Bimbingan Berterusan.

 

Hari ini cadang nak meneruskan sambungan bagi munajat (1) tempoh hari.

Tetapi, rasa tak jadi pula. Sebab tak semua dalam munajat (1) diamalkan lagi. Bagaimana nak amal yang kedua pula.

Jadi, ditangguhkan dahulu sehingga rasa dah sesuai dan ada peningkatan amalan pada munajat (1).

Hari ini mungkin boleh dikatakan sebagai catatan biasa-biasa. Sekadar buah fikiran dan ilham (mungkin) apabila melihat situasi dan kehidupan manusia.

 

Situasi pertama.

Mungkin pernah terdengar orang berkata berkenaan perkara ini.

“Tak mahu taat kata-kata ibu? Syurga itu di bawah tapak kaki ibu tahu…” Kata seorang ibu kepada anaknya yang memang dah baik, cuba dia tidak bersetuju dengan perilaku ibunya yang tidak suka dengan menantunya sendiri.

Atau kata-kata begini,

“Kamu tak mahu dapat Allah ke? Orang khidmat dapat Allah…” Kata seorang teman pada suatu hari kepada temannya supaya temannya itu membantu dia.

Ok. Berbalik pada situasi ini.

Situasi pertama benar keadaannya. Maksudnya, memang Allah meletakkan kemuliaan seorang ibu pada anak-anaknya kerana banyak usaha, pengorbanan, kasih sayang, dan didikan yang sepenuhnya dari seorang ibu kepada anaknya.

Tetapi, situasi di atas salah digunakan. Ini digunakan untuk kepentingan sendiri. Atau lebih mudah, pentingkan diri sendiri. Bukannya atas maslahat agama atau peranan anaknya kasar atau menantunya yang derhaka.

Jadi, orang yang menulis ini rasa teringin nak kata balik,

“Habis, ibu anak ini tak mahu masuk syurga ke? Anak dapat syurga bila taat ibu bapanya, tetapi ibu bapanya yang tak sukakan Allah (berbuat baik sesama muslim) dapat masuk syurga seperti anaknya ke?”

Situasi kedua pun benar keadaannya. Apabila seseorang manusia itu banyak khidmatnya atau membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan, maka mereka mendapat perhatian dan pandangan dariad Allah. Seseorang yang sanggup membanting tulang dan menyusahkan dirinya demi orang lain (selagi tidak menjatuhkan maruah, martabat, atau wibawanya) adalah sesuatu yang mulia di sisi-Nya.

Perkara ini jelas tercatat dalam al-Quran dan jelas ditulis dalam sirah Nabawiyah.

Malangnya, situasi di atas pun untuk kepentingan dirinya sendiri. Mempergunakan orang lain untuk kepentingannya sahaja. Sedangkan dia mampu buat sendiri-sendiri.

Malas.

Jadi, orang macam ini daku terasa nak kata,

“Habis, kamu tu tak mahu dapat Allah ke? Asyik suruh orang lain bantu, bila nak bantu diri sendiri?”

Allah SWT lebih sukakan mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah. Selagi termampu cuba. Jika tidak berdaya baru meminta bantuan sesiapa dalam kehendakNya.

Ringkas cerita, jangan menggunakan pelbagai kelebihan dalam amalan untuk kepentingan diri sendiri. Tetapi, kelebihan itu supaya setiap manusia berusaha untuk mendapatkannya, dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Bukankah semua orang perlu sentiasa TAMAK dan sentiasa mencari PELUANG untuk kehidupan akhirat?

-kehidupan akhirat bukan lagi atas takdir Allah seperti kehidupan dunia (ada yang lahir miskin, ada yang kaya. Ada yang sempurna, ada yang kurang upaya), tetapi semua terletak pada usaha setiap hambaNya untuk mendapatkan ia.

Yang kaya, jutawan, hartawan, dan lain-lain kemewahan adalah kerana banyak melakukan amalan kesukaan Allah.

Yang miskin, papa, muflis, masuk jurang neraka kerana tiada langsung amalan atau beriman dengan kehidupan akhirat.

 

Situasi kedua.

Realiti berbeza dengan idealistik.

Mungkin benar, mungkin juga tidak.

Tetapi kebanyakanya tidak.

Misalnya, idealistik nak dapat 9 A PMR (yang dah dimansuhkan). Tetapi  realitinya belum tentu lagi.

Idealistik nak dapat kerjaya yang bagus dengan result yang cemerlang . Tetapi, realitinya belum tentu lagi (ada yang result cemerlang, tetapi kerja tiada lagi atau biasa-biasa sahaja.)

Idealistik nak dapat suami yang soleh atau isteri yang solehah atau anak yang soleh/solehah, tetapi realitinya pun belum tentu lagi.

Ringkas cerita,

Setiap apa-apa yang dilakukan sekarang, itulah realiti. Apabila dikatakan realiti, usahakanlah untuk meneruskan tanpa sesekali rasa bersalah atau berputus asa kerana terasa, “Bukan ini yang aku harapkan…”

Jadi, apabila berhadapan dengan realiti, dua sifat perlu wujud.

Satu ialah sabar. Sabar kerana tidak seperti dalam bayangan atau idealistik. Sabar untuk meneruskan, bukan menahan kemarahan atau menahan gelojak putus asa.

Kedua ialah syukur. Syukur apabila perkara yang diterima hampir atau menepati idealistiknya. Syukur jua sebagai tanda terima kasih kepada orang atau sesiapa yang berkenaan dalam mencapai idealistiknya itu.

Bukan hanya yakin akan keupayaan sendiri atau melupakan orang lain yang sentiasa bersama membantu.

Terutama sekali Allah yang sentiasa melihat dan membantu walaupun manusia ramai tak tahu dan sedar akan perkara itu.

 

Situasi ketiga

Manusia ini bukanlah robot, bukanlah pula mesin automatik.

Tekan suis atau button, terus jadi.

Manusia ini ada perasaan dan akal fikiran. Akal memandu dia untuk berfikir, perasaan pula cara meluahkan apa yang terkandung di hati.

Jadi,

Dalam suatu didikan atau bimbingan kepada setiap manusia perlulah dilakukan secara berterusan. Terus lagi dan lagi, sehingga nampak suatu keputusan.

Sama ada berjaya atau gagal.

Contoh mudah, seorang guru ingin membimbing pelajarnya nak dapat straight A dalam peperiksaannya. Maka, dia mencadangkan pelbagai usaha menahan tidur, kurangkan makan, banyak belajar, dan bertanya macam-macam untuk menempa kejayaan.

Tetapi, tiada sesiapa tahu bagaimana keadaan dan usaha pelajar tersebut seperti cadangan guru. Sehinggalah hari ketentuan, iaitu medan peperiksaan. Jika gagal, masyaALlah. Jika berjaya, Alhamdulillah.

Begitu juga apabila mengharapkan seseorang teman itu berubah menjadi baik. Mungkin dirasakan banyak kebaikan jika dia berubah. Tetapi, adakah teman yang baik itu mampu mengubahnya dengan serta merta?

Tidak. Semua bergantung kepada keadaannya. Jika dia mengikut mungkin berjaya. Jika tak, entah di lain masa.

Keputusannya, apabila teman baik itu atau teman yang diharapkan itu telah pergi apabila tiba masanya.

Selagi hidup dan wujud, selagi itulah kena berusaha.

Ringkasnya,

Bimbingan itu perlukan usaha yang berterusan. Selagi terdaya dan berupaya, kena sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya.

Kalau ingin diubah mesin, ambil playar, screw driver atau alat ganti, terus boleh diubah.

Tetapi kalau manusia, perlu lagi dan lagi berusaha, sehingga ada keinginan pada dirinya dan hati telah dipilih Allah untuk berubah.

Kerana hati setiap manusia itu semuanya dalam genggaman Allah (bukankah Allah yang menciptakan semua makhlukNya?).

Banyakkan berdoa untuk orang lain atau orang yang diharapkan. Kerana, dengan doa baik dari seseorang muslim kepada muslim (atau tak –selagi hidup) adalah diaminkan oleh para malaikatNya.

Apatah lagi doa orang tua demi kebaikan dan kejayaan buat anak-anaknya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: