Munajat Amalan Harian (1)

Sekiranya ingin dikira amalan dan munajat khusus untuk harian, tentu banyak yang boleh diamalkan. Tetapi, kadang-kadang rasa rajin, kadang-kadang rasa malas. Kerana apa? Kerana buka ada orang perintah, bukannya ada orang peringatkan.

Jadi, buat bila terasa ada kekuatan dan iman. Jika tidak… hhhmmm. Entah bilalah pula nak lakukan.

Tetapi,

Jika ada suasana, ada petunjuk, dan taufik daripadaNya, tiada apa-apa yang mampu menggugah untuk mengamalkan munajat harian ini. Malah, timbul keasyikan dan keseronokan dalam munajat pada setiap hari.

Sehingga terasa serba tidak kena jika tertinggal munajat yang dilakukan untuk hari tersebut.

Adakah semua yang disebutkan ini mustahil?

….. tidak. Tiada yang mustahil bagi Allah.

Tetapi mustahil bagi manusia yang tiada langsung keinginan dalam hatinya untuk melakukan perubahan menjadi lebih baik.

Jadi, di sini daku senaraikan beberapa amalan harian yang BOLEH DILAKUKAN setiap hari. Bukan tahap orang soleh, kekasih Allah, atau para anbiya,

Cukup sekadar orang awam yang ingin mencapai darjat MU’MININ.

 

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2rakaat & solat sunat Witirsekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

 

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

 

3. Kemudian bacalah surah Yasin– Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

 

4. Kemudian selepas 15 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

 

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan di antara jam 8-12 tghari. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan org2 yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

 

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman– Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

 

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

 

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

 

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

 

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

 

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

 

Ini baru sebahagian amalan untuk orang mu’min. Ada sebahagian lagi. Nanti minggu depan daku senaraikan di sini. Insya-Allah.

Bagi permulaan, mungkin terasa banyak (memang banyak pun). Tetapi, apabila betul-betul istiqamah, yang banyak ini tidak lagi dikira, kerana telah menjadi kebiasaan.

Tamsilannya begini. Setiap hari kerja dari pukul 8.10-5.10 petang. Dari Isnin hingga Jumaat. Cuba kira, berapa masa yang digunakan untuk bekerja sahaja?

Jawapannnya: 9 jam waktu sehari, sama dengan 45 jam untuk lima hari.

Tak banyak ke? Berjam-jam kot!

Tetapi,

Tiada pengiraan lagi bila nampak kepentingan kerja dalam kehidupan. Jika 24 jam sehari pun sanggup dilakukan olehnya.

Jadi,semuanya berbalik kepada keinginan dan taufik daripadaNya. Orang yang berkeinginan tiada yang dapat menghalangnya. Hatta untuk beberapa jam sehingga tiada masa perhitungan dalam dirinya.

Sesungguhnya, roh kepada dakwah adalah zikrullah. Dan, roh kepada kehidupan adalah ibadah kepada Allah.

 

Tips:

Cuba amalkan dulu amalan no. 1,2,4,5,6, dan7. Bila betul-betul boleh dan istiqamah lakukan, teruskan dengan amalan yang lain.

2 responses

  1. oviruses65@kiyaijr.com | Balas

    Reblogged this on parasite desires.

  2. Terimakhasih saudara ku…alhamdulillah …surah An-Naba…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: