Antara Dosa dan Pahala.

Bukan senang pelajari ilmu jiwa.

Ilmu yang manusia boleh fikir dan buat teori guna kepala,

Tetapi tidak bagi orang bermujahadah untuk mendapatkan ia.

Macam para anbiya’, auliya’, siddiqin, dan solehin…

Tak ada buku yang tak menulis tentang ilmu ini. Bukan tak ada pengkaji atau penyelidik yang melihat akan perkara ini.

Boleh dikatakan, banyak dan berlambak. Penuh satu khutub khanah hanya kerana orang yang melihat dan menulis akan perkara ini.

Tentang penulisan atau hasil karya yang betul-betul menjurus kepada ilmu ini,

Daku suka melihat dan meneliti hasil penulisan dan karya ilmam al-Ghazali.

Kerana bagiku, karyanya bukan sekadar karya, bukan kerana inginkan kemegahan atau pangkat atau nama.

Sebaliknya, kerana dirinya ingin menyampaikan apakah yang dalam dada dan hatinya. Betapa banyak ilmu dan kebenarna yang perlu disampaikan kepada manusia.

Malah, ia ditulis berdasarkan pengalaman atau perkara yang dilakukan terlebih dahulu. Bukan sekadar teori atau fikiran yang ideal atau melulu.

Buktinya,

Karya ini diberkati Allah. Ilmunya sehingga kini (padahal sudah 1000 tahun) telah meninggalkan dunia ini.

Daku yang membaca pula,

Terasa dekat di jiwa dan hati. Terasa terkesan dan sayup angin ilmu ini meresap dalam jiwa ini.

Tetapi, entahlah pada orang lain yang tak faham apa-apa yang daku nyatakan ini.

Wallahua’alam.

***********

Lama daku merenung akan perkara ini.

Nak fahami, adakah perbuatan yang dilakukan olehku sendiri ini dalam keadaan dosa atau pahala.

Manakah kedudukannya, agar daku tahu erti redha Allah atau godaan dan tipu daya syaitan semata-mata.

Maka, daku selusuri kehidupan dan rencana kehidupanku.

Daku melihat, merenung, dan muhasabah,

Sehinggalah Allah meneribitkan ilham dan memandu hati dan akal fikiranku.

 

Dosa itu sebesar gunung!

“Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (HR Bukhari)

Bagi seorang mukmin, dosa itu dirasakan sebesar gunung yang nak menghempap di tubuhnya!

Tetapi bagi seorang kafir atau fasiq, dosa itu bagaikan lalat yang menghinggap di batang hidungnya…

Daku merenung akan intisari hadith ini. Mengapakah begini??

Maka, barulah diketahui…

Dosa atau pahaalnya itu bukanlah dinilai di pancaindera, bukanlah dinilai pada akal semata-mata,

Tetapi dinilai daripada hati (nurani) manusia.

Kenapa?

Baiklah, renungi akan firman Allah ini.

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Al Hajj : 46)

Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) daripada kesesatannya. Dan kamu tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) melainkan kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami). (Ar-Rum: 53)

Al-quran (Allah SWT berfirman) tidak menyatakan iman atau hakikat kebenaran itu dinilai dan diketahui melalui akal fikiran atau pancaindera, tetapi melalui hati yang bersih dan sentiasa melihat kebesaranNya.

Maksudnya,

Orang kafir, musyrik, fasik, dan munafiq, bukannya mereka tidak tahu Islam itu agama yang benar, atau Rasulullah itu pesuruh Allah (kerana Nabi SAW setiap hari berjumpa mereka berdakwah dan menunjukkan mukjizat dan kebenaran al-Quran),

Sebaliknya kerana hati mereka telah tertutup dari terkesan dan menyedari kebesaran dan beriman kepada Allah dan RasulNya.

 

Kembali kepada topik ini.

Begitu juga dalam soal dosa dan pahala. Orang tak akan tahu besar atau kecil, manfaat atau mudarat, baik atau buruk,

Selagi hatinya tidak pernah bersih, suci, dan taat kepada Allah SWT.

Jadi, golongan macam ini,

Tak pernah ambil kira erti dosa atau pahala. Seronok menulis, berbicara, atau melakukan sesuatu maksiat kerana hati mereka telah tertutup (atau kotor, berdebu, dan gelap kata- Imam al-Ghazali) dari merasai nikmat kemanisan iman dan bernilainya pahala yang diperlukan oleh mereka.

(sebab itulah apabila bercakap tentang agama atau keEsaan Allah, seseorang yang berdosa itu akan terasa lapang dadanya dan sejuk dalam hatinya-selagi ada petunjuk Allah lah…)

 

Macamana nak tahu sesuatu perbuatan itu dosa atau pahala?

Perkara ini tidaklah mudah. Boleh dibicarakan di sini. Tetapi tiada rasa atau tahu nilainya, selagi seseorang itu tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya dan melakukan dengan perbuatan untuk merasainya.

Baiklah, nilai dosa dan pahala itu kena buat dengan teliti.

Ada dua bahagian. Boleh pilih mana satu untuk dilakukan:

Pertama,

Anda buat banyak kebaikan, bangun tahajud (kalau tak bangun mahu ada rasa bersalah sehingga sanggup qada’), banyakkan berdoa, bersedeqah, ingat dan cakap akan kebesaran Allah dan hari akhirat.

Buat banyak kali sehingga anda istiqamah dan tidak lagi ada masa fikir dan teringin melakukan kemungkaran.

Teringat saja kemungkaran atau dorongan nafsu, terus buat baik.

Dengan cara ini hati anda akan disinari cahaya iman dan terhakis selaput dosa.

Banyakkan melakukan perbuatan ketaatan ini sehingga anda akan istiqamah dan berasa jijik dengan perkara yang Allah tak suka (maksiat dan kemungkaran).

 

Kedua,

Anda bertaubat daripada dosa yang pernah anda lakukan. Bersungguh-sungguh! Bukan main-main! Dengan taubat nasuha yang memang TAUBAT NASUHA!

Sehingga anda berasa jijik dengan kelakuan dosa anda sehingga anda rasa macam nak muntah melihat orang melakukan dosa seperti anda dulu lakukan.

Atau anda pukul dan tampar/sepaklah pipi anda sendiri bila teringatkan dosa tersebut atau ada keinginan yang kotor terhadap dosa anda (tapi janganlah melakukan sampai menderita dan terseksa-kerana badan pun ada haknya).

Kemudian, sikit demi sikit anda banyakkan melakukan kebaikan, sedetik demi sedetik, sehingga anda berjaya memperbanyak dan istiqamah melakukan ia.

 

Bezanya…

Lain kali daku cerita. Mungkin bukan di laman ini.

(daku syor buatlah yang pertama. Kerana tak semua orang mampu buat perkara yang kedua. Walaupun lagi cepat mencapai darjat iman, tetapi keras untuk amalan dan perbuatan. Wallahua’lam.)

 

Seterusnya…

Anda mula merenung ke dalam hati. Dalam keadaan sebelu itu anda sedang bercakap tentang kebesaran Allah atau berzikir merenung Ilahi.

Baiklah.

Sekarang pintu hati anda telah bersih. Maka, anda akan nampak kesan dosa atau pahala dalam diri anda.

Biar daku terjemahkan (apa perubahan yang akan berlaku dalam hidup anda.)

 

Tentang dosa…

Dosa itu…

1)      Anda akan rasa sempit pada keadaannya. Dada anda akan rasa sempit dan sesak kerana dosa tersebut

2)      Anda akan rasa bersalah.

3)      Fikiran anda akan jadi tidak waras, tidak fikir seperti keadaan biasa.

4)      Nafsu penuh dalam dada anda.

5)      Keberkatan rezeki anda akan ditarik balik.

6)      Badan anda (kesihatan) –kemungkinan- menghadapi masalah.

7)      Musibah akan menimpa anda.

8)      Rasa laknat (kemurkaan) Allah menimpa anda.

 

Pahala itu…

1)      Jiwa anda tenang melakukan ia.

2)      Seronok melakukan ia.

3)      Akal anda berfikir dalam keadaan waras.

4)      Dada (hati) anda akan terasa lapang.

5)      Hari anda teras berjalan lancar dan dipermudahkan (walaupun sibuk).

6)      Tak tergesa-gesa, marah-marah, kecewa, atau sedih dengan kekurangan yang berlaku pada hidup anda.

7)      Anda rasa dekat hubungan dengan Allah.

8)      Mudah untuk melakukan ibadah dan berdoa kepadaNya. Mudah menitis air mata ketika mengingati atau berdoa kepadaNya.

9)      Mudah mengamalkan sunnah baginda (kerana sebaik-baik dan semulia-mulia jalan apabila seseorang dipermudahkan untuk menuruti sunnah kekasihNya- tak pernah dengar kelebihan mengamalkan sunnah?)

10)   Rasa Allah sedang perhatikan hati dan perbuatan anda.

11)   Rasa Allah sayang anda.

Banyak lagi yang anda akan alami, bergantung pada iman dan takwa anda pada Ilahi.

 

Melihat kehidupan ini…

Daku merenung kehidupan.

Sama ada yang berlaku pada jiwa dan jasadku atau kehidupan manusia amnya.

Kenapa tiada orang rasa berdosa pakai lebih kurang, tak cukup benang atau kain. Kenapa manusia lebih suka perhatikan wajah bukan mahramnya daripada memerhatikan kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Kenapa suka berkepit sana sini sedangkan bukan facebook, atau artikel, atau ustaz tak tegur dan berceramah akan maksiat dosa atau pahala melakukan perbuatan begini (dan, banyak lagi).

Tak ada rasa berdosakah? Bukankah itu semua sia-sia?

Daku merenung lebih dalam dan dalam lagi.

Apakah manusia yang telah berumah tangga, memandang atau berkepit kepada bukan isterinya atau anaknya itu tidak berdosa? Dan, kenapa pula dengan mereka boleh pula?

Lama daku melihat dan mengharapkan bimbingan Ilahi,

Maka baru diketahui.

Rupa-rupanya,

Inilah keredhaan Allah, atau Allah izinkan kepada hamba-hambaNya.

Tiada orang yang telah berkahwin (dengan sah) akan berasa berdosa bersama isterinya atau anak-anaknya kerana Allah telah melapangkan dada mereka. Kerana telah terlepas daripada perbuatan dosa.

Jadi, tiadalah berlaku tanda pelaku dosa (yang telah disenaraikan) itu. Malah, ditambah pahala, keberkatan rezeki dan macam-macam lagi kerana kemuliaan mereka lakukan itu.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang serta belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah al-Ruum: 21)

“Dan pada hubungan kelamin kamu semua (bersama isteri) merupakan sedekah. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah jika seseorang kami mendatangi isterinya (untuk berjimak) maka dia mendapat pahala? Rasulullah menjawab: Bagaimana pendapat kamu semua jika dia menyalurkan syahwatnya ke jalan yang haram, (sudah tentu) dia akan mendapat dosa kerananya. Demikian juga jika dia menyalurkan di jalan yang halal, pasti dia mendapat pahala.” (HR Muslim)

 

 Tetapi, kenalah ingat…

Bukan kerana kehendak nafsu semata-mata. Bukan kerana nak kehendak dunia yang sementara.

Barulah betul-betul Allah berikan pertolongan dan kemuliaan dalam kehidupannya.

(kalau tak, macam-macam lah….)

Ya Allah

Bersaksilah aku sudah cuba menyampaikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: