Senyum pun doa kan?

 

Hhhmm…

Tak ada nak serius sangat hari ini. Daku sekadar nak berceloteh atau sembang-sembang santai di dalam laman ini.

 

Maklumlah kan,

Dah banyak input yang berat dan membebankan kepala diinputkan dalam laman ini. Dah banyak rambut gugur, dahi berkerut, mata berkelp-kelip, hati membimbangkan, dan tangan menggenggam bila menatap laman ini.

Jadi, pagi Jumaat yang mulia dan penuh kerahmatan ini,

Daku nak kita sama-sama membuka hati dan mata, melapangkan nafas dan dada, dan memanjatkan syukur kepada Allah SWT.

Baiklah.

Hari ini,

Daku nak semua orang rasa terhibur di hati.

Aapbila melihat laman ini di pagi hari,

Bagai air yang sejuk  dan tenang sedang mengalir di dalam diri.

Damai, bahagia, dan sentosa.

Jasad merasai kenikmatan ini,

Jiwa melafazkan syukur kepada Ilahi.

Take your time. Relax, dan not to be harsh.

 

Ok, dah tenang?

Sekarang, senyumlah sendirian. Muka tersenyum, fikiran memainkan saat-saat indah yang mengimbau senyuman.

Teruskanlah. Kerana dengan senyuman anda sahaja telah merawat jiwa anda yang serabut dan kelam kabut hari ini.

Sudah lakukan? Jika belum, jangan ditunda lagi.

 

Kemudian,

Tarik nafas perlahan-lahan, kemudian hembuskan perlahan-lahan. Lakukan 3-4 kali.

Setiap kali hembusan, lafazkanlah alhamdulillah, kerana Allah masih memberikan nikmat udara dan nyawa sehingga ke hari ini.

“Alhamdulillah….”

 

Baiklah.

Sekarang tentu anda terasa tenang bukan?

Dan ketenangan itulah yang daku perlukan kepada semua orang pada pagi hari ini.

(kalau nak lebih, lepas nih pegi ambil wudu’ dengan sempurna, solat dua rakaat. Sujud terakhir, panjangkan sujudnya sehingga seperti anda bercakap-cakap dengan manusia Allah Taala. Pasti tenang punya!)

 

Senyuman itu pengubat jiwa

Walaupun penulisan daku ini kebanyakannya berat, susah nak pick up, dan terlalu ‘high’, sebenarnya daku bukanlah pula orang yang terlalu professional, kritis/kritik pemikirannnya, sembang kena berzikir selalu, atau penuh dengan ‘rohaniat’

Cuma, setiap penulisanku itu menunjukkan apa yang sebenarnya jati diri dan jiwaku. Apakah yang disenangi, bermain di fikiran, dan menjadi percakapannya selalu.

Biasalah… jiwa penulis.

Daku hanyalah manusia biasa, yang pastinya hamba Allah Taala.

Jadi,

Kadang-kadang gembira, sedih, kcewa, dan terhibur. Itu adalah perkara biasa bagi fitrah manusia.

Yang paling suka, melihat orang lain tersenyum dan gembira. Hatiku pun turut gembira. (asalkan tak berlebihan sudah la kan..)

Sebab itulah senyum itu ubat hati. Rasa sempit, kecewa, atau gelisah akan beransur hilang apabila seseorang itu mula membuahkan senyuman dan ketawa di bibir. Dengan senyuman (walaupun senyum kambing) sahaja hati sudah berubah, dengan senyuman sahaja wajah akan ceria.

“Tak cantik la masam-masam macam ni. Senyumlah sedikit. Haa… kan manis sikit..”

Jadi, senyumlah sentiasa. Jangan bermasam muka ya!

 

Doa itu kekuatan mukmin.

Ini perkara lain pula. Kekuatan doa dalam kehidupan.

Sebenarnya, ramai dah tahu akan perkara ini. Malangnya, lagi ramai yang faham perkara ini.

Kalau faham, semua orang pakat doa banyak-banyak, lama-lama, macam-macam depan Allah SWT, terutama ketika solah fardu. Tetapi, nyata singkat dan ringkas dalam doa saban hari. (Tetapi, bila minta kat manusia, macam-macam. Kalau tak dapat hari ini, esok sambung lagi.)

Lihat sahaja keadaan ini, dah menunjukkan tahap keyakinan kita keapda Allah dan perkara ghaib. Sikit sangat. Macam nak cukup syarat jadi muslim.

Tetapi…

Bagi seorang yang berIMAN dengan ALLAH, bukan macam tu keadaannya.

Kalau boleh nak sentiasa berdoa.

Walaupun sekadar, “Alhamdulillah,” dan tutup dengan, “Rabbana aatina…. sehingga Rabbil a’lamin.” (tak sampai seminit.)

Kerana orang yang beriman/mukmin, yakin Allah sedang memerhatikan dia. Jadi, sebaik-baik perhatian ditumpukan ketika meminta kepadaNya.

Satu perkara lagi,

Daku yakin jua akan perkara ini.

Seseorang itu berjaya, cemerlang, dipermudahkan, dan ditunjukkan jalan,

Bukan sekadar doa dan usahanya,

Melainkan ada orang yang berdoa dan turut bersama dalam tindak tanduknya.

Ibaratnya,

Jika buat kerja seorang susah, buat kerja ramai jadi mudah.

Seseorang boleh berjaya berkerja, tetapi lelah untuk mencapainya. Dengan berdua, kerja jadi mudah, dan bersemangat lagi dia untuk mencapainya.

 

Maka,

Daku ingin mengucapkan terima kasih yang terhingga kepada setiap manusia yang mengenaliku dan sentiasa mendoakan kejayaan, kebaikan, dan kesejahteraan kepadaku.

Tanpa kalian, belum tentu daku dapat capai ke tahap ini. Belum tentu dapat daku menjejaki jalan mencari redha Ilahi.

Sungguh!

Dulu, daku fikir seorang berusaha sudah cukup. Kini, baru daku kenali seroang sahabat sejati itu lebih daripada cukup.

Dia yang sedia membantu, memberikan pandangan, dorongan, sokongan, dan sudah tentunya doa yang diharapkan.

Terima kasih sekali lagi.

Kepada Allah (yang begitu hebat, agung, mulia, baik, dekat, bla.. bla.. bla…) sahaja yang layak untuk membalas jasa dan budi.

Akhir kata kali ini,

Senyum dengan ikhlas pun doa kan?

🙂🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: