah wanita atau lelaki.

Lelaki boleh menerima nikmatnya, wanita pun sama. Bukankah Allah itu Maha Adil. Lihatlah dengan akal, bukan dengan emosi.

Kerana, di syurga bukan macam dunia. Semua nak dengki, iri hati, cemburu, dan itu ini. (wanita di syurga pun tidak dengki dengan anda yang berkahwin dengan suami mereka di sana, mengapa anda ingin dengki pula bila dengar cerita bidadari di sana?  Malah suruh jaga baik-baik di dunia, jangan pandai-pandai herdik, cerca, dan menyushakan mereka.)

Siapa yang menjadi isteri solehah, kelak di syurga diberikan pangkat isteri utama si suami, dan ketua kepada segala bidadari.

Lebih cantik, rupawan, jelitawan, dan apa-apa lagi wan yang tiada bandingannya dengan bidadari di syurga.

Ini kerana wanita yang hidup di dunia ini telah diuji dan didatangkan pelbagai perkara sebelum layak menjadi penghuni syurga. Jadi, sememangnya anda perlu lebih baik sebagai makhluk ciptaan Allah apabila layak ke syurgaNya.

Bukan itu sahaja, para bidadari (isteri lain si suami) itu adalah teman yang rapat denganmu, bukan nak bergaduh itu laki aku, giliran aku macam dunia ini.

Allah SWT yang menciptakan perasaan, telah lenyapkan segala dendam dan keburukan hati manusia di sana nanti.

Jika tak berkahwin dan temu jodoh di dunia ini, andalah yang beruntung di sana nanti. Anda boleh pilih laki mana yang disukai, atau anda boleh minta pada Allah lelaki mana di hati. Adakah mustahil bagi memenuhi keinginan hamba-hamba-Nya yang berjaya di tempat yang terbaik di sisi-Nya?

Bagi lelaki,

Bidadari anda di syurga adalah wanita yang tiada dalam hatinya melainkan anda. Mereka tiada langsung kekurangan dan kelemahan. Sentiasa setia dan taat kepada anda.

Walaupun di dunia anda tak kacak, rupawan, miskin, bujang, dan tiada orang pandang, di syurga anda layak menerima bidadari yang anda bayangkan dan idam-idamkan.

Malah kekurangan dan kelemahan anda dahulu telah tiada malah bertambah-tambah kelebihan.

Yang penting, kena jaga iman dan kumpul banyak-banyak amal sebagai bekalan ke sana.

Bidadari syurga,

Sekali menitis air liurnya di muka bumi, bersinar seluruh bumi. Diciptakan dari pelbagai perhiasan dan permata syurga, yang daku pun tak pernah lihat kat dunia ini.

Degupan hatinya hanya ada nama sumianya. Setiap kali jantungnya berdegup, nama si suami terpampang dalam degupannya (masih tak berbangga dan gembirakah si suami?).

Rupanya manis, matanya jeli, dan hatinya bersih. Sudahlah jelita, cantik, dan setia, malah sentiasa menanti dan menunggu kedatangan suaminya dari dunia.

Mereka tak akan mengherdik, menjerit, dan memperli suaminya. Mereka tidak akan merajuk, buat muka seposen, dan melihat lelaki selain selain daripadanya suaminya.

Bilangan mereka bagi si suami, entah, tak boleh kira kerana ikut amalan si penghuni syurga ketika di dunia.

Paling kurang, tak silap dua orang sebagai peneman anda di syurga.

Jika anda ada ciri-ciri tambahan, boleh senaraikan. Insya-Allah, Allah SWT akan tunaikan.

Hanya, perlulah anda sentiasa beriman dan bertakwa kepadaNya.

ini semua melibatkan zahir. jika nak beritahu tentang perkara batin, carilah sendiri. (Yang zahir pun jelas terbaik, inikan pula perkara batin…)

Nasihatku.

Dalam setiap hati para anbiya’ dan kekasih Allah, kecintaann kepada duniawi antara perkara yang paling utama sekali mereka akan jauhi dan ingkari.

Walau Nabi Daud dan Nabi Sulaiman itu raja dan menguasai sekalian makhluk dan kerajaan, di hati mereka tiada rasa bangga dan megah. Mereka laksanakan sebagai tangunggjawab dan amanah. Semakin    bertambah ketakutan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Walau Nabi Isa ialah orang biasa yang miskin dan tidak berharta, tidak pernah baginda a.s. menyerahkan kehidupannya kepada dan berputus asa daripada Allah SWT.

Walau bagaimanapun  keadaan mereka tidak pernah mereka letakkan kecintaan duniawi dalam peribadi. Iman kepada Allah tidak pernah berubah.

Jadi,

Jadikanlah dunia ini sebagai tempat mencari bekalan menuju akhirat. Bukannya bekalan dunia untuk kehidupan dunia, akhirat….. tak payah fikir la…. (Nauzubillah.)

Jadikanlah dunia sebagai jambatan menuju akhirat. Oleh itu, penuhilah kehidupan ini dengan amalan dan keimanan, kerana inilah kenderaan yang membawa kita menuju akhirat dengan selamat.

Jadikanlah dunia ini sebagai barang yang dijinjing di tangan, dan akhirat itu barang yang dijunjung di kepala. Apabila barang di kepala tak stabil atau nak jatuh, lepaskanlah barang di tangan agar barang di kepala tetap stabil pada keadaannya kembali. Bukan dibiarkan jatuh pecah berderai tak berguna lagi.

Jadikanlah kehidupan dunia sebagai apa yang berada di genggaman anda, dan kehidupan akhirat sebagai benda yang berada di hati anda. Yang berada di genggaman perlu di tanggung jawab, yang berada di hati perlu ditanam dan dirindukan.

Hiduplah di dunia ini dengan rasa syukur dan qanaah. Tetapi sentiasalah usaha untuk di akhirat nanti dalam keadaan tamak dan tak pernah puas. Kelak, yakinlah. Pasti akan terasa rugi jika kedua-dua sifat ini berubah pada tempat sepatutnya.

Hiduplah di dunia ini dengan senang dan memudahkan orang lain. Carilah rezeki secara halal dan berilah kepada orang yang memerlukan. Janganlah disusahkan diri dengan rasa ingin zuhud dunia tetapi tak faham prinsip dan tindakannya. Perkara zuhud daku telah jelaskan dalam artikel terdahulu di sini.

Carilah rezeki dengan tangan anda sendiri. Walaupun anda tidak memerlukan, tetapi fikirlah orang di sekeliling anda yang memerlukan. Berilah kepada mereka kerana itu lebih baik daripada biarkan mereka berkeadaan seperti anda. Iman manusia tak serupa, keupayaan setiap makhluk tidaklah sama. Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima?

Janganlah pentingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain.

Sekian sahaja dahulu.

Tiada nilainya artikel jika setiap hati yang melihat tidak pernah mengambil ikhtibar, dan tahu bahgaimana untuk beramal dan menyampaikan.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: